Pages

Saturday, 15 April 2023

1 JUTA KAIN PERCUMA RAIFILI TU BENAR ATAU SCAMMER?

Teks: Hamidah Burham

Photo: Koleksi Raifili dan peribadi

"Penipu ni.. aku dah daftar tapi tak dapat kain pun"- Kata Ira kepada kawan- kawan pejabatnya

"Eh, aku dapat je" - Balas Fatimah rakan kubikal sebelah Ira

" saya pun dah dapat, diorang pos ke rumah"- Tambah Mila kerani pejabat

Sabar kawan.. 

Mari Cik Mid terangkan. 

Kempen 1 Juta Batik Raifili Percuma ini telah dijalankan oleh pihak Raifili World Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat Bumiputra Malaysia yang berpusat di Jitra Kedah.

Pemiliknya adalah bumiputra melayu muslim iaitu Pn Siti Fitriyah Harun atau lebih dikenali dengan nama Mama Ct

Syarikat raifili ni mengeluarkan kain batik sarung jenama raifili yang dah siap jahit dan berukuran 2meter.

Apa yang unik sangat dengan  kain batik sarung jenama raifili ni?

Pertama, design batik raifili direka oleh graduan universiti tempatan. Bukan rekaan kilang.

Kedua, material batik raifili diformulasi oleh raifili sendiri. Material cotton nya lembut, tak kedut dan tak kecut setelah dicuci.

Dah ramai yang menggunakannya dan mengakui kelebihannya


Memandangkan kakitangan kerajaan diwajibkan untuk memakai kain batik raifili setiap hari khamis, raifili mengambil inisiatif untuk mempromosikan kain batik raifili ini di peringkat kerajaan pusat dengan memberi 1 juta kain batik percuma kepada penjawat awam di Malaysia.

Perasmian Kempen 1 Juta Batik Percuma raifili oleh KSN

Jadi kempen ini bukan kempen biasa-biasa tau..ia dapat sokongan daripada Ketua Setiausaha Negara Malaysia. 

Apa yang perlu anda lakukan untuk dapatkan kain batik percuma ini?

1) Anda perlu mengisi borang yang telah dikeluarkan oleh pihak raifili Sdn Bhd. Borang ini boleh diperolehi daripada pihak raifili world sendiri atau ajen-ajen yang terdekat di seluruh Malaysia. 

Cik Mid salah seorang ajen raidili yang sah tau. Jadi anda boleh dapatkan nya daripada Cik Mid juga. Hubungi Cik Mid www.wasap.my/60163385790/batikpercuma


2) Setelah mengisi borang, anda perlu membuat bayaran postage RM10. 

Ramai yang memberi pandangan bayaran postage ini tidak wajar memandangkan ia adalah percuma. Namun anda perlu jelas bahawa kain batik yang diberikan itu sahaja percuma. Kain batik tersebut bernilai RM12. Anda hanya perlu bayar postage sahaja. Tidak perlu membayar harga kain.

Ramai yang telah mengisi borang tetapi tidak membuat pembayaran postage. Inilah yang menyebabkan permohonan anda tidak dapat diproses.

Dah ramai yang terima kain batik percuma ini dari pelbagai jabatan kerajaan. Ini antara testimoni yang telah menerima kain batik percuma






Dengan penerangan Cik Mid ni, diharap penjawat awam diluar sana tidak akan merasa ragu-ragu lagi untuk menebus kain batik percuma ini daripada raifili. Cik Mid sedia membantu


Friday, 14 April 2023

TIPS MENJAHIT BAGI BEGINNER ATAU NEWBIE

Teks: Hamidah Burham

Foto: Koleksi peribadi

Zaman sekarang ni harga barang semua naik. Harga baju raya pun bukan kaleng-kaleng. Nak tempah jahit pun mahal juga. 

Jadi apa kata anda belajar jahit baju sendiri.

Jimat dan puas hati..

Tapi ramai yang takut untuk belajar jahit. Macam nak kena ambil lesen kereta. hihi

Cik Mid dulu pun macam tu juga. Tapi bila Cik Mid cuba tips ni, alhamdulillah lama-lama mahir lah menjahit.

Menjahit ni yang paling penting kita rasa enjoy nak cuba dan terus cuba. 

Barulah tak terhenti di pertengahan jalan..

berikut ialah tips untuk beginner atau newbie yang nak belajar jahit

#TIPS 1: PEMILIHAN MESIN JAHIT

Cari mesin jahit yang freindly use dan ada mudah cari technician. Ini kerana masa mula-mula menjahit, kerap berlaku troubleshoot mesin jahit disebabkan cara penggunaan kita yang masih belum mahir.

Troubleshoot yang sering berlaku seperti benang sekoci bergulung, jahitan longgar atau terlalu ketat atau mesin jahit jemmed!huhu

Alaa rileks laa.. mula-mula memang begitu. Sebab tu Cik Mid suka guna mesin jahit Singer. Singer dah sediakan technician yang khas untuk membaiki mesin jahit kita. Sekurang-kurangnya ada tempat nak bertanya. 

#TIPS 2:  MULAKAN TEKNIK JAHITAN YANG MUDAH

Di you tube atau di FB ramai tailor yang kongsikan teknik jahitan. Pelbagai jenis pola dan fesyen baju boleh didapati di hujung jari.

Tapi sebagai beginner, Cik Mid sarankan mahirkan jahitan lurus terlebih dahulu. Contohnya jahit sarung bantal, lapik meja, apron atau kaftan

Kalau anda mulakan dengan sesuatu yang complicated seperti kurung moden atau kebaya, anda akan pening dan rasa susah. Bila rasa susah, semangat anda untuk terus menjahit lama-lama akan pudar.

#TIPS 3: PILIH KAIN YANG MUDAH JAHIT

Pilih kain yang kesat, benang tepi tak mudah terkeluar dan tidak lembik.

Cik Mid sarankan pilih kain cotton. Kalau nak cotton yang senang jahit dan tak kedut, pilih kain batik raifili. Kainnya cantik, mudah jahit dan ramai tailor akui kerja menjahit jadi lajuu ja bila guna batik raifili ni.

#TIPS 4: SERTAI KELAS JAHITAN SECARA BERSEMUKA

Masa Cik Mid baru berjinak-jinak dengan bidang jahitan ni, Cik Mid cuba belajar dari you tube dahulu. Tapi tiada tempat nak bertanya.

Akhirnya Cik Mid ambil keputusan untuk belajar jahit secara bersemuka dengan guru jahitan. Baru puas hati nak tanya macam-macam.

Lagi satu, belajar secara online tidak jelas sebagaimana kita belajar depan-depan dengan guru. Ada orang sesuai belajar secara online, ada orang tidak sesuai.

Jadi Cik Mid cadangkan anda cari guru jahitan secara bersemuka untuk dapatkan hasil yg diinginkan.

Melabur pada ilmu tidak akan sia-sia selagi ia ilmu yang baik dan bermanfaat.

Kepada anda yang nak belajar jahit, Cik Mid buka kelas jahitan di Seksyen 8, Shah Alam dan di Gopeng Perak.

Kelas jahit di Shah Alam Cik Mid buka sebulan 2x iaitu pada hari sabtu atau ahad (tarikh akan diumumkan dari masa ke semasa. 

Manakala kelas di Gopeng pula Cik Mid buka pada setiap sabtu atau ahad (secara temujanji)




Hubungi Cik Mid di talian www.wasap.my/60163385790/kelasjahitan untuk booking slot kelas.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan Cik Mid sampai habis. moga anda dimurahkan rezeki. Amin




Thursday, 13 April 2023

KELAS JAHITAN SHAH ALAM

Teks: Hamidah Binti Burham

Foto: Kolesi peribadi

Pada tahun 2016, Cik Mid belajar jahit di Kuching Sarawak bersama Cikgu Azrin Tailor. Cik Mid belajar jahit pelbagai fesyen baju seperti kurung moden, kebaya, blazer, seluar slack dan skirt panel.

Alhamdulillah hasil dari kelas jahitan tersebut, Cik Mid dapat jana pendapatan dari rumah dengan mengambil upah jahit pakaian

Ketika itu, Cik Mid tinggal di Kuching Sarawak. Cik Mid bukan orang Sarawak tau, Cik Mid orang Selangor. Suami Cik Mid orang Negeri Sembilan.

Cik Mid berpindah ke Sarawak pada tahun 2013 kerana mengikut suami bekerja disana selama 7 tahun.

Sepanjang berada di sana, Cik Mid tak ramai kawan, Jiran pun tak ramai. Jadi apa yang Cik Mid buat, Cik Mid ambil tempahan jahitan secara online ke semenanjung.

Cik Mid ambil tempahan jahitan pakaian yang simple macam seluar palazo dan cardigan. 

Alhamdulillah, permintaan jahitan online pada ketika itu sangat memberangsangkan. Malah tempahan jahitan Cik Mid menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Scotland. 

Pada 2017, Cik Mid bertemu pula dengan kawan baru dari Kuching Sarawak iaitu Sarina Ahmad.

Sarina adalah pemilik bridal di Kuching. Cik Mid berkenalan dengan Sarina dan kami bekerjasama menaikkan bridal yang diberi nama Wedding Project

Tugas Cik Mid menjahit pakaian pengantin dan menguruskan pelanggan di bridal.

Cik Mid juga menjalankan kelas jahitan di sana.



Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. 

Pada 19 Mac 2020, negara dilanda wabak Covid 19. Ekonomi dunia terjejas dan ia menyebabkan banyak perniagaan kerugian. 

Perniagaan tailoring dan bridal Cik Mid pun tidak terkecuali. Kami mengalami kesan yang agak teruk dari pendamik.

Tapi Cik Mid tidak putus asa, Pada Julai 2020 Cik Mid pindah semula ke semenanjung mengikut suami berpindah kerja sekali lagi.

Maka bermula lah episod perniagaan jahitan pakain readymade batik raifili secara online. 

Nak tahu apa itu batik raifili? tunggu next entry ya.

Alhamdulillah, perniagaan jahitan pakaian bersama batik raifili berkembang pesat dan lancar sehingga Cik Mid dapat buka butik di Gopeng Perak


Dari sini Cik Mid dapati, perniagaan jahitan ni luas sebenarnya. Pelbagai cara kita boleh buat untuk jana pendapatan dengan menggunakan kemahiran jahitan yang kita ada.

Sebab itulah tak rugi kita ada kemahiran jahitan ni.

Walaupun dahulunya Cik Mid seorang pegawai penyelidik sains, Cik Mid bersyukur kerana ada kemahiran menjahit. Tatkala kita tidak lagi memiliki pekerjaan, sekurang-kurangnya kita boleh survive walau dimana kita berada.

Cik Mid masih teringatkan kata-kata Cikgu Azrin selepas tamat kursus jahitan. Cikgu Azrin bilang, "Nanti dah pandai jahit, ajarkan ilmu ini kepada orang lain. Moga ia menjadi amal jariah untuk kita semasa di alam sana nanti"

Disamping dapat membantu suami menjana pendapatan, Cik Mid juga dapat membantu surirumah yang lain untuk sama-sama jana pendapatan dari rumah dengan hasil jahitan.

Pada Jan 2023, Cik Mula serius menjalankan kelas jahitan. Ia bermula di Butik di Gopeng Perak. Cik Mid buka kelas jahitan menggunakan 2 module. 

Module 1: Jahitan asas blouse (Khas untuk beginner yang baru nak mula menjahit)

Module 2: Jahitan Kurung moden/ Manipulasi pola (Intermediate)




Oleh kerana pasaran di Gopeng tidak begitu memberangsangkan memandangkan ia bukan kawasan bandar, maka Cik Mid telah membuka 1 lagi cawangan kelas jahitan di Seksyen 8 Shah Alam, Selangor.

Kenapa jauh sangat tu?

Ini kerana rumah Cik Mid ada di Shah Alam juga, di Batu 3 Shah Alam. Mak Cik Mid pun ada di Klang. 

Setiap bulan Cik Mid akan balik lawat emak di kampung. Alang-alang tu, Cik Mid buka la kelas di Shah Alam..hihi

Ni kelas jahitan di Shah Alam..




Objektif kelas jahitan ini ialah menyediakan kelas jahitan yang mudah difahami dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menjahit pakaian sendiri atau mengambil tempahan. 

Visi kelas jahitan ini ialah untuk membantu 1000 orang surirumah atau wanita untuk jana pendapatan dari kemahiran jahitan menjelang 2025.

Misi kelas jahitan ini adalah memberikan teknik yang mudah difahami terutama kepada pelajar yang baru berjinak-jinak dalam bidang jahitan. Memberi pendedahan terhadap platform perniagaan jahitan online yang lebih berdaya saing.

Jika anda berminat untuk menyertai kelas jahitan secara bersemuka bersama Cik Mid, boleh hubungi wasap Cik Mid www.wasap.my/60163385790/kelasjahitan

Terima kasih kerana sudi membaca coretan Cik Mid sampai habis. Cik Mid doakan anda diberi kejayaan dalam apa sahaja yang anda usahakan.

Assalamualaikum


Tuesday, 4 April 2017

Songket Sarawak Terkini 2017, Tak Perlu Iron..

Teks: Hamidah Burham
Foto : Simpanan peribadi

Bismillah..

Assalamualaikum adik manis..

Lamanya Kak Mid tak jenguk rumah jait ni.huhu

Kemunculan Kak Mid kali ni, sebenarnya nak tunjuk kat adik manis koleksi songket Sarawak terbaharu 2017. Sebelum ni Kak Mid bekalkan batik songket Sarawak, tapi sekarang batik songket dah tak ada stok, kita beralih ke songket fesyen baru pula. Kak Mid bagi nama Songket Saloma.

Kenapa nama Saloma?

Sebab material dia cantik merelip2 sebab ada gold printed, macam zaman saloma...


Perkara paling penting sekali, Songket Saloma TIDAK PERLU IRON. Senang nak urus..material padu dan lembut. Tak jarang jangan risau okeh. Ni antara koleksi Songket Saloma dan testimoni pelanggan.









Kepada adik manis yang suka bergaya di hari raya, moh cuba Songket Saloma ni. Kak Mid ada ready stok kalau adik manis nak dapatkan segera.

Whatsapp Kak Mid 0163385790

Ok nanti Kak Mid update corak2 lain ya.

Salam manis dari Kak Mid

Tuesday, 29 November 2016

Bagaimana Saya Berubah dari Saintis Menjadi Pereka Fesyen

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Musim cuti sekolah macam ni ibu relax sedikit kan. Waktu sesi persekolahan biasanya ibu sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak sampai aktiviti online terpaksa di kurangkan, hihi.

Hari ni Kak Mid ada kelapangan sedikit untuk Kak Mid berkongsi cerita bagaimana Kak Mid boleh keluar dari dunia penyelidikan sains ke dunia fesyen.

Sebenarnya sejak dari sekolah rendah Kak Mid dah menunjukkan bakat dalam bidang seni lukis. Setiap tahun masuk pertandingan melukis selalu dapat hadiah, hehe.

Tapi minat Kak Mid tak dapat diteruskan kerana Kak Mid bersekolah di Sekolah Men Agama Hisamuddin yang tiada subjek lukisan.

Kemudian Kak Mid melanjutkan pelajaran dalam bidang Kimia dan bekerja dalam bidang penyelidikan bioteknologi.

Namun, minat dalam bidang seni masih terpahat dihati. Setelah hampir 10 tahun bekerja, Kak Mid mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan cita-cita sambil menjaga anak-anak yang masih kecil. Kak Mid keluar mencari Ilmu dalam bidang fesyen dengan menyertai kursus jahitan pakaian.

Apa yang membuatkan Kak Mid terus bersemangat ialah, setelah Kak Mid mengetahui potensi diri melului kursus kalkulator potensi diri secara online yang telah dijayakan oleh Tuan Kawaras Yahya.

Rupa-rupanya kan, bidang kerjaya yang paling sesuai dengan kod potensi diri Kak Mid ialah menjadi seorang designer dalam bidang fesyen atau kecantikan. Hihihihi..ibarat orang mengantuk disorong bantal!

Alhamdulillah sekarang Kak Mid mencurahkan dengan sepenuh hati bakat yang ada dengan mereka pakaian di butik onlone http://www.facebook.com/midzcouture.

Walaupun Kak Mid masih baru dalam dunia fesyen, namun dengan sokongan anda semua Kak Mid menjadi lebih kuat untuk meneruskan perjalanan di dunia baru Kak Mid ni.

Kepada sahabat-sahabat yang nak mencuba hasil rekaan pakaian Kak Mid, boleh lah singgah di page Midz Couture atau boleh cuba terus koleksi terbaharu Midz Couture, SET CARDIGAN PALAZO PUA KUMBU ni. Nak beli cardigan atau palazo sahaja pun boleh..Koleksi ni limited edition ya. Sebab Kak Mid nak jadikan anda kelihatan eksklusif dan unik bila memakai koleksi ini.

Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan, Kak Mid ucapkan ribuan terima kasih, moga kehidupan kamu terus di anugerahi kejayaan.

Kepada anda yang berminat nak dapatkan koleksi terbaharu Cardigan palazo Pua Kumbu ni, whastapp atau pm Kak Mid terus ya. 0163385790

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis😊😊😊






Monday, 10 October 2016

Cara Mudah Jahit Kedut Tanpa Tapak Kedut

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Terima kasih kerana adik manis sudi singgah blog K.Mid yang agak lama tidak dibersihkan  ni. Hihi. Semoga lepas ni K.Mid lebih aktif lagi berblogging dari sebelum ini dan memaparkan lebih banyak tips dan info menarik tentang dunia jahitan.

Hari ini, K.Mid nak kongsi cara menjahit kedut pada kain guna mesin jahit lurus tanpa menggunakan tapak kedut. Tapak kedut mesin mahal dik, RM100++, hihi. K.Mid guna sekali sekala je.Tapi kalau adik manis nak pakai tapak kedut, lagi bagus..hasilnya lebih cantik.

Sebelum K.Mid bagitahu caranya, apa kata kita jamu mata dengan baju gown ropol anak K.Mid menggunakan teknik mudah ini. Macamana baju ropol anakK.Mid tu? Cantik tak.hihi. K.Mid jahit baju gown ni menggunakan kain batik pastel dari Sarawak. Material cotton batik pastel ni, serap peluh dan selesa untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Jika adik manis berminat nak beli kain batik pastel, adik manis whatsapp K.Mid terus tau, 0163385790. Nak beli borong pun boleh.




Batik Pastel Kod 067/ Kipas Kecil
Ok, sekarang kita tengok pula bagaimana cara mudah jahit ropol menggnakan mesin jahit lurus dan jarum peniti.

Caranya mudah sahaja. Mula-mula pastikan tapak jahit lurus adik manis tu terangkat keatas. Kemudian ambil sebatang jarum peniti dan selitkan dicelah tapak jahit lurus seperti gambar di bawah. Jarum peniti perlu berada di kedudukan senget macam dalam gambar tu, untuk mengelakkan dari terkena jarum jahit.


Kemudian turunkan tapak jahit dan jahit lurus macam biasa. 

Maka beginilah hasilnya..





Walaupun kedutnya tak berapa nak besar dan gebu tapi bagi K.Mid, ok la tew kan..hihi. Sebenarnya K.Mid dapat ilmu ni dari grup jahitan K.Mid, yang dikongsikan dari FB seseorang. tapi K.Mid tak ingat siapa pemiliknya. Moga dapat halalkan ilmu ni ya. Semoga pemilik ilmu ini akan diberi keluasan ilmu dan keberkatan. Amin

Ok sampai disini tutorial kita kali ini. InshaAllah kita jumpa lagi dengan topik lain pula ya.

p/s:Sekali lagi, jika adik manis berminat nak dapatkan kain batik pastel macam tu, whastapp K.Mid tau. 0163385790. Banyak lagi corak menarik yang boleh adik manis pilih.

^^^Wassalam^^^








Wednesday, 28 September 2016

Gaya Elegan Jaket Songket Sesuai ke Pejabat

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Lama Kak Mid tak mengemas blog ni huhu. Ramai yang bertanya, masih jual songket
ke?

Ya..K.mid masih jual songket..malah batik pastel juga ada. Kepada adik manis yang nak borong songket boleh whatsapp terus K.Mid di talian 0163385790. Almaklum..musim cuti sekolah dah nak dekat, majlis kenduri kawin menanti. Pakaian baru merelip-relip kena sedia kan? Moh kita bersongket, pasti kelihatan asli dan tradisi,ewah😀

Ok sebenarnya entri kali ni K.Mid nak bagi adik manis idea fesyen songket. Selain buat baju tradisional, songket pun boleh buat jaket elegan sofistikated gitu taw.






Ha macamana adik manis? Ok tak? Jaket ni pelanggan K.Mid yang punya. K.Mid jahitkan je. Kalau adik manis nak tempah pun boleh. Nanti whatsapp K.Mid ya.0163385790.

Ok K.Mid beransur dulu ya. Next entri K.Mid akan cerita pula pengalaman K.Mid dan keluarga merentas Sarawak dan Brunei untuk ke Sabah melalui jalan darat sejauh 1400km selama 6hari 5malam. InshaAllah..

Ok sampai disini sahaja dahulu celoteh K.Mid.Assalamualaikum..😊😊