Pages

Wednesday, 29 April 2015

Gubahan Hantaran Jimat di Kuching

Teks: Hamidah binti Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Entri kali ini saya nak kongsi pengalaman mengambil tempahan gubahan hantaran di Kuching Sarawak.

Bulan lepas ada seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghubungi saya untuk menempah gubahan hantaran coklat dan sireh junjung untuk majlis pertunangan dengan gadis Kuching, Sarawak.

Pelanggan menempah dua dulang sahaja daripada saya kerana hantaran yang selebihnya telah dibawa dari Kuala Lumpur, manakala gubahan coklat dan sireh terpaksa di tempah di Kuching untuk memastikan sireh masih segar dan coklat tidak cair di hari pertunangan nanti.

Tempahan kali ini berkonsep jimat tapi menarik.

Bagi saya tiada salahnya berjimat cermat dalam menghias gubahan hantaran kerana barang di atas dulang yang perlu dititikberatkan berbandaing hiasan gubahan hantaran yang akhirnya akan dibuang jua.

Namun begitu, gubahan hantaran masih perlu dihias cantik supaya sedap mata memandang kan..

Jadi apa yang saya lakukan ialah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti kotak kasut, kain perca dan bekas plastik terpakai

Bahan-bahan gubahan
 Dan inilah hasilnya.....

Gubahan sireh dan coklat

Gubahan sireh

Simple sahaja tapi masih kelihatan menarik kan?

Jadi kepada anda yang ingin berjimat cermat dalam menyediakan persiapan perkahwinan, jangan lupa simpan semua kotak-kotak yang cantik seperti kotak kasut, kotak coklat dan kotak perfume. Mana tahu ia berguna untuk gubahan hantaran anda nanti. Ini juga dapat menjaga alam sekitar menjimatkan wang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan gubahan hantaran daripada saya, hubungi saya di talian 0163385790

Tuesday, 28 April 2015

Corak Terkini Batik Songket Sarawak

8Teks: Hamidah Burham
Foto: koleksi peribadi

Assalamualaikum adik manis...

Mau cari kain ka?? Hehe

Ramai yang tercari-cari corak terkini Batik Songket Sarawak kan?

Untuk pengetahuan anda semua, corak batik songket ni akan berubah setiap minggu. Ada yang masih ada stok dan ada yang keluar dalam masa seminggu sahaja. Minggu depan dah tak keluar lagi contoh corak kod 4343, 24811 dan coral. Permintaan tinggi terhadap corak ini namun begitu pengeluaran dari kilang terhad.

Corak yang masih ada seperti gambar dibawah

Jika anda inginkan corak yang meletop dan laku keras, anda perlu membuat tempahan awal.

Hubungi saya Pn Hamidah 0163385790

Friday, 24 April 2015

Koleksi Warna Batik Songket Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri 44

Assalmualaikum adik manis..

Alhamdulillah dah 44 entry saya berceloteh di laman blog Hasil Seni dan Jahitan Hamidah Burham ini. Terima kasih kepada semua adik manis yang sudi singgah ke blog saya ini. Semoga blog saya ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Entri kali ini saya nak tunjukkan koleksi Batik Songket Sarawak mengikut pilihan warna. Koleksi warna batik songket ini saya gabungkan semua corak yang memiliki warna yang sama seperti biru, maroon, merah, purple dan hijau.

Koleksi Biru

Koleksi Hijau

Koleksi Purple

Koleksi Merah

Koleksi purple
Untuk makluman anda, pembelian batik songket secara pemilihan warna adalah pada harga retail. Diskaun hebat menanti anda selagi stok masih ada.

Jika anda berminat untuk membeli batik songket, sila hubungi saya sms/whatsapp Hamidah 0163385790.

Ok salam berjumpa lagi ya..

Assalamualaikum




Monday, 20 April 2015

BATIK SONGKET SARAWAK: RETAIL VS BORONG

Teks: Hamidah binti Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri: #43

Assalamualaikum adik manis....

Alhamdulillah permintaan terhadap Batik Songket Sarawak masih berterusan sehingga kini walaupun telah memasuki tahun ke 3 K.Mid menjual batik songket Sarawak ni.

Ramai yang bertanya macamana nak borong Batik Songket Sarawak ni?

Ok, disini K.Mid jelaskan ya. Sebelum ini, pembelian borong adalah secara set (dalam 1set corak ada 5warna, kena beli semua) namun kini adik manis boleh membeli borong secara campur-campur warna dan corak seperti dalam gambar dibawah.
Pebelian borong secara campur corak

Pembelian  Borong secara set

Pembelian borong secara campur-campur corak pula bergantung kepada kuantiti stok yang ada. Jika stok ada, boleh saja..hehe
Jika adik manis berminat untuk mendapatkan koleksi batik songket, boleh whatsapp K.Mid terusdi talian 0163385790 untuk respon yang lebih cepat. Almaklum saya kalau dah menjahit,tak sempat nak buka lap top. hihi. Kalau adik manis whatsapp, K. Mid boleh juga curi-curi masa tengok hp.


Terima kasih daun keladi,
Jika suka beli lagi... :D








Friday, 17 April 2015

Shampoo Shayla Kegemaran Saya

Teks : Hamidah Binti Burham
Foto: Ihsan google

Entri #42

Assalamualaikum adik manis..

Entri kali ini saya nak kongsi pengalaman menggunakan syampoo Safi Shayla..

Ya yang ini..
Ini bukan iklan okeh..ini sekadar perkongsian pengalaman saya menggunakan shampoo yang saya rasa amat sesuai dengan rambut saya dan wanita bertudung.

Mula-mula saya terjebak dengan shampoo Shayla sejak emak saya yang pakai shampoo ni ketika emak berada dirumah saya bulan 12 tahun lepas. Emak saya ni memang sangat cerewet dalam pemilihan penjagaan rambut, emak lebih suka cuci rambut dengan limau nipis, lebih bersih katanya.

Tapi tiba-tiba emak bertukar guna shampoo Shayla. Eh! pelik nih. apa yang syok sangat dengan shampoo Shayla ni sampai emak tak nak tukar jenama lain dah.

Saya pun apalagi, cubalah tukar shampoo yang saya guna sekarang ni kepada shampoo shayla. Setelah seminggu menggunkaan shampoo Shayla ni, memang ketara bezanya. Bau shampoo ini sangat harum. Rambut kekal harum walau bertudung, hehe macam slogan iklan pulak kan.

Ya..betul..rambut tak gatal, harum, dan lembut. Sebelum ini saya mengalami masalah rambut kering dan ada ketikanya sangat berminyak. Bila kering, rambut akan menggerbang dan tak selesa. Tapi dengan shampoo Shayla ni, rambut lembut terurus.

Kepada anda yang betudung, cubalah shampoo Shyala Safi ni. Harga pun berpatutan.

Ok sampai jumpa lagi..

KOLEKSI COTTON PUA KUMBU

Teks: Hamidah binti Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri: 41

Assalamualaikum adik manis..

Pernahkahkah anda melihat atau mendengar mengenai kain pua kumbu?

Sebenarnya ia berasal dari Sarawak dan menjadi pakaian tradisi masyarakat Iban sejak dahulu lagi. Kumbu bemaksud selimut dalam bahasa Iban, tetapi lebih sesuai dipanggil kain.

Kini kain Pua Kumbu telah di modenkan penggunaanya dalam industri fesyen tanahair dan antarabangsa kerana keunikan corak dan material cotton nya yang lembut dan serap peluh.


Gambar Ihsan google
Gambar ihsan google
 Ini pula baju blouse kumbu yang saya jahit sendiri...cantik tak? hehe

Sangat selesa bila dipakai. lembut, sejuk, beralun dan coraknya kelihatan etnik dan saintai gitu.

Berminat nak mecuba fesyen kumbu?

Ha...jom pilih kain pua kumbu dari koleksi saya ni.




Jika anda berminat membeli secara borong, hubungi saya Hamidah Burham (0163385790).

Salam jumpa lagi...


Sunday, 12 April 2015

KOLEKSI BUNGA FABRIK

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi


Entri: #42

Assalamualaikum adik manis,

Pernahkan anda mendengar mengenai bunga fabrik?

Ya bunga fabrik yang menggantikan bunga segar kepada mempelai perempuan, macam ni..


Saya meminati seni pembuatan bunga fabrik ini ketika saya masih belum pandai menjahit pakaian lagi. Ketika itu anak-anak masih kecil, banyak aktiviti kegemaran saya seperti make up dan menjahit manik perlu di hentikan buat seketika kerana anak saya suka mengutip manik dan memaknnya..huhu.  Manakala aktiviti make up pula memerlukan saya meningglkan anak di rumah bersama suami ketika saya menyelesaikan tugasan. Jadi kita carilah aktiviti yang lebih sesuai untuk keadaan seperti saya ini. hehe

Bunga Fabrik menjadi pilihan saya ketika itu kerana ia memerlukan kos yang rendah dan kita boleh lakukannya dimana-mana sahaja. Sambil berdiri dan memerhatikan anak pun boleh.hihi. Ia tidak memerlukan peralatan yang mahal dan rumit. Apa yang diperlukan hanya kain satin atau cotton atau pelbagai jenis kain yang anda suka, dawai, playar, ribbon, salotape, jarum, benang dan sedikit hiasan rantai dan sebagainya.

Dalam keseronokan menjalankan aktiviti membuat bunga fabrik, tidak ku sangka ada pelanggan yang berminat. alhamdulillah...boleh juga dapat duit poket.

Tempahan Butik Pengantin di Brunei

Tempahan Butik Pengantin di Sarawak
Tempahan perseorangan

Tempahan butik pengantin di Sarawak
Bunga fabrik ini sangat sesuai dijadikan hiasan atas meja, sebagai hadiah untuk yang tersayang dan hantaran perkahwinan
Bunga fabrikku menghiasi majalah Pengantin
.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan bunga fabrik, hubungi saya 0163385790.