Foto: Ihsan google
Entri 10
Assalamualaikum adik manis..
Baju dah ada, alat-alat menjahit manik dah ada, corak dah lakar, tapi pening kepala nak padankan warna manik dengan warna baju. macamana ni????
Jangan pening-pening dik..akak ada sedikit tips untuk dikongsi disini..hehe
Ya saya akui, masa mula-mula saya berkecimpung dalam dunia jahitan manik ini, saya seakan buntu untuk memilih warna manik yang sesuai untuk baju yang ditempah oleh pelanggan. Maka berjanggut lah saya duduk di kedai alat-alat jahitan itu kerana mencari warna yang sesuai untuk baju tersebut. kalau tersalah pilih warna, takut hasilnya juga tidak menarik dan ekslusif.
Setelah saya menyertai kursus jahitan manik bersama Jemarimanik di Shah Alam, barulah saya mengetahui cara yang mudah untuk memilih warna manik pada pakaian.
Terdapat pelbagai jenis pemilihan warna yang boleh kita jadikan panduan. Diantaranya, warna kombinasi, warna analogous, warna monokromatik dan warna tiga segi.
1- Warna kombinasi:
Warna kombinasi ialah gabungan 2 warna terang atau warna lembut yang ketara berbeza antara satu sama lain. contohnya, hijau dan merah untuk kombinasi warna terang. Manakala pink dan hijau muda untuk kombinasi warna lembut.
Warna kombinasi |
Ia Menggunakan 2 atau 3 warna dari jenis warna yang sama atau warna yang seakan-akan sama, contohnya, hijau lembut dengan hijau terang dan kuning bergabung membentuk warna harmoni.
Warna Analogous |
Warna ini ialah turutan dari warna gelap ke warna cerah
Warna Monokromatik |
Warna Triod adalah gabungan 3 warna yang sangat bebeza atau sekarang ia sering dipanggil sebagai warna blok. Warna ini memberikan suasana panas dan hebat.
Wana Triodic |
Itulah serba sedikit tips pemilihan warna untuk jahitan manik. Semoga ia memberi manfaat kepada anda di luar sana.
Jika anda ingin mendapatkan khidmat tempahan jahitan manik, hubungi saya di talian 0163385790.
Waalaua'lam
No comments:
Post a Comment