Foto: Simpanan peribadi
Entri 6
Assalmualaikum adik manis..
Asyik menjahit sahaja, kesihahan keluarga juga perlu dijaga..Entri kali ni saya nak tunjuk gambar suami saya yang dah kurus! hehehe
Sejak kami berkahwin pada tahun 2004 sampai lah 2015, macam-macam cara dilakukan untuk kuruskan badan. atkin diet pun dah cuba, produk kuruskan badan pun dah cuba, namun masih tidak dapat menurunkan berat badan dengan berkesan. Berat badan makin meningkat hingga mencecah 99kg, huhu.
Tapi kini, berkat usaha dan ikhtiar, akhirnya suami saya dapat juga menurunkan berat badan dengan begitu konsisten dan berkesan, dengan mengamalakan diet kalori, alhamdulillah...
Cara nak diet kalori ini mudah sahaja... anda hanya perlu kurangkan jumlah makanan yang anda ambil setiap hari. Anda juga perlu tahu jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Anda boleh muat turun senarai nilai kalori setiap makanan di sini. http://hspben.moh.gov.my/index.php/buletin/140-bank-kalori-makanan . Keperluan kalori harian untuk anda yang ingin menguruskan badan untuk lelaki ialah 1500kcal. Manakala untuk perempuan pula ialah 1200kcal.
Macamana makanan yang bernilai 1500kcal tu?
Ha...macam ni lah hidangan 1500kcal yang suami ambil setiap hari..
Suami saya makan cara begini, sejak 5 bulan yang lepas. Kini berat badan beliau telah mencecah 86kg.Suami saya cakap tidak lah rasa lapar dan tidak juga rasa terseksa untuk terus berdiet dalam masa yang panjang. Otak seakan-akan telah set untuk makan sedikit, maka nafsu makan juga menurun secara automatik. Suami saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan lecithin Shaklee untuk melancarkan sistem pembuangan. Lechitin juga merupakan pelarut lemak dan kolestrol yang cukup baik disamping menjaga kesihatan hati, buah pinggang dan otak. Jika anda ingin mencubanya, anda boleh menghubungi saya di talian 0163385790.
Ok..akhir sekali, saya ingin berkongsi jadual makanan harian suami saya. Jika anda ingin menurunkan berat badan secara selamat, anda boleh cuba cara ini. Selamat meng kuruskan diri ya.
Hari
|
Pagi
|
Tengahari
|
Petang
|
Malam
|
Isnin
(1513kcal)
|
Sandwich telor= 490kcal
(Telor dadar sebiji,100kcal
+ 4 keping roti putih, 320kcal +1 sudu kecil mayo, 90kcal)
|
Nasi campur=500kcal
Nasi segenggan, (150kcal + sayur tumis sepinggan 100kcal, seketul
ayam/ikan berlada, 180/150 kcal
Pisang sebiji=70
|
Teh O secawan =60kcal
Biskut lemak 4 keping = 153kcal
|
Sandwich sardin
=310kcal
(2 keping roti, 160kcal + 1 ketul sardin berlada,150kcal)
|
Selasa
(1513kcal)
|
Nasi lemak kosong=320kcal
Karipap 2 ketul=260kcal
|
Nasi campur=500kcal
|
Teh O secawan dan biskut kosong 4 keping=213kcal
|
Roti putih 2keping = 150kcal + planta+ gula (70kcal)
|
Rabu
(1453kcal)
|
Bihun goreng kosong 2senduk = 290kcal
Pisang berangan=60
|
Nasi campur=500kcal
|
Teh O secawan dan biskut kosong 4 keping=213kcal
|
Sandwich telor
(3keping roti, 240+ 1biji telor dadar, 100, mayo, 50kcal)
|
Khamis
(1513kcal)
|
Sandwich telor= 490kcal
(Telor dadar sebiji,100kcal
+ 4 keping roti putih, 320kcal +1 sudu kecil mayo, 90kcal)
|
Nasi campur=500kcal
|
Teh O secawan dan biskut kosong 4 keping=213kcal
|
Sandwich sardin
=300kcal
(2 keping roti, 160kcal+ 1 ketul sardin berlada,150kcal)
|
Jumaat
(1483kcal)
|
Mi goreng kosong 3 senduk kecil,280kcal
Karipap 2 ketul,260kcal
|
Nasi campur=500kcal
|
Teh O secawan dan biskut kosong 4 keping=213kcal
|
Roti putih 2keping = 150kcal + planta+ gula (70kcal)
|
Sabtu
(2023kcal)
|
Roti canai kosong sekeping,300kcal+ Karipap 2, 260kcal+Mi
goreng 280kcal
|
Nasi campur=500kcal
|
Teh O secawan dan biskut kosong 4 keping=213kcal
|
Fish n Chips satu set =570kcal
Air berbikarbonat secawan, 200kcal
|
Ahad
(1683kcal)
|
Nasi lemak 320kcal, karipap 2 biji, 260kcal
|
Nasi campur=500kcal
|
Teh O secawan dan biskut kosong 4 keping=213kcal
|
Sandwich telor
(3keping roti, 240+ 1biji telor dadar, 100, mayo, 50kcal)
|
waa bagus nya..
ReplyDeletedia kurang sekali minuman manis lah yer
great!
Tq for sharing
kalau kita tau berapa kalori yang patut kita ambil sehari, secara automatik kita akan kurangkan minuman manis sebab minuman manis secawan pun min dah 60kcal.belum berjus dan bersusu.rugi..tak kenyang. lebih baik makan kuih yang sedap dan kenyang, kalori pun lebih kurang sama ngan air manis.hihi.
ReplyDelete