Foto: Ihsan google dan simpanan peribadi
Entri 19
Assalamualaikum adik manis....
wah..teruja sangat saya sekarang ni nak jahit bedsheet atau cadar tilam. Ap tidaknya, saya dah jumpa kedai kain yang jual kain ela khas buat cadar atau bedsheet ni. Kain ela cadar ni sebenarnya memang dah direka khas mengikut bidang ukuran cadar iaitu bidang 90cm lebih. Jadi tidak perlu sambung kain lagi, boleh terus potong kain mengikut pola dan jahit. Sebelum ni saya tidak tahu ada kedai kain jual kain cadar. Jadi, semua cadar yang ada di rumah saya ni beli di kedai la.. kalau dah beli tu mestilah main tangkap muat je, yang penting harga murah dan 100% cotton. Saya tidak gemar menggunakan cadar kain polyester, terasa agak panas dan kurang selesa. Jadi faktor warna dan corak menjadi pilihan kedua. Almaklum lah kalau beli siap kadang-kadang kita berkenan pada warna tapi tak berkenan pada coraknya pula. Bila dah jumpa pembekal kain cadar ni, seronok lah saya memilih warna dan corak yang saya suka. Kemudian, apa lagi..kita tanya pakcik google lah tentang cara-cara nak jahit bedsheet atau cadar ni.
Cari punya cari, ha..jumpa pun..Ini lah cara melakar pola menjahit cadar.
Ihsan google |
Boleh ikut kan?..
Senang sahaja.. Cuma ukur cadar anda yang sedia ada atau ukur saiz tilam. Kemudian, lebihkan 8 inci di keliling ukuran sebenar. Gintingkan kain di setiap penjuru seperti yang terdapat dalam gambar. Cantumkan setiap buju dan jahitkan getah di setiap penjuru cadar. Siap..
Ini hasil cadar yang saya jahit,,
Minion lagi tau.hihi Ini cadar anak-anak bujang saya. Mereka ni suka sangat dengan cerita despicable me ni. Siap hafal lagi lagu bahasa minion tu. Ada pulak kain ela cadar motif kartun ni, saya pun buatkanlah untuk mereka..berebut-rebut tang bantal tu,huhu. nak kena beli lagi nampaknya.
Ok jika anda ingin menempah cadar fitted corak minion atau pelbagai lagi corak kartun yang sangat comel macam ni.. anda boleh hubungi saya di talian 0163385790.
Ok sampai jumpa lagi..
Wassalam
Boleh sy tahu kat mn kedai borong cotton 90 ni?
ReplyDeleteBoleh sy tahu kat mn kedai borong cotton 90 ni?
ReplyDeleteSalam boleh tahu kat man beli cotton 90 ni
ReplyDeletesalam.boleh tak saya nk mintak gambar step by step akak buat cadar.saya perlukan untuk menyiapkan assaignment saya. klau xkeberatan, boleh tak akak email kepada saya pirateofcarry2@gmail.com atau whatsapp kepada saya di 0199843400
ReplyDeleteSalam puan Hamidah. Salam perkenalan. Terima kasih di atas perkongsian cara jahit cadar. Saya budak baru belajar. ^_^ Kalau tak keberatan saya pun nak tahu di mana lokasi pembekal kain bidang besar2 ni. Tq puan. 😊
ReplyDelete