Pages

Saturday 2 July 2016

Ruffled Gown Batik Pastel

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillah

Assalamualaikum adik manis..

Selamat berpuasa K.Mid ucapkan kepada semua. Dah hujung-hujung bulan puasa ni biasanya tukang jahit semua tengah pulun habis jahit baju tempahan pelanggan dan untuk pakaian keluarga. K.Mid pun begitu juga. Minggu terakhir puasa ni la yang paling sibuk nak urus persiapan raya keluarga.

Bila ada anak dara sorang ni lagi la macam-macam yang dia nak. Asyik tengok cerita princess, habis semua baju nak macam princess. Huhu.

Baju gown budak perempuan mahal kalau nak beli kat pasaraya. Rm100 tu dalam tangan lah. Barulah dapat material yang cantik dan selesa untuk budak-budak pakai.

Oleh kerana ibu tau juga jahit sikit-sikit, maka ibu pun cuba lah jahit ruffel gown yang beropol-ropol ni untuk anak dara ibu ni



Hihi ok tak tu?

K.Mid guna kain cotton batik pastel. Material ni hanya ada di sarawak. Kalau adik manis nak cuba boleh oder kain ni dengan K.Mid juga. Tapi kalau nak tempah baju beropol macam tu, alahai! Kena fikir 10 kali nak membuatnya.hahah. Serik juga membuatnya. Nampak mcm simple tapi remeh sikit kerjanya sebab nak hasilkan ropol tu guna kain yang banyak. Maka jenuh juga nak meropolkannya.huhu

Cara nak buat skirt topol tu, dalam skirt tu kena lapik dengan skirt potongan biasa dulu. Kemudian baru tampal dengan ropol tu. Garis dulu jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain, barulah rata dan kemas hasilnya.



Kain skirt pelapik kat dalam tu K.Mid guna kain satin murah je. Guna kain lining pun boleh.

Ok dah dapat idea disitu? Apalagi jom la cuba.

Kepada adik manis yang berminat nak beli kain batik pastel tu, adik manis boleh hubungi K.Mid 0163385790 ya. Hubungi melalui whatsapp tau. Cepat sikit K.Mid membalasnya inshaAllah.

Ok adik manis, selamat berpuasa 😊

No comments:

Post a Comment