Pages

Friday 25 September 2015

Mini Gown Kain Batik Songket


Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis,

Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di Malasia pada ketika ini. Moga ibadah korban kita diterima disisi Allah s.w.t, amin..
Memandangkan Hari Raya Haji kali ini saya sekelaurga tidak dapat pulang ke kampung di semenanjung, kita rawat kesedihan kita dengan menjahit huhu.

Maka terhasil lah baju gown daripada kain batik songket corak Mulya Renda  ni. 
 
Corak Mulya Renda ni antara corak batik songket yang terkenal dengan keindahan jalur-jalur renda nya yang halus dan sungguh mempesona.

Stok corak Mulya Renda ini agak sukar untuk diperolehi kerana setiap kali stok masuk, beberapa jam saja dah licin orang borong huhu.

Dalam simpanan saya cuma tinggal warna merah dan maroon sehelai setiap warna. Itu saya jadikan sebagai koleksi peribadi.

Rekaan kali ini saya padankan warna merah dengan biru kehitaman supaya warna merah yang terang itu kelihatan sedikit tone down dan sesuai dipadankan dengan jeans.
Rekaan skirt pula saya menggunakan potongan peplum supaya nampak kembang gitu hihi.

Mungkin ini boleh menjadi idea bagi anda yang ingin menukar citarasa dalam berfesyen dengan kain batik songket Sarawak ini.

Jika anda berminat untuk membeli secara borong atau retail, sila hubungi saya 0163385790 untuk keterangan lanjut.
 

Thursday 17 September 2015

Sewa Kereta di Kuching Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula.Kemana destinasi percutian anda kali ini?

Jika anda berhajat untuk bercuti di Kuching Sarawak, anda mungkin perlukan kenderaan terutamanya untuk anda yang membawa keluarga. Ini kerana di Kuching Sarawak agak sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti bas jauh sekali keretapi. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan teksi chartered, kadar bayarannya sewa sehari dari jam 8am-10am adalah sekitar RM300-RM350. Namun tempat lawatan dan masa adalah terhad. Ia sesuai untuk anda yang berjalan berpasangan dan inginkan jurupandu tanpa memikirkan masalah sesat mencari jalan.

Namun, jika anda membawa keluarga, orang tua dan kanak-kanak, adalah lebih baik anda menyewa kereta dan menggunakan GPS untuk memudahkan perjalanan anda. Ini kerana, terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawat termasuk tempat-tempat makan yang sedap dan menarik di sekitar Bandaraya Kuching yang harus anda jelajahi.

Jika anda memerlukan perkhidmatan sewa kereta di Kuching, Sarawak, hubungi En Fauzi (0163375247).




Contoh Baju Batik Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Ramai pelanggan berminat dengan corak-corak popular batik songket seperti Diamond atau Coral. Namun, sebenarnya terdapat banyak lagi corak menarik batik somgket yang belum ada yang menggayakannya.
Jadi salah satu inisiatif saya untuk membantu peniaga-peniaga batik songket di Malaysia ialah dengan membuat beberapa baju contoh menggunakan corak yang jarang-jarang kita lihat di internet atau di laman sosial. 

Hari ini saya ingin kongsi contoh baju daripada kain songket corak Flora, Button, Kenanga dan Kumbu Halus. Jika diberi kelapangan saya akan buat lagi contoh baju daripada corak-corak "rare" yang lain dan kita kongsikan disini, inshaAllah..

Jika anda berminat membeli kain batik songket secara borong atau retail, sila hubungi saya (0163385790).

Terima kasih..










Friday 4 September 2015

Gubahan Sireh Junjung Di Kuching Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Lama kita tak buat hantaran kan. Sejak sibuk dengan tempahan borong batik songket ni, jadual harian saya agak penuh hingga terpaksa menolak tempahan gubahan hantaran perkahwinan. Kali ini saya gagahkan juga untuk mengambil tempahan walaupun sekadar sireh junjung.Hantaran sireh junjung ini untuk bakal pengantin dari semenanjung yang ingin menyunting bunga di Kuching.. Saya faham, agak sukar untuk membawa sireh junjung dari semenanjung kan, naik belon lagi, tak sempat jumpa keluarga pengantin, sireh dah layu kan, Oleh yang demikian, saya ingin membantu anda dengan menyediakan perkhidmatan membuat sireh junjung untuk hantaran meminang gadis di Kuching, Sarawak yang cantik manis kulit putih mulus..

Harga hantaran pula amat berpatutan memandangkan saya lebih berminat utk menggunakan bahan terpakai seperti bekas aiskrim, kotak kasut, kotak susu dan sebagainya.
Bahan-bahan gubahan hantaran
 Tada...ini lah rupa sireh junjung yang siap kita hias...Tak nampak dah kotak susu dan bekas aiskrim tu kan? Kita kenalalah sayangi alam sekitar, diasamping berjimat dalam berbelanja, yang penting cantik dipandang kan..

Buat masa ini saya hanya mengambil tempahan gubahan sireh junjung sahaja, Saya akan membuka tempahan gubahan hantaran untuk yang lain pada masa yang sesuai untuk masa akan datang inshaAllah.

Jika anda orang semenanjung dan ingin melamar gadis Kuching Sarawak, hubungi saya untuk khidmat gubahan sireh junjung okeh.

Pn Hamidah @ Mid
0163385790 (whatsapp)

Corak Borong Batik Songket Batch 5915

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Minggu ni saya terlewat mengemaskini corak borong batik songket. Tak sempat tangan nak menjenguk ke sini huhu. Tapi tak mengapa, saya masih ada ready stok untuk anda pilih.




Ini merupakan corak batik songket terbaru untuk minggu ini. Bahagian corak yang kuning-kuning tu semua gold, gambar amatur hihi. Bila tengok live, sangat memukau tau. Warna terang dan bergemerlapan dengan kilauan emas di setiap bahagian corak.

Jika anda berminat untuk dapatkan Batik Songket secara borong dari Kuching Sarawak, hubungi saya segera ya. Stok sangat-sangat terhad, kerana setiap minggu corak berubah.

Ok kita cuci-cuci mata dulu ya.

Puan Hamidah @Mid -0163385790 (Whatsapp)