Pages

Tuesday 29 November 2016

Bagaimana Saya Berubah dari Saintis Menjadi Pereka Fesyen

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Musim cuti sekolah macam ni ibu relax sedikit kan. Waktu sesi persekolahan biasanya ibu sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak sampai aktiviti online terpaksa di kurangkan, hihi.

Hari ni Kak Mid ada kelapangan sedikit untuk Kak Mid berkongsi cerita bagaimana Kak Mid boleh keluar dari dunia penyelidikan sains ke dunia fesyen.

Sebenarnya sejak dari sekolah rendah Kak Mid dah menunjukkan bakat dalam bidang seni lukis. Setiap tahun masuk pertandingan melukis selalu dapat hadiah, hehe.

Tapi minat Kak Mid tak dapat diteruskan kerana Kak Mid bersekolah di Sekolah Men Agama Hisamuddin yang tiada subjek lukisan.

Kemudian Kak Mid melanjutkan pelajaran dalam bidang Kimia dan bekerja dalam bidang penyelidikan bioteknologi.

Namun, minat dalam bidang seni masih terpahat dihati. Setelah hampir 10 tahun bekerja, Kak Mid mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan cita-cita sambil menjaga anak-anak yang masih kecil. Kak Mid keluar mencari Ilmu dalam bidang fesyen dengan menyertai kursus jahitan pakaian.

Apa yang membuatkan Kak Mid terus bersemangat ialah, setelah Kak Mid mengetahui potensi diri melului kursus kalkulator potensi diri secara online yang telah dijayakan oleh Tuan Kawaras Yahya.

Rupa-rupanya kan, bidang kerjaya yang paling sesuai dengan kod potensi diri Kak Mid ialah menjadi seorang designer dalam bidang fesyen atau kecantikan. Hihihihi..ibarat orang mengantuk disorong bantal!

Alhamdulillah sekarang Kak Mid mencurahkan dengan sepenuh hati bakat yang ada dengan mereka pakaian di butik onlone http://www.facebook.com/midzcouture.

Walaupun Kak Mid masih baru dalam dunia fesyen, namun dengan sokongan anda semua Kak Mid menjadi lebih kuat untuk meneruskan perjalanan di dunia baru Kak Mid ni.

Kepada sahabat-sahabat yang nak mencuba hasil rekaan pakaian Kak Mid, boleh lah singgah di page Midz Couture atau boleh cuba terus koleksi terbaharu Midz Couture, SET CARDIGAN PALAZO PUA KUMBU ni. Nak beli cardigan atau palazo sahaja pun boleh..Koleksi ni limited edition ya. Sebab Kak Mid nak jadikan anda kelihatan eksklusif dan unik bila memakai koleksi ini.

Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan, Kak Mid ucapkan ribuan terima kasih, moga kehidupan kamu terus di anugerahi kejayaan.

Kepada anda yang berminat nak dapatkan koleksi terbaharu Cardigan palazo Pua Kumbu ni, whastapp atau pm Kak Mid terus ya. 0163385790

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š






Monday 10 October 2016

Cara Mudah Jahit Kedut Tanpa Tapak Kedut

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Terima kasih kerana adik manis sudi singgah blog K.Mid yang agak lama tidak dibersihkan  ni. Hihi. Semoga lepas ni K.Mid lebih aktif lagi berblogging dari sebelum ini dan memaparkan lebih banyak tips dan info menarik tentang dunia jahitan.

Hari ini, K.Mid nak kongsi cara menjahit kedut pada kain guna mesin jahit lurus tanpa menggunakan tapak kedut. Tapak kedut mesin mahal dik, RM100++, hihi. K.Mid guna sekali sekala je.Tapi kalau adik manis nak pakai tapak kedut, lagi bagus..hasilnya lebih cantik.

Sebelum K.Mid bagitahu caranya, apa kata kita jamu mata dengan baju gown ropol anak K.Mid menggunakan teknik mudah ini. Macamana baju ropol anakK.Mid tu? Cantik tak.hihi. K.Mid jahit baju gown ni menggunakan kain batik pastel dari Sarawak. Material cotton batik pastel ni, serap peluh dan selesa untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Jika adik manis berminat nak beli kain batik pastel, adik manis whatsapp K.Mid terus tau, 0163385790. Nak beli borong pun boleh.




Batik Pastel Kod 067/ Kipas Kecil
Ok, sekarang kita tengok pula bagaimana cara mudah jahit ropol menggnakan mesin jahit lurus dan jarum peniti.

Caranya mudah sahaja. Mula-mula pastikan tapak jahit lurus adik manis tu terangkat keatas. Kemudian ambil sebatang jarum peniti dan selitkan dicelah tapak jahit lurus seperti gambar di bawah. Jarum peniti perlu berada di kedudukan senget macam dalam gambar tu, untuk mengelakkan dari terkena jarum jahit.


Kemudian turunkan tapak jahit dan jahit lurus macam biasa. 

Maka beginilah hasilnya..





Walaupun kedutnya tak berapa nak besar dan gebu tapi bagi K.Mid, ok la tew kan..hihi. Sebenarnya K.Mid dapat ilmu ni dari grup jahitan K.Mid, yang dikongsikan dari FB seseorang. tapi K.Mid tak ingat siapa pemiliknya. Moga dapat halalkan ilmu ni ya. Semoga pemilik ilmu ini akan diberi keluasan ilmu dan keberkatan. Amin

Ok sampai disini tutorial kita kali ini. InshaAllah kita jumpa lagi dengan topik lain pula ya.

p/s:Sekali lagi, jika adik manis berminat nak dapatkan kain batik pastel macam tu, whastapp K.Mid tau. 0163385790. Banyak lagi corak menarik yang boleh adik manis pilih.

^^^Wassalam^^^








Wednesday 28 September 2016

Gaya Elegan Jaket Songket Sesuai ke Pejabat

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Lama Kak Mid tak mengemas blog ni huhu. Ramai yang bertanya, masih jual songket
ke?

Ya..K.mid masih jual songket..malah batik pastel juga ada. Kepada adik manis yang nak borong songket boleh whatsapp terus K.Mid di talian 0163385790. Almaklum..musim cuti sekolah dah nak dekat, majlis kenduri kawin menanti. Pakaian baru merelip-relip kena sedia kan? Moh kita bersongket, pasti kelihatan asli dan tradisi,ewah๐Ÿ˜€

Ok sebenarnya entri kali ni K.Mid nak bagi adik manis idea fesyen songket. Selain buat baju tradisional, songket pun boleh buat jaket elegan sofistikated gitu taw.






Ha macamana adik manis? Ok tak? Jaket ni pelanggan K.Mid yang punya. K.Mid jahitkan je. Kalau adik manis nak tempah pun boleh. Nanti whatsapp K.Mid ya.0163385790.

Ok K.Mid beransur dulu ya. Next entri K.Mid akan cerita pula pengalaman K.Mid dan keluarga merentas Sarawak dan Brunei untuk ke Sabah melalui jalan darat sejauh 1400km selama 6hari 5malam. InshaAllah..

Ok sampai disini sahaja dahulu celoteh K.Mid.Assalamualaikum..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Thursday 28 July 2016

Bagaimana Blouse Cotton Plus Size Memberi Keselesaan kepada Wanita ini

Teks: Hamidah Burham
Foto : Simpanan peribadi

Bismillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Hari Raya telah pun kita raikan, dalam menyambut kemeriahan hari raya, ada yang terlupa berat badan sudah bertambah dek keenakan rendang, ketupat dan lemang. Maka semua baju menjadi sendat dan tak muat.

Tapi janganlah adik risau..K.Mid ada menyediakan pakaian blouse plus size seperti gambar wanita ini..



Bagaimana? Agak-agak bole muat tak? Ini ukurannya

Saiz 1(S-M)
Bahu 15
Dada 40
Labuh 28
Lengan 19
Ketiak 18

Saiz 2( L-XL)
Bahu 15.5
Dada 45
Labuh 28
Lengan 19
Ketiak 20

Saiz 3 (xxl -Xxxl)
Bahu 16
Dada 50
Labuh 28
Lengan 20
Ketiak 21

Baju blouse ini K.Mid reka supaya potongannya selesa, longgar namun bergaya untuk anda yang mahu berfesyen santai.

Beginilah rupa sebenar baju blouse ini


Jika adik berminat dan nak tahu keterangan lanjut, jom la whatsapp K.Mid 0163385790. K.Mid sedia membantu๐Ÿ˜Š

Saturday 2 July 2016

Ruffled Gown Batik Pastel

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillah

Assalamualaikum adik manis..

Selamat berpuasa K.Mid ucapkan kepada semua. Dah hujung-hujung bulan puasa ni biasanya tukang jahit semua tengah pulun habis jahit baju tempahan pelanggan dan untuk pakaian keluarga. K.Mid pun begitu juga. Minggu terakhir puasa ni la yang paling sibuk nak urus persiapan raya keluarga.

Bila ada anak dara sorang ni lagi la macam-macam yang dia nak. Asyik tengok cerita princess, habis semua baju nak macam princess. Huhu.

Baju gown budak perempuan mahal kalau nak beli kat pasaraya. Rm100 tu dalam tangan lah. Barulah dapat material yang cantik dan selesa untuk budak-budak pakai.

Oleh kerana ibu tau juga jahit sikit-sikit, maka ibu pun cuba lah jahit ruffel gown yang beropol-ropol ni untuk anak dara ibu ni



Hihi ok tak tu?

K.Mid guna kain cotton batik pastel. Material ni hanya ada di sarawak. Kalau adik manis nak cuba boleh oder kain ni dengan K.Mid juga. Tapi kalau nak tempah baju beropol macam tu, alahai! Kena fikir 10 kali nak membuatnya.hahah. Serik juga membuatnya. Nampak mcm simple tapi remeh sikit kerjanya sebab nak hasilkan ropol tu guna kain yang banyak. Maka jenuh juga nak meropolkannya.huhu

Cara nak buat skirt topol tu, dalam skirt tu kena lapik dengan skirt potongan biasa dulu. Kemudian baru tampal dengan ropol tu. Garis dulu jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain, barulah rata dan kemas hasilnya.



Kain skirt pelapik kat dalam tu K.Mid guna kain satin murah je. Guna kain lining pun boleh.

Ok dah dapat idea disitu? Apalagi jom la cuba.

Kepada adik manis yang berminat nak beli kain batik pastel tu, adik manis boleh hubungi K.Mid 0163385790 ya. Hubungi melalui whatsapp tau. Cepat sikit K.Mid membalasnya inshaAllah.

Ok adik manis, selamat berpuasa ๐Ÿ˜Š

Sunday 19 June 2016

Zipper Beg Songket

Text: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Selamat menjalani ibadah puasa K.Mid ucapkan kepada anda semua. Moga Ramadhan kali memberi rahmat dan keberkatan untuk kita semua.

Bulan puasa ni projek K.Mid ialah membuat produk berasaskan songket seperti skirt songket (lihat pilihan skirt songket di http://facebook.com/midzcouture ) dan juga zipper beg songket๐Ÿ˜€.






Saiz ukuran zipper bag songket ni 5inci x 7inci.
*lebar ~7-7.5inch

Zipper bag ni K.Mid buat luar dalam kain songket tau. Exclusive ...๐Ÿ˜„.



Zipper bag ni sesuai gunakan isi make up nk raya ni kan. Boleh letak hand phone, duit raya dan juga alat tulis.


K.Mid buka tempahan borong min 10pcs. Jom whatsapp K.Mid 0163385790

Terima kasih adik manis..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Wassalam

Sunday 12 June 2016

Skirt Songket Duyung, Siap untuk Anda Tampil Menawan

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillah..

Assalamualaikum dan selamat pagi adik manis..

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 7 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan.

Bila masuk bulan Ramadhan, maka banyaklah bazar raya di merata tempat kat Malaysia ni. K.Mid pun join la sekali hihi. Booth K.Mid di Riverside Majestic Shopping Mall Kuching, Sarawak.



Pelbagai corak skirt songket ada di booth K.Mid yang diberi nama Midz Couture. Jika adik manis berminat nak tempah skirt songket pun boleh..beri ukuran pinggang, punggung dan labuh. Pinggang K.Mid pakai getah penuh. Senang nak sarung, hihi.

Kalau adik manis berada di Kuching, jom la cuba skirt songket K.Mid ni. Mana tau ada berkenan ๐Ÿ˜€. Ini antara skirt songket yang dah siap untuk anda cuba dan beli terus.



Jika adik manis nak tengok semua koleksi skirt K.Mid, adik manis boleh layari http://facebook.com/midzcouture atau whatsapp K.Mid terus (untuk fast respond) di talian 0163385790

Tidak ketinggalan palazo pua kumbu rekaan K.Mid yang laku keras ni


Jom jalan-jalan Kuching dan bertemu dengan K.Mid di Homeboutique K.Mid di Taman Farhanas berhampiran pasaraya Giant, Petrajaya, Kuching Sarawak.

Wednesday 1 June 2016

Beli Songkey Dapat Free Gift Beg Songket Cantik!

Teks: Hamidah Burham
Foto: koleksi peribadi

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis.

Siap nak beg songket hasil air tangan K.Mid ni?? Angkat tangan.hehe



Beg zip songket ni K.Mid nak bagi PERCUMA kepada anda yang memborong songket 50helai keatas mulai minggu ini hingga hujung ramadhan ini.

Corak batik songket minggu ini K.Mid letak kat page http://facebook.com/midzcouture atau adik manis whatsapp terus K.Mid 0163385790.

Ni K.Mid bagi sebahagian corak yang ada minggu ini..





Ada lebih 30 corak menanti untuk adik manis pilih. Semua merelip cantik-cantik... Sekarang, batik songket dah sampai Dubai tau. Ni gambar K.Mid tengah serahkan songket kepada pelanggan untuk dibawa ke Dubai. Mata bengkak tu dek menjahit seharian.huhu



Ok jom whatsapp K.Mid ya 0163385790. Jumpa lagi..

Thursday 19 May 2016

Corak terkini batik songket 19 May 2016

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Ramai yang tanya K.Mid masih jual songket lagi ka?

Ya..masih jual songket lagi. K.Mid jual borong min 10helai. Untuk pembelian bawah 10 helai K.Mid akan pass pada pelanggan-pelanggan K.Mid yang beli borong dengan K.Mid.

Hari ni corak baru yang cantik menawan dah masuk. Sebenarnya ada lebih 30 corak untuk anda borong minggu ni tau. Gambar yang K.Mid letak di sini adalah yang terbaru sahaja. Untuk melihat kesemua corak setiap minggu, K.Mid amat menyarankan anda whatspp K.Mid terus ya 0163385790. Kalau nak himpun semua kat sini nanti berat sangat blog K.Mid ni pula. Lambat kamu nak buka nanti.

Ok jom layan corak baru ni.





Wednesday 11 May 2016

Corak terbaru batik songket 11 May 2016

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Hari ni K.Mid nak tunjuk sebahagian koleksi terbaru corak batik songket minggu ini.

Jom cuci mata dulu..





Lebih 20 corak menarik yang boleh anda pilih setiap minggu tau. Whatsapp K.Mid terus kalau nak tengok corak lain. Kat sini K.Mid letak sikit ja takut berat blog K.Mid dengan gambar yang banyak tu.hihi

Jom whatsapp K.Mid 0163385790

Tuesday 10 May 2016

Cardigan Pua Kumbu Sarawak Tempahan Pelanggan

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan selamat pagi adik manis.

Alhamdulillah hari ini K.Mid buka tempahan jahitan palazo, skirt dan cardigan Pua Kumbu semula setelah seminggu bercuti balik kampung..huhu. Rasa tak puas cuti jumpa keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa menunggu kepulangan kami sekeluarga. Memandangkan anak K.Mid akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun tak lama lagi, jadi kena la balik awal.

Ok hari ni K.Mid mulakan operasi dengan tempahan cardigan pua kumbu daripada pelanggan K.Mid.



Alhamdulillah semua berjalan lancar, mesin jahit pun sihat je tak buat hal. Lepas ni nak siapakan tempahan palazo dan skirt pua kumbu borong pula.

Nampaknya makin ramai rakyat Malaysia yang dah terjebak dengan Pua Kumbu cotton lembut dan unik dari Sarawak ni. Hihi. Kalau adik manis nak cuba, whatsapp K.Mid terus tau. 0163385790.

Ok jumpa lagi K.Mid nak teruskan menjahit ๐Ÿ˜Š

Wednesday 27 April 2016

Corak Batik Songket Terbaru 26 April 2016

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi



Bismillah..

Selamat pagi adik manis..

Semoga anda ceria, sihat dan bersemangat pagi ini.

Pagi ni jom cuci mata dengan koleksi corak batik songket terbaru minggu ini yang pastinya segar, menarik dan menawan ni.

Corak yang K.Mid lampirkan di blog ni hanya corak yang terbaru. Terdapat lebih 20 minggu-minggu sebelumnya menanti untuk adik manis pilih.

Alhamdulillah setakat ni setiap minggu ada corak baru tau. Sebab tu fenomena batik songket masih kekal sampai sekarang.

Jadi kepada adik manis yg nak cuba meniaga kecil-kecilan, boleh la cuba jual batik songket.

Jom borong batik songket dengan K.Mid. Jaminan barang sampai seperti yang sepatutnya dan pelanggan puas hati adalah moto K.Mid dalam meniaga.

Semoga kita dapat sama-sama menaikkan ekonomi ummah. InshaAllah

Jom whatsapp K.Mid 0163385790.

Terima kasih๐Ÿ˜Š