Pages

Tuesday 26 May 2015

Kain duyung batik songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Hari ni saya nak share hasil jahitan kain duyung guna kain batik songket.

Syok juga pakai kain duyung ni. Potongan yang slim, ringkas namun kembang di bahagian bawah kain membuatkan kita berjalan dengan penuh keyakinan.

Kain batik songket ni pula sesuai untuk fesyen kain duyung ni

Jika anda berminat dengan kain batik songket, anda boleh hubungi saya Hamidah 0163385790. Saya menyediakan jualan secara retail atau borong.

Jika anda nak cuba jahit pakaian sendiri tapi tak tahu nak lukis pola pakaian, anda boleh hubungi hazwani tailor 012 5889837 untuk menempah pola pelbagai jenis pakaian kegemaran anda.

Ok salam jumpa lagi..



Thursday 21 May 2015

Pengalaman Menyertai ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah)

260215

Teks: Hamidah BInti Burham

Assalamualaikum adik manis,

 Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya. Saya amat menghargai setiap komen dan atau cadangan daripada anda untuk saya memperbaiki lagi blog saya ini.

Disini saya ingin berkongsi cerita bagaimana bermulanya saya membina blog ini. Saya membina blog ini pada 26 Febuari 2015.Ketika itu saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang dikelolai oleh Pn Masayu Ahmad.

Pada mulanya saya seperti tidak yakin yang blog merupakan media yang bagus untuk memasarkan produk, kerana selama ini saya hanya terlibat dengan pemasaran produk di facebook dan fanpage. Blog telah lama saya tinggalkan sejak lama dahulu setelah saya lihat tiada apa-apa perubahan yang dapat membantu saya dalam memasarkan produk hasil jahitan saya ketika itu.

Alhamdulillah Allah telah membuka hati saya setelah melihat iklan Norhafizah Hadi di laman facebook berkenaan ABDR. Pada mulanya saya teragak-agak untuk melaburkan duit saya untuk menyertai ABDR. Lama juga saya ambil masa untuk membuat keputusan. Namun jalannya begitu mudah untuk saya meneruskan niat untuk meneyertai ini. Alhamdulillah saya telah membuat keputusan yang tepat!

Menyertai ABDR membuat saya tidak merasa keseorangan kerana ramai sahabat-sahabat ABDR yang sama-sama menyokong dan saling membantu dalam meningkatkan blog masing-masing. Tidak lupa juga kepada Cikgu Anys Idayu yang sangat sabar dalam membimbing saya dalam membina blog saya dari zero hingga ke hari ini telah dikunjungi lebih 3800 pengunjung. Syukur alhamdulillh. Saya tidak pernah terfikir akan ada blog sebegini hihi. Apapun masih banyak yang perlu saay lakukan untuk menaikkan lagi kualiti blog saya.

ABDR banyak membantu saya dalam membina blog secara formal dan sistematik. Bukan seperti blog saya sebelum ni yang caca marba.huhu. Sistem pembejaran yang fleksibel dan langkah demi lamngkah memberi saya keselesaan dan tanpa tekanan. Kita enjoy.....haha. Apapun sebagai murid kita perlulah mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan yang cikgu berikan dengan secepat mungkin supaya hasilnya juga cepat..

Selepas sebulan saya menyertai ABDR dan membuat tugasan yang diberi, saya dapati ramai pemanggil dari carian google yang menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat atau membeli produk saya. Hampir setiap hari saya menerima panggilan samada untuk memborong kain batik songket, menyertai kelas jahitan manik, membuat tempahan gubahan hantaran dan segala perkhdmatan yang saya tawarkan di blog saya ini. Syukur alhamdulillah.

Jika anda berminat untuk mengikut jejak langkah saya, hubungi saya Hamidah Burham 0163385790 untuk keterangan lanjut.

Ok sekian dulu celoteh saya pagi ini, moga kita memperolehi manfaat bersama.

Wassalam

Tuesday 19 May 2015

Cotton Kumbu Lembut Dari Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalmualaikum adik manis...

Anda peminat cotton? Biasanya kita dengar pelbagai jenis cotton seperti cotton vietnam, cotton jepun, cotton india dan cotton silk kan? kali ini saya nak cerita tentang cotton kumbu.

Cotton kumbu ini banyak di dapati di negeri Sarawak. Ia juga dipanggil pua kumbu. Benang pua digunakan dalam mengahsilkan cotton pua kumbu ini. Material cotton yang lembut dan beralun sangat selesa di pakai sebagai baju kurung, blouse atau skirt. Pua Kumbu terdapat pelbagai jenis. Ada yang keras dan ada yang lembut. Ia juga membezakan harga bagi setiap material.

Corak pua kumbu pula di adaptasi daripada motif ukiran corak masyarakat Iban dan Ulu. Corak yang berasaskan geometri dan asbtrak memberi satu keunikan kepada kain pua kumbu. 

Tada...ini antara blouse yang saya jahit untuk saya sendiri dan pelanggan saya yang menempah blouse dari kain kumbu ni. Tapi buat masa ini saya dah tak ambil tempahan menjahit, tak sempat tangan nak pegang mesin jahit dek menguruskan jualan kain batik songket sarawak huhu. InshaAllah jika ada rezeki saya buka tempahan ya.

Blouse kumbu kanak-kanak

Blouse kumbu butterfly

Blouse kumbu cerut

Bluse kumbu simple
Ini pula koleksi kain ela kumbu yang saya jual. Kain kumbu ini berukuran 2meter. PK001 telah dimiliki, kod lain masih ada. Jika anda berminat dengan kumbu, sila hubungi saya 0163385790 untuk dapatkan harga menarik dari saya.

Kain Pua Kumbu

kain Pua Kumbu

Sunday 17 May 2015

Koleksi Batik Songket Hitam

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamuaalikum adik manis..

Entri ini khas untuk anda yang sedang mencari batik songket warna HITAM...

Memamg sukar nak dapatkan batik songket corak dan warna yang sama terutamanya warna hitam dalam kuantiti yang banyak.

Biasanya permintaan seperti ini untuk mereka yang ingin bergaya sedondon di hari perlahwinan dan juga di hari raya.

Namun begitu, kali ini saya ada beberapa stok untuk pilihan warna terutamanya warna hitam yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ketika ini.

Jika anda berminat untuk memilikinya hubungi saya segera 0163395790. Stok ini terhad. Siapa cepat dia dapat.

Ok..salam jumpa lagi..

Wassalam

Thursday 14 May 2015

Corak Hot Batik Songket Sarawak

Teks:Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alhamdulillah ramai yang telah tertawan dengan keindahan kain batik songket.

Kain batik songket ini bukan hanya sesuai dijadikan pakaian tradisional, malah ia sesuai dijadikan pakaian moden yang cukup anggun.

Corak batik songket yang paling hangat dipasaran antaranya Coral dan Diamond.

Corak Coral memiliki cic-ciri moden kontemporari yang sangat ceria dan bergaya.

Manakala corak Diamond mempunyai ciri-ciri klasik dan menawan umpama puteri di istana zaman silam.

Saya merupakan pembekal batik songket dati Sarawak. Jiak anda berminat untuk menjadi pemborong atau membeli retail sila hubungi saya 0163385790.

Untuk makluman anda stok Coral dan Diamond sangat terhad. Jadi Jika saya pm anda stok sudah masuk, baik cepat-cepat rebut peluang.

Ok. Salam jumpa lagi..

Tuesday 12 May 2015

Skirt Pua Kumbu Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Kali ni saya nak share gambar skirt yang diperbuat daripada kain pua kumbu.

Pua kumbu? Mesti ramai yang tertanya-tanya kan?

Kain pua kumbu ni adalah sejenis kain cotton yang lembut dan beralun pabila ditiup angin.huhu tengah membayangkan suasana di tepi pantai.

Kain kumbu ni sangat selesa dan serap peluh. Tidak tebal dan tidak nipis. Sedang-sedang saja...dan tidak mudah tetas seperti sutera.

Keunikan kain pua kumbu ini ialah pada motif coraknya. Corak geometri lebih ditekankan dalam pembuatan kain pua kumbu ini.

Apapun saya memang sukakannya. Ya saya sukakannya. Blouse pun saya guna kain kumbu juga. Memang selesa...sejukk je.

Jika anda berminat dengan kain kumbu, pm saya 0163385790 untuk tempahan borong dan retail.

Ini lah skirt kumbu saya...sempat lagi jahit sebelum c.o.d kain songket untuk pelanggan di Airport Kuching Sarawak. Hajat di hati nak promot la kumbu kepada pelanggan hihi.

Saya Pembekal Batik Songket Sarawak

Teks: Hamidah binti Burham
Foto: simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis...

Mahu cuba meniaga kain batik songket yang tengah hot di Malaysia?

Saya boleh bekalkan stok untuk perniagaan anda. InshaAllah.

Min oder untuk borong 10helai.

Jika berminat untuk menjadi pemborong, pm/whatsapp saya 0163385790