Pages

Thursday, 19 March 2015

Tutorial Cara Jahit Kolar Telok Belanga

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #26

Assalamualaikum adik manis..

Kemarin sahabat saya, Hjh. Norhaniza Ismail meminta saya buatkan tutorial untuk kolar telok belanga. Nak cuba jahit untuk baju anak bujang katanya. Kebetulan pulak saya tengah jahit baju Kurung Asha, saya snap gambar - gambar ini sekali. Sebenarnya kolar telok belanga dengan kolar baju kurung adalah sama, nama sahaja yang berbeza..Ok, apa kata kita tengok macamana cara nak buat kolar telok belanga ni.


Langkah 1:

Lipat dua bahagian badan dan gariskan penanda pada bahagian bahu. Letakkan ukuran leher separa bulat mengikut ukuran leher. Untuk ukuran bulatan, saya ukur bulatan baju lama anak saya. Kemudian letakkan ukuran leher tersebut melepasi 0.5 inci (ukuran untuk kanak-kanak) ke belakang bahu supaya baju tidak terjungkit dan selesa dipakai.Gunting keliling ukuran leher tersebut.

Langkah 2:

Letakkan kain lebihan yang telah dipotong tadi ke bahagian depan baju pula untuk mengukur panjang belahan hadapan. Kemudian gunting bahagian belahan tersebut.


Langkah 3:

Buat langkah yang sama untuk bahagian lapik leher. Gunting keliling lapik leher mengikut bentuk bulatan leher tersebut dan jahit tepi di sekelilingnya supaya kemas.

Langkah 4:

Letakkan lapik leher secara terbalik di hadapan kolar leher. Pinkan supaya kedudukannya sama. Kemudian jahit mesin keliling kolar tersebut.




Langkah 5:

Kacipkan keliling bulatan leher supaya bulatan leher yang terhasil akan kemas dan terletak cantik.

Langkah 6:

Terbalikkan lapik leher dan kemaskan ke bawah baju. gosok bahagian kolar yang telah siap dengan seterika. Jahit silang pangkah di bahagian lapik leher supaya tidak terbuka.

Siap...Macamana? ok tak?

Ok selamat mencuba..

p/s: Jika anda ingin menempah baju kurung kanak-kanak atau ingin membeli baju siap kurung kanak-kanak, anda boleh hubungi saya 0163385790.

.

Wassalam

No comments:

Post a Comment