Pages

Thursday 19 May 2016

Corak terkini batik songket 19 May 2016

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Ramai yang tanya K.Mid masih jual songket lagi ka?

Ya..masih jual songket lagi. K.Mid jual borong min 10helai. Untuk pembelian bawah 10 helai K.Mid akan pass pada pelanggan-pelanggan K.Mid yang beli borong dengan K.Mid.

Hari ni corak baru yang cantik menawan dah masuk. Sebenarnya ada lebih 30 corak untuk anda borong minggu ni tau. Gambar yang K.Mid letak di sini adalah yang terbaru sahaja. Untuk melihat kesemua corak setiap minggu, K.Mid amat menyarankan anda whatspp K.Mid terus ya 0163385790. Kalau nak himpun semua kat sini nanti berat sangat blog K.Mid ni pula. Lambat kamu nak buka nanti.

Ok jom layan corak baru ni.





Wednesday 11 May 2016

Corak terbaru batik songket 11 May 2016

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Hari ni K.Mid nak tunjuk sebahagian koleksi terbaru corak batik songket minggu ini.

Jom cuci mata dulu..





Lebih 20 corak menarik yang boleh anda pilih setiap minggu tau. Whatsapp K.Mid terus kalau nak tengok corak lain. Kat sini K.Mid letak sikit ja takut berat blog K.Mid dengan gambar yang banyak tu.hihi

Jom whatsapp K.Mid 0163385790

Tuesday 10 May 2016

Cardigan Pua Kumbu Sarawak Tempahan Pelanggan

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan selamat pagi adik manis.

Alhamdulillah hari ini K.Mid buka tempahan jahitan palazo, skirt dan cardigan Pua Kumbu semula setelah seminggu bercuti balik kampung..huhu. Rasa tak puas cuti jumpa keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa menunggu kepulangan kami sekeluarga. Memandangkan anak K.Mid akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun tak lama lagi, jadi kena la balik awal.

Ok hari ni K.Mid mulakan operasi dengan tempahan cardigan pua kumbu daripada pelanggan K.Mid.



Alhamdulillah semua berjalan lancar, mesin jahit pun sihat je tak buat hal. Lepas ni nak siapakan tempahan palazo dan skirt pua kumbu borong pula.

Nampaknya makin ramai rakyat Malaysia yang dah terjebak dengan Pua Kumbu cotton lembut dan unik dari Sarawak ni. Hihi. Kalau adik manis nak cuba, whatsapp K.Mid terus tau. 0163385790.

Ok jumpa lagi K.Mid nak teruskan menjahit 😊