Pages

Monday 10 October 2016

Cara Mudah Jahit Kedut Tanpa Tapak Kedut

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Terima kasih kerana adik manis sudi singgah blog K.Mid yang agak lama tidak dibersihkan  ni. Hihi. Semoga lepas ni K.Mid lebih aktif lagi berblogging dari sebelum ini dan memaparkan lebih banyak tips dan info menarik tentang dunia jahitan.

Hari ini, K.Mid nak kongsi cara menjahit kedut pada kain guna mesin jahit lurus tanpa menggunakan tapak kedut. Tapak kedut mesin mahal dik, RM100++, hihi. K.Mid guna sekali sekala je.Tapi kalau adik manis nak pakai tapak kedut, lagi bagus..hasilnya lebih cantik.

Sebelum K.Mid bagitahu caranya, apa kata kita jamu mata dengan baju gown ropol anak K.Mid menggunakan teknik mudah ini. Macamana baju ropol anakK.Mid tu? Cantik tak.hihi. K.Mid jahit baju gown ni menggunakan kain batik pastel dari Sarawak. Material cotton batik pastel ni, serap peluh dan selesa untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Jika adik manis berminat nak beli kain batik pastel, adik manis whatsapp K.Mid terus tau, 0163385790. Nak beli borong pun boleh.




Batik Pastel Kod 067/ Kipas Kecil
Ok, sekarang kita tengok pula bagaimana cara mudah jahit ropol menggnakan mesin jahit lurus dan jarum peniti.

Caranya mudah sahaja. Mula-mula pastikan tapak jahit lurus adik manis tu terangkat keatas. Kemudian ambil sebatang jarum peniti dan selitkan dicelah tapak jahit lurus seperti gambar di bawah. Jarum peniti perlu berada di kedudukan senget macam dalam gambar tu, untuk mengelakkan dari terkena jarum jahit.


Kemudian turunkan tapak jahit dan jahit lurus macam biasa. 

Maka beginilah hasilnya..





Walaupun kedutnya tak berapa nak besar dan gebu tapi bagi K.Mid, ok la tew kan..hihi. Sebenarnya K.Mid dapat ilmu ni dari grup jahitan K.Mid, yang dikongsikan dari FB seseorang. tapi K.Mid tak ingat siapa pemiliknya. Moga dapat halalkan ilmu ni ya. Semoga pemilik ilmu ini akan diberi keluasan ilmu dan keberkatan. Amin

Ok sampai disini tutorial kita kali ini. InshaAllah kita jumpa lagi dengan topik lain pula ya.

p/s:Sekali lagi, jika adik manis berminat nak dapatkan kain batik pastel macam tu, whastapp K.Mid tau. 0163385790. Banyak lagi corak menarik yang boleh adik manis pilih.

^^^Wassalam^^^