Foto: Simpanan peribadi
Assalmualaikum adik manis...
Anda peminat cotton? Biasanya kita dengar pelbagai jenis cotton seperti cotton vietnam, cotton jepun, cotton india dan cotton silk kan? kali ini saya nak cerita tentang cotton kumbu.
Cotton kumbu ini banyak di dapati di negeri Sarawak. Ia juga dipanggil pua kumbu. Benang pua digunakan dalam mengahsilkan cotton pua kumbu ini. Material cotton yang lembut dan beralun sangat selesa di pakai sebagai baju kurung, blouse atau skirt. Pua Kumbu terdapat pelbagai jenis. Ada yang keras dan ada yang lembut. Ia juga membezakan harga bagi setiap material.
Corak pua kumbu pula di adaptasi daripada motif ukiran corak masyarakat Iban dan Ulu. Corak yang berasaskan geometri dan asbtrak memberi satu keunikan kepada kain pua kumbu.
Tada...ini antara blouse yang saya jahit untuk saya sendiri dan pelanggan saya yang menempah blouse dari kain kumbu ni. Tapi buat masa ini saya dah tak ambil tempahan menjahit, tak sempat tangan nak pegang mesin jahit dek menguruskan jualan kain batik songket sarawak huhu. InshaAllah jika ada rezeki saya buka tempahan ya.
![]() |
Blouse kumbu kanak-kanak |
![]() |
Blouse kumbu butterfly |
![]() |
Blouse kumbu cerut |
![]() |
Bluse kumbu simple |
![]() |
Kain Pua Kumbu |
![]() |
kain Pua Kumbu |
No comments:
Post a Comment