Pages

Wednesday 19 August 2015

Corak Borong Batik Songket 19 Ogos 2015

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya dan sentiasa menanti corak terbaru kain batik songket daripada saya di sini.

Saya ingin memohon maaf kepada anda yang setia menuggu corak terbaru kain batik songket minggu ini kerana terdapat kelewatan dalam mengemaskini nya di sini. Ini disebabkan saya baru sahaja menerima info corak daripada pembekal pada jam 11 malam ,18 Ogos 2015.

Ok jom kita lihat apa corak menarik untuk kita borong pada minggu ini. Ini merupakan sebahagian daripada corak yang saya terima setakat ini. Jika ada penambahan, saya akan maklumkan di sini dan di fb page Midz Couture ya.

Tempahan minggu ini perlu dibuat selewatnya petang Khamis (20hb Ogos 2015) untuk mengelakkan sebarang kesulitan dan tempahan serta bayaran terawal di dahulukan berikutan stok adalah terhad.

Jika berminat, Hubungi saya segera 0163385790 (Hamidah).


Tuesday 18 August 2015

Tempahan Jahitan Baju Batik Songket

Teks: Hamidah Burhamntuk
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Mesti anda tertunggu-tunggu corak untuk borong minggu ini kan? lambat pulak dapat update minggu ni. Selalunya petang selasa dah dapat info corak. Untuk makluman anda yang masih baru memborong batik songket dengan saya, saya ingin menjelaskan bahawa corak yang boleh anda borong pada setiap minggu hanya lah corak yang saya update di blog dan fb page saya (Midz Couture) pada setiap minggu. Corak dan kod minggu lepas tidak dapat digunakan untuk tempahan minggu seterusnya kerana setiap minggu corak berubah.

Ok sementara kita menunggu corak minggu ini sampai, saya ingin mewar-warkan kepada anda mengenai khidmat tempahan jahitan baju songket seperti ini.

 
Pelbagai gaya dan fesyen dapat dihasilkan menggunakan kain batik songket ini tau. Kombinasi kain songket dengan pelbagai jenis fabrik seperti satin, cotton dan chiffon memberi nafas baru kepada industri fesyen tanah air.

Jika anda berminat untuk menempah jahit baju samada secara walk in atau online, hubungi tailor Vee (018-3801896). Saya hanya jual kain songket secara borong kepada anda..hehe.

Ok salam jumpa lagi..

Tuesday 11 August 2015

Corak Borong Batik Songket 11 Ogos 2015

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis,

Anda tertunggu-tunggu corak batik songket minggu ini?

Minggu ni special tau sebab ada corak harimau Aummm! hihihi

Corak harimau ni top tau sebab coraknya yang etnik dan unik macam belang harimau. Kod untuk corak harimau ialah D-Harimau.








Tempahan borong perlu dibuat selewatnyai  petang kamis untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Hubungi saya segera ya 0163385790 (Mid)

Wednesday 5 August 2015

Corak Batik Songket Borong batch 7815

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Nampaknya lepas raya ni permintaan batik songket makin menjadi-jadi. Alhamdulillah.. Ini mungkin disebabkan ramai telah menggayakan baju batik songket ketika musim raya baru-baru ini. Cantik bergaya dengan pelbagai corak dan warna pasti memukau setiap mata yang memandang..cheewah!!

Kepada anda yang berhajat untuk menjadikan batik songket sebagai perniagaan, anda boleh membeli secara borong dengan saya. Minimum oder sebanyak 10 helai.

Berikut merupakan corak untuk borong minggu ini batch 7815. Untuk makluman anda, setiap minggu corak batik songket akan berubah dan saya akan kemaskini di sini dan juga di fanpage facebook saya www.facebook.com/midzcouture

 Corak kod F7815 dan H7815 mengandungi 5helai corak yang sama dan semua warna hitam. Corak dan warna ini sangat laris jualannya. Sangat sesuai untuk anda yang ingin mencuba memulakan pernigaan sampingan.

Hubungi saya Hamidah Burham (0163385790) sms/whatsapp, untuk keterangan lanjut. Terima kasih... :)