Foto: Simpanan peribadi
Entri#39
Assalamualaikum adik manis...
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog jahitan saya..
Harga pakaian kanak-kanak sekarang dah sama harga dengan pakaian dewasa kan? Jenama terkenal harganya makin tinggi, sedangkan design baju tersebut sama sahaja dengan jenama sederhana. Apapun, pilihan saya sebagai ibu dalam memilih pakaian anak-anak, biasanya saya akan memilih jenis kain yang digunakan dahulu. Jika harga mahal tetapi jenis kain yang digunakan tidak setimpal dengan harga, saya akan memilih jenama lain yang lebih munasabah dari segi harga dan kualiti.
Namun begitu, sejak menjadi suri rumah ni, kalau boleh semua isi rumah saya nak buat sendiri hihi. Jimat dan lebih puas hati. Saya akan membeli pakain yang saya tidak mampu buat seperti jaket dan jeans. Lagipun, air tangan ibu kan lebih baik dan ia akan menjadi kenang-kenangan kepada anak-anak kita bila mereka besar nanti, sepertimana emak saya lakukan ketika saya kecil dahulu.
Panjang pulak intro.hihi. Ok, sebenarnya saya nak kongsi dengan anda, buku pola jahitan pakaian yang saya beli di MPH ni.
Buku Happy Hommade Sew Chic Kids |
Apa yang menarik tentang buku ini ialah ia mempunyai 20 paten pakaian kanak-kanak yang comel dan ringkas untuk kanak-kanak.
Halaman dalam buku |
Pola baju dari saiz 2 ke 8 tahun |
Apa lagi, boleh la anda membeli kain yang cantik dan menjahit pakaian anak-anak anda sendiri di rumah.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment