Pages

Tuesday 30 June 2015

Baju Punjabi Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah dah 13 hari kita berpuasa di bulan ramadhan pada tahun ini. Semoga kita puasa dan amalan kita diterima disisi Allah.InshaAllah amin.

Bagaimana pula persiapan hari raya yang menjelang tiba ni?

Tahun 2015 ini nampaknya pakaian songket menjadi fenomena di bazar raya pusat membeli belah ketika ini. Macam-macam fesyen terhasil daripada kebaya songket ni.

Saya juga ada fesyen rekaan saya sendiri yang mungkin boleh memberi idea kepada anda selepas ini.

Ya..blaus punjabi songket mejadi pilihan saya untuk digayakan ketika hari raya terutamanya bila kita berada di rumah atau di rumah ibu bapa atau ibu bapa mertua kita.  Almaklum, bila dah jadi ibu-ibu ni tak kan nak duduk goyang kaki, lagi-lagi hari raya di kampung, mesti ramai tetamu yang berkunjung, kita ke dapur lah nampaknya, takkan nak pakai glaun kembang-kembang kain duyung meleret ke lantai kan..huhu. Sebelum bersilat ke dapur saya lebih selesa berseluar panjang dan...eh! Takkan nak pakai T-shirt di hari raya??? Tak "vogue" la mak kan...hahaa. Jadi, saya pun terfikir untuk mereke pakaian yang sopan manis bergaya tapi practikal dipakai ketika berkeja di dapur pada masa yang sama perlu melayan tetamu di ruang tamu..

Ya! Blaus punjabi songket la jawapannya.. cantik tak? rekaan blaus punjabi sesuai kerana ia labuh dan sopan, ia juga cantik dan ada style bila kiri dan kanan baju terbelah. Nampak la macam kembang-kembang gitu kan..apa yang paling penting ia serbaboleh. Ia boleh digayakan dengan seluar, palazo, jeans dan kain skirt.

Penggunaan kain batik songket pula menjadi pilihan fabrik kerana coraknya yang cantik, material cotton yang selesa dan terdapat coeak keemasan di fabrik batik songket ni..bergaya lah kita, lip lap anak mami.haha

Ok kepada anda yang berminat untuk mendapatkan blouse songket ini, hubungi saya Hamidah 0163385790. Blouse songket saya jual secara preoder.

Tuesday 23 June 2015

Tutorial Poket Baju Melayu Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis,

Alhamdulillah blog saya Puan Hamidah Burham telah mencenah 7000 pelawat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda yang sudi singgah ke blog saya ya. Semoga apa yang saya tulis disini memberi manfaat kepada kalian semua. Insha Allah..

Ok hari ini saya nak belanja anda semua tutorial cara menjahit poket baju melayu macam baju anak bujang saya ni..

Raya kali ini bertemakan kain songket. Entri yang lepas saya telah tunjukkan jubah songket untuk ibu dan girl, kali ni saya jahitkan baju anak bujang pulak hehe. Dia pun nak juga... Rasanya lagi senang jahit  kolar dan poket guna kain songket cotton berbanding pakai kain satin yang lembut tu, sangat senang diurus ketika mejahit. Jika anda berminat untuk dapatkan kain batik songket macam ni, anda boleh hubungi saya Hamidah 0163385790. Pembelian adalah secara retail dan borong. Warna kuning pada corak kain batik tu merupakan gold lines. Bercahaya berseri-seri gitu. Cuba lah pasti puas hati.

Ok kita sambung cerita tutorial kita hari ni ya.

Langkah pertama:





Lukiskan pola poket bentuk empat segi dan bulatkan dua buju di bahagian bawah seperti bentuk poket yang dingini. Kemudian letakkan pola poket tersebut diatas kain. Gunting kain mengikut bentuk pola poket dan tambahkan basi 1 inci di sekeliling tepi poket. Manakala 1 1/2 inci di bahagian atas poket.

Langkah kedua:

Jahit mesin di bahagian tepi kertas pola. Jahitan tidak sampai menegenai kertas pola ya. nanti tak boeh tarik kertas pola tu pula. Tujuannya adalah untuk membuat garisan panduan untuk kita mudah membentuk buju membulat itu.

Langkah keempat:

Masukkan basi kain di sekeliling kain dan kemaskan nya sehingga lengkungan di buju terhasil. Kemaskannya dengan sterika supaya bentuknya kekal.

Langkah kelima:

Setelah terbentuk poket yang diingini, letakkan poket tersebut di bahagian kanan atau kiri dada dan dua lagi di bahagian bawah. Sematkan dengan jarum peniti supaya ia tidak berubah kedudukan ketika anda menjahitnya dengan mesin nanti. Jika anda inginkan hasil terbaik, jahit jelujur keliling poket untuk memastikan ia kekal di kedudukan yang diingini.

Langkah Keenam:

Jahit halus keliling poket supaya ia memekat pada baju pula.

Siap...

Ha macamana? mudah kan? anda boleh cuba sendiri dirumah okeh.
                  
Ok sampai disini sahaja tutorial kita. Nak bersiap untuk masak juadah berbuka puasa pula..


Saturday 13 June 2015

Pola Blouse Kumbu Mudah

Teks: Hidamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum adik manis...

Dah lama rasanya saya tidak berkongsi tips atau tutorial jahitan di sini ya. Sejak kebelakangan ini saya sibuk menguruskan tempahan borong kain Batik Songket Sarawak. Tapi sambil-sambil menjual kain tu, berkenan pula dengan kain kumbu ni. Apalagi kita jahit la buat baju kan..hehe.

Kain kumbu ni adalah sejenis material cotton yang lembut, selesa, tidak nipis, berat, sejuk dan sesuai dijadikan skirt atau blaus macam blaus saya ni..

Suka tak? hehe.



Mudah saja nak buat blaus kumbu ni, saya gunakan rekaan mudah dan ringkas, sesuai untuk anda yang ingin mencubanya sendiri di rumah. Kain kumbu ini kena pada gaya santai dan longgar. Kalau pakai pergi membeli-belah atau berkelah di tepi pantai, fuh terbaiklah!

Ok jom kita tengok macamana pola blaus kumbu yang mudah ni.


Langkah pertama, ukur panjang lengan dan labuh baju yang anda inginkan. Kemudian, lukiskan pola seperti gambar diatas. Bahagian lengan saya buat lengkung begitu supaya lebar dan santai pabila ditiup angin hihi. Alkesah sebenarnya nak memudahkan kerja. Tak payah nak lukis lengan berasingan, sebab tu ia dipanggil blaus mudah. huhu

Lebar dada tak perlu ikut ukuran dada pun tak mengapa. Saya ikut pada lengkung lengan yang saya nak. Lebar sikit pun tak mengapa kerana kita akan cerut pinggan dengan getah..nanti kecik lah bahagian dada dan pinggang.. mudah kan?

Lukiskan garisan lengkung di bahagian  keliling pinggang depan dan belakang supaya mudah untuk anda menjahit getah nanti. Jika bahagian tangan tak cukup panjang tidak mengapa, ambil sedikit kain dan sambungkan di bahagian bawah tangan tu. okeh

Sekarang, ambil kain kumbu dan lipat menjadi 2 lapis. Pastikan lipatan di bahagian bahu ya. Apalagi, pinkan pola pada kain dan gunting, jangan lupa tambahkan 0.5 inchi basi kain di bahagian lengan dan badan.

Setelah selesai menggunting kain mengikut pola tadi, sekarang masa untuk menebuk lubang leher.

Cara untuk menebuk lubang leher ialah dengan melipat kain tadi secara memanjang seperti dalam gabar di bawah.



Sebelum menebuk lubang leher, pastikan anda samakan kain lipatan di bahagian lengan dan badan supaya leher anda tidak senget dan selesa pabila di pakai. Pastikan juga di mana garisan tengah bahu. jika perlu tanda, anda boleh garis menggunakan kapur lukis.Kemudian,  tebuk leher secara membulat atau bentuk V mengikut citarasa dan kreativiti anda.

Ok langkah seterusnya jahit kolar dengan pelapik leher dan cantum bahagian badan kiri dan kanan serta kemaskan bahagian lengan dan bawah baju dengan jahitan klem. Akhir sekali,  jahitkan getah di sekeliling pinggan yang telah anda tandakan tadi. Baru cun..hehe

Ok siap..

Jika anda berminat untuk membeli kain kumbu Sarawak, hubungi saya Hamidah 0163385790 (sms/whatsapp)




Ok selamat mencuba..

Wassalam..


Wednesday 10 June 2015

Corak Songket Borong 13 Jun 15

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua pelanggan saya yang dikasihi. Anda mesti tak sabar nak tengok corak batik songket minggu ini kan? nah! jom cuci mata sebelum oder..

Ini sebahagian corak yang ada untuk borong minggu ni, mungkin akan sampai lagi beberapa corak hari ini, sama-sama kita tunggu ya.

Menariknya corak minggu ini ialah terdapat 2 set corak yang semua warna hitam. Uol kan suka songket hitam, apalagi..cepat-cepat whatsapp saya 0163385790. Stok terhad...



Tuesday 9 June 2015

Sehelai Kain Batik Songket Boleh Buat 2 Pasang Baju.

Teks : Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Hari ini saya rasa lega sikit sebab dapat siapkan sebahagian baju untuk hari raya.huhu. Bukannya sebab tak sabar nak raya, tapi almaklum bila menjahit sambil melayan karenah anak-anak kecil dan menguruskan keluarga, kita kenalah merancang masa lebih awal supaya tak kelam kabut jadinya nanti kan..kalau dah siap senang, bulan puasa boleh rileks sikit untuk menumpukan pada ibadah puasa pula.

Ha..ni lah dia baju kami anak beranak. Kita siapkan baju ibu dan girl dulu ya, yang hero-hero kemudian, ladies first la katakan.. hihi.

 Kali ni kita sedondon ya nak.. Kita pakai jubah songket...

Ok ni nak habaq mai. Sebenarnya saya buat rekaan jubah songket ini sebegini rupa untuk ibu dan girl sebab nak tunjukkan kat anda, macam ni lah cara untuk jimatkan penggunaan kain batik songket yang saya jual ni. Sehelai batik songket berukuran 1.9meter. Biasanya orang akan sebut sehelai 2meter untuk buat baju atau kain. Tapi sebenarnya ukuran dari kilang hanya 1.9meter sahaja. Namun begitu, ia tetap cukup untuk anda buat pelbagai fesyen baju kegemaran anda samada jubah, kebaya, mini kurung atau dress.

Untuk dapatkan 2 pasang baju ibu dan anak seperti yang saya buat ini, ia hanya memerlukan sehelai kain batik songket, manakala selebihnya anda boleh campur dengan kain dull satin atau cotton. 

Batik songket yang saya gunakan untuk baju jubah kami kali ini ialah dari corak kod C6615 atau lebih dikenali dengan nama manjanya songket Coral. hehe. Corak coral ini digemari ramai kerana ia tidak memiliki kepala corak di tengah seperti corak yang lain. Jadi ia lebih mudah untuk di buat pelbagai fesyen dan mudah untuk di potong dan disesuaikan dengan fesyen kegemaran anda. Jsyen, jika anda telah membeli corak songket berkepala corak, boleh juga dibuat pelbagai fesyen, namun bahagian tangan dan badan tidak dapat corak yang sama. Namun ia bergantung kepada kreativiti anda dan penjahit baju.

Satu set corak coral ini terdapat  5 warna iaitu merah, hijau, biru, purple dan hitam. Oleh kerana tahun ini tema kami biru, jadi kita pilih coral biru lah ya. hehe.

Batik Songket Coral

Jika anda berminat untuk membeli kain batik songket secara retail atau borong, hubungi saya Hamidah 0163385790.

Tuesday 2 June 2015

Corak Batik Borong 06 Jun 2015

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada anda yang berminat untuk memborong kain batik songket pada minggu ini (1-6 Jun 2015), anda boleh memilih corak batik songket diantara kod A6615 hingga K6615 seperti di dalam gambar di bawah. Jika ada tambahan corak, saya akan maklumkan disini ya.
Tempahan corak hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada hari khamis 4 Jun 2015.
Jika anda berminat untuk memborong batik songket, hubungi saya 0163385790 (whatsapp).
Terima kasih kerana sudi berurus niaga dengan saya :)

Borong Batik Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Dah beberapa hari saya tak update blog saya ni dek sibuk menguruskan tempahan kain batik songket. 

Apa yang menarik dengan kain batik songket ni sampai orang dok berlumba-lumba memborong?

Ha..ni nak habaq. Batik songket ni adalah satu inovasi dalam industri textile di dunia. Batik songket ini diperbuat daripada material cotton seperti kain batik sarung, namun ia dicetak dengan corak bermotif songket yang berwarna keemasan. Warna keemasan ini tidak mudah luntur walaupun selepas dibasuh. Namun ia boleh juga luntur jika dibasuh berulang-ulang kali. Saya sarankan, jika anda ingin menjaga warna keemasannya untuk tahan lebih lama, basuh kain batik songket itu menggunakan tangan okeh.

Kain batik songket ini juga mempunyai berpuluh corak menarik untuk anda cuba.  Setiap minggu corak akan berubah mengikut pengeluaran kilang. Saya akan maklumkan kepada anda corak yang ada pada setiap minggu di blog saya ni ya. 

Tempahan minima untuk borong ialah 10pcs atau 2 set corak. Untuk pembelian dengan harga borong, anda dikehendaki membeli semua warna dalam 1 set corak yang telah ditetapkan oleh kilang. Dalam 1 set corak ada 5pcs kain dan mempunyai 4/5warna. 

Jika anda berminat untuk memborong kain batik songket, hubungi saya Hamidah 0163385790 ( whatsapp).


Gold printed setelah dibasuh. warna keemasannya masih kekal