Pages

Thursday 28 July 2016

Bagaimana Blouse Cotton Plus Size Memberi Keselesaan kepada Wanita ini

Teks: Hamidah Burham
Foto : Simpanan peribadi

Bismillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Hari Raya telah pun kita raikan, dalam menyambut kemeriahan hari raya, ada yang terlupa berat badan sudah bertambah dek keenakan rendang, ketupat dan lemang. Maka semua baju menjadi sendat dan tak muat.

Tapi janganlah adik risau..K.Mid ada menyediakan pakaian blouse plus size seperti gambar wanita ini..



Bagaimana? Agak-agak bole muat tak? Ini ukurannya

Saiz 1(S-M)
Bahu 15
Dada 40
Labuh 28
Lengan 19
Ketiak 18

Saiz 2( L-XL)
Bahu 15.5
Dada 45
Labuh 28
Lengan 19
Ketiak 20

Saiz 3 (xxl -Xxxl)
Bahu 16
Dada 50
Labuh 28
Lengan 20
Ketiak 21

Baju blouse ini K.Mid reka supaya potongannya selesa, longgar namun bergaya untuk anda yang mahu berfesyen santai.

Beginilah rupa sebenar baju blouse ini


Jika adik berminat dan nak tahu keterangan lanjut, jom la whatsapp K.Mid 0163385790. K.Mid sedia membantu😊

Saturday 2 July 2016

Ruffled Gown Batik Pastel

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillah

Assalamualaikum adik manis..

Selamat berpuasa K.Mid ucapkan kepada semua. Dah hujung-hujung bulan puasa ni biasanya tukang jahit semua tengah pulun habis jahit baju tempahan pelanggan dan untuk pakaian keluarga. K.Mid pun begitu juga. Minggu terakhir puasa ni la yang paling sibuk nak urus persiapan raya keluarga.

Bila ada anak dara sorang ni lagi la macam-macam yang dia nak. Asyik tengok cerita princess, habis semua baju nak macam princess. Huhu.

Baju gown budak perempuan mahal kalau nak beli kat pasaraya. Rm100 tu dalam tangan lah. Barulah dapat material yang cantik dan selesa untuk budak-budak pakai.

Oleh kerana ibu tau juga jahit sikit-sikit, maka ibu pun cuba lah jahit ruffel gown yang beropol-ropol ni untuk anak dara ibu ni



Hihi ok tak tu?

K.Mid guna kain cotton batik pastel. Material ni hanya ada di sarawak. Kalau adik manis nak cuba boleh oder kain ni dengan K.Mid juga. Tapi kalau nak tempah baju beropol macam tu, alahai! Kena fikir 10 kali nak membuatnya.hahah. Serik juga membuatnya. Nampak mcm simple tapi remeh sikit kerjanya sebab nak hasilkan ropol tu guna kain yang banyak. Maka jenuh juga nak meropolkannya.huhu

Cara nak buat skirt topol tu, dalam skirt tu kena lapik dengan skirt potongan biasa dulu. Kemudian baru tampal dengan ropol tu. Garis dulu jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain, barulah rata dan kemas hasilnya.



Kain skirt pelapik kat dalam tu K.Mid guna kain satin murah je. Guna kain lining pun boleh.

Ok dah dapat idea disitu? Apalagi jom la cuba.

Kepada adik manis yang berminat nak beli kain batik pastel tu, adik manis boleh hubungi K.Mid 0163385790 ya. Hubungi melalui whatsapp tau. Cepat sikit K.Mid membalasnya inshaAllah.

Ok adik manis, selamat berpuasa 😊