Foto: Simpanan peribadi
Entri #29
Assalamualaikum adik manis..
Terima kasih kerana berkunjung ke laman jahitan saya..
Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana cara nak kuatkan jahitan manik pada pakaian.
Masalah utama yang dihadapi dengan baju yang bermanik ialah kena basuh tangan. Kalau basuh pakai mesin basuh habislah manik berterabur kan? hihi
Tapi tak semua baju bermanik akan rosak lepas dibasuh. Ada cara macamana kita nak jadikan manik yang dijahit pada baju tahan lebih lama.
Cara yang saya praktikkan untuk hasil jahitan manik yang kuat ialah dengan menggunakan teknik back stitch (jahit belakang). Jahitan manik yang tidak tahan lama dan mudah tertanggal ni biasanya menggunakan jahitan jelujur terus ke hadapan, seperti gambar dibawah.
Jahit jelujur |
Teknik jahitan back stitch pula dapat menghasilkan jahitan manik yang kuat dan tidak mudah putus kerana jahitan nya berulang-ulang dari belakang bawa ke hadapan dan seterusnya.
Back stitch |
p/s: Saya terima tempahan pakain kanak-kanak dan jahitan manik. Hubungi saya Hamidah 01633385790
No comments:
Post a Comment