Foto: Simpanan peribadi
Entri 36
Assalamualaikum adik manis..
Anda pernah menghadiri majlis perkahwinan di Sarawak? Jika anda penduduk negeri Sarawak anda pasti sudah biasa dengan adat dan aturcara majlis diadakan. Namun, saya sebagai penduduk negeri Selangor, ini merupakan kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan di negeri Sarawak.
Hari ini merupakan hari pernikahan jiran sebelah rumah saya. Ya memang rumah dia. Dia membelinya sebelum berkahwin lagi. Bagus kan? Majlis Nikah buat kat rumah sendiri. Senang, tiada siapa nak kacau hihi.
Ok2 kembali ke topik asal.huhu
Majlis perkahwinan disini agak lain sedikit daripada majlis perkahwinan yang biasa saya hadiri di semenanjung. 2 minggu sebelum majlis berlangsung, saya sekeluarga telah dijemput oleh keluarga pengantin untuk mnghadiri sesi mesyuarat untuk urusan majlis perkahwinan. Saya rasa di semenanjung juga mengamalkan mesyuarat seperti ini kan? tapi yang uniknya mesyuarat yang diakan sangat formal siap agenda mesyuarat dan kami diberi handouts untuk memudahkan kami melihat isi kandungan mesyuarat. Macam mesyuarat di pejabat..ada pengerusi majlis dan AJK. cayalah!
Minit Mesyuarat AJK majlis kawin |
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, iaitu hari ini lah, 28 Mac 2015. Ruang halaman depan rumah saya dijadikan ruang penyediaan makanan oleh caterer. Siap berkenalan pula dengan pemilik caterer tu, hihi. Nak dijadikan cerita, hari ni saya kena menghadiri majlis sendirian kerana suami bekerja. Saya teragak-agak untuk mencari waktu yang sesuai untuk hadir. Dari dalam rumah, saya melihat yang tetamu yang hadir seakan belum menjamah makanan kerana memerhatikan acara berzanji yang sedang berlangsung sejak dari jam 10 pagi tadi. Lagu-lagu selamat pengantin baru juga rancak dimainkan. Suasana sangat meriah. Dalam pukul 11.30am, saya fikir inilah waktu yang sesuai untuk hadir, tiba-tiba saya terdengar DJ mengucapkan terima kasih dan majlis bersurai. erkkkkkkk!!! alamak! makcik terlambat sudah..hahahha. Saya jenguk dari tingkap, kerusi meja sudah diangkat dan dikemaskan, huhu. Kemudian ada orang memberi salam di depan pintu sliding . Pemilik Caterer datang hantar lauk! boleh gitu???? hahhaa rezeki jangan ditolak kan...musuh jangan dicari.. Malunya huhu.
Lauk majlis nikah jiran sebelah: nasi minyak, kuah dhal, rojak telor, ikan masin masak sambal. |
Setelah saya salin dan basuh bekas makanan tadi, saya pulangkan kepada caterer, tiba-tiba saya disapa oleh seorang abang berbaju melayu kuning, "tak pergi rumah sebelah ke?" dengan tersipu-sipu saya jawab, "saya baru nak pergi tapi majlis dah habis, biasanya di semenanjung pukul 11.30pagi baru majlis makan rancak" kemudian baru mereka faham, hihi. Abang baju kuning itu memberitahu saya di Sarawak biasanya majlis akan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 atau 1 tengahari. Kiranya jam 1 tengahari makanan semua telah dibersihkan dan tetamu serta sanak saudara mula beransur pulang. Yang tinggal cuma kemah huhu.
Saya rasa seperti tidak sedap hati jika tidak menghadiri majlis itu, tapi majlis dah bersuarai pula, huhu. Akhirnya saya gagahkan diri juga untuk pergi berjumpa ibu bapa pengantin.Dapatlah saya bersalaman dengan ibu pengantin.fuh lega!
Jadi, jika anda ingin menghadiri majlis perkahwinan di Sarawak, anda kenalah menepati masa yang telah ditetapkan di dalam kad jemputan.
Ok, sampai disini sahaja cerita saya..sampai jumpa lagi..
p/s: Sambil2 borak dengan pemilik caterer tu, sempat lagi ku promot khidmat make up dengan tempahan baju kurung kanak-kanak huhu.
Assalamualaikum,saya ingatkan puan orang Sarawak.hehe..Kat Sarawak memang waktu makan kenduri kahwin tu seawal pukul 8.00 pagi..Biasanya majlis selesai dalam pukul 12 pm ke atas hihi..
ReplyDeletewaalaikumussalam..hihi tu la kesahnya Balqis..kami suami isteri orang selangor. baru je duduk kuching 2 tahun. Apapun ia satu pengalaman yang menarik.
ReplyDelete