Pages

Tuesday, 31 March 2015

Tutorial Manik Dangling Mudah

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #38

Assalamualaikum adik manis..

Sebelum ni saya asyik buat tutorial manik bunga dan daun yang statik kan?

Sekarang saya nak tunjukkan pula tutorial jahitan manik dangling yang terjuntai -juntai tu..

Manik dangling di bahagian dada
Manik dangling ini sesuai digayakan di bahagian dada, lengan dan bawah baju atau di hujung tudung dan selendang. Alunan juntaian manik memberikan kesan exclusive dan glamour kepada si pemakai.

Mari kita lihat bagaimana cara-cara membuat manik dangling ini.


Langkah pertama:

Masukkan 12biji manik bulat kecil kedalam benang dan diikuti dengan sebiji manik crystal besar dan sebiji manik bulat kecil seperti di dalam gambar diatas.

Langkah kedua:

Masukkan jarum kedalam lubang manik crystal yang besar tadi.

Langkah ketiga:

Tarik benang keatas sambil memegang manik kecil yang berada di bawah supaya mudah untuk benang tarik keatas.

Langkah keempat:

Cucuk benang ke bawah fabrik dan simpul mati.

Anda juga boleh buat dua atau lebih juntaian manik mengikut citarasa anda dengan lakukan langkah yang sama seperti diatas.



Cantik tak? anda boleh tambah manik crystal lebih dari satu juga. Anda cuba dahulu dan lihat apa hasilnya. Pasti tidak mengecewakan.

Ok selamat mencuba..

P/s: Jika anda berminat untuk menempah jahitan manik pada baju atau menyertai kelas jahitan manik bersama saya, sila hubungi 0163385790.


Monday, 30 March 2015

Koleksi Hasil Solekan



Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #37

Assalamualaikum adik manis..

Terima kasih kerana mengunjungi laman jahitan saya..

Semalam ada pelanggan mesej saya berkenaan tempahan solekan dan ingin melihat koleksi solekan yang telah saya hasilkan sebelum ini. Jadi ada baiknya saya kumpulkan hasil solekan saya di blog ini untuk rujukan anda di luar sana.

Setiap jurusolek memiliki citarasa  dan gaya tersendiri dalam menghasilkan gaya solekan. Bagi saya pula, citarasa dalam solekan wajah lebih kepada natural tetapi terkesan seperti memancungkan hidung yang sedikit rata dan meninggikan tulang pipi yang sedikit leper.  Teknik shading atau pembayang hidung dan pipi yang betul akan menampakkan sedikit kelainan kepada wajah anda setelah di solek.

Ini merupakan sebahagian hasil solekan saya. Terima kasih daun keladi kepada anda yang mempercayai saya dalam menatarias wajah kalian. 



\

Saya mengambil tempahan solekan untuk pelbagai majlis samada perkahwinan atau majlis rasmi atau tidak rasmi di sekitar Bandar Baru Samariang, Kuching, Sarawak dan sekitar bandaraya Kuching. 

Hubungi Hamidah / Kak Mid (0163385790) untuk sebarang pertanyaan. 

##### Sayang Kamu Semua #####

Saturday, 28 March 2015

Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan di Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri 36

Assalamualaikum adik manis..

Anda pernah menghadiri majlis perkahwinan di Sarawak? Jika anda penduduk negeri Sarawak anda pasti sudah biasa dengan adat dan aturcara majlis diadakan. Namun, saya sebagai penduduk negeri Selangor, ini merupakan kali pertama saya menghadiri majlis perkahwinan di negeri Sarawak.

Hari ini merupakan hari pernikahan jiran sebelah rumah saya. Ya memang rumah dia. Dia membelinya sebelum berkahwin lagi. Bagus kan? Majlis Nikah buat kat rumah sendiri. Senang, tiada siapa nak kacau hihi.

Ok2 kembali ke topik asal.huhu

Majlis perkahwinan disini agak lain sedikit daripada majlis perkahwinan yang biasa saya hadiri di semenanjung. 2 minggu sebelum majlis berlangsung, saya sekeluarga telah dijemput oleh keluarga pengantin untuk mnghadiri sesi mesyuarat untuk urusan majlis perkahwinan.  Saya rasa di semenanjung juga mengamalkan mesyuarat seperti ini kan? tapi yang uniknya mesyuarat yang diakan sangat formal siap agenda mesyuarat dan kami diberi handouts untuk memudahkan kami melihat isi kandungan mesyuarat. Macam mesyuarat di pejabat..ada pengerusi majlis dan AJK. cayalah!

Minit Mesyuarat AJK majlis kawin
setelah mesyuarat selesai kami dijamu dengan hidangan yang sungguh enak diantaranya nasi baryani.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, iaitu hari ini lah, 28 Mac 2015. Ruang halaman depan rumah saya dijadikan ruang penyediaan makanan oleh caterer. Siap berkenalan pula dengan pemilik caterer tu, hihi. Nak dijadikan cerita, hari ni saya kena menghadiri majlis sendirian kerana suami bekerja. Saya teragak-agak untuk mencari waktu yang sesuai untuk hadir. Dari dalam rumah, saya melihat yang tetamu yang hadir seakan belum menjamah makanan kerana memerhatikan acara berzanji yang sedang berlangsung sejak dari jam 10 pagi tadi. Lagu-lagu selamat pengantin baru juga rancak dimainkan. Suasana sangat meriah. Dalam pukul 11.30am, saya fikir inilah waktu yang sesuai untuk hadir, tiba-tiba saya terdengar DJ mengucapkan terima kasih dan majlis bersurai. erkkkkkkk!!! alamak! makcik terlambat sudah..hahahha. Saya jenguk dari tingkap, kerusi meja sudah diangkat dan dikemaskan, huhu. Kemudian ada orang memberi salam di depan pintu sliding . Pemilik Caterer datang hantar lauk! boleh gitu???? hahhaa rezeki jangan ditolak kan...musuh jangan dicari.. Malunya huhu.
Lauk majlis nikah jiran sebelah: nasi minyak, kuah dhal, rojak telor, ikan masin masak sambal.

Setelah saya salin dan basuh bekas makanan tadi, saya pulangkan kepada caterer, tiba-tiba saya disapa oleh seorang abang berbaju melayu kuning, "tak pergi rumah sebelah ke?" dengan tersipu-sipu saya jawab, "saya baru nak pergi tapi majlis dah habis, biasanya di semenanjung pukul 11.30pagi baru majlis makan rancak" kemudian baru mereka faham, hihi. Abang baju kuning itu memberitahu saya di Sarawak biasanya majlis akan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 atau 1 tengahari. Kiranya jam 1 tengahari makanan semua telah dibersihkan dan tetamu serta sanak saudara mula beransur pulang. Yang tinggal cuma kemah huhu.

Saya rasa seperti tidak sedap hati jika tidak menghadiri majlis itu, tapi majlis dah bersuarai pula, huhu. Akhirnya saya gagahkan diri juga untuk pergi berjumpa ibu bapa pengantin.Dapatlah saya bersalaman dengan ibu pengantin.fuh lega!

Jadi, jika anda ingin menghadiri majlis perkahwinan di Sarawak, anda kenalah menepati masa yang telah ditetapkan di dalam kad jemputan.

Ok, sampai disini sahaja cerita saya..sampai jumpa lagi..

p/s: Sambil2 borak dengan pemilik caterer tu, sempat lagi ku promot khidmat make up dengan tempahan baju kurung kanak-kanak huhu.







Tempahan Solekan Flower Girl

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #35


Assalamualaikum adik manis..

Hari ini seawal 7.30pagi dah keluar rumah bawa Asha si pengiring setiaku pergi memenuhi tugasan menyolek pelanggan. Asha ni suka main make up -make up, boleh la temankan ibu. Dia diam dan memerhatikan saja ibu sepanjang sesi make up dijalankan, mungkin dia juga mempunyai minat yang sama dengan ibu, hihi.

Tempahan solekan hari ini ialah untuk flower girls majlis persandingan sepupu mereka. Solekan flower girl
kali ini nipis sahaja, alhamdulillah satu jam dah siap untuk dua orang dan menepati masa yang ditetapkan.

Ini lah flower girl yang manis tu..hehe


Jika anda berminat untuk menggunakan khidmat solekan saya, Hubungi 0163385790. Saya menerima tempahan solekan di sekitar bandaraya Kuching, Sarawak.

Friday, 27 March 2015

Tips Menjaga Kebersihan Alat Solek

Teks : Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #34

Assalamualaikum adik manis..

Pernahkah anda mencuci peralatan solek yang anda guna seharian seperti sponge bedak, berus lipstik, berus pemerah pipi atau berus pembayang mata?


Penjagaan kebersihan peralatan solek perlu dilakukan mengikut tahap kekerapan anda menggunkan peralatan tersebut. Ini kerana alat solek yang bersih akan mengelakkan jangkitan kuman pada kulit dan menimbulkan masalah kulit seperti jerawat atau ruam gatal.

Peralalatan solek yang bersih juga akan memberikan warna asli alat solek yang anda gunakan seperti pembayang mata. Pembayang mata biasanya menggunakan gabungan dua atau 3 warna untuk menghasilkan pembayang yang cantik. Teknik blending yang digunakan akan menjadikan berus bercampur-campur warna, oleh itu dengan membersihkan berus pembayang mata, warna yang akan digunakan untuk sesi solekan seterusnya akan menjadi lebih sempurna.

Jika peralatan solek digunakan oleh lebih dari seorang pengguna seperti kawan-kawan atau pelanggan solekan, penjagaan kebersihan amat penting untuk mengelakkan daripada masalah jangkitan kuman.

Ok jom kita lihat macamana saya cuci peralatan solek saya..

Mencuci peralatan solekan

Ha...macam ni lah cara saya mencuci peralatan solek saya. Caranya cuma rendam berus solekan dan sponge ke dalam air dan shampoo rambut yang biasa kita gunakan. JANGAN pakai sabun basuh pula ya. Nanti keras kedegang bulu berus tu hihi.

Biasanya saya rendam dalam setengah jam sambil gosok-gosok manja dengan tangan supaya berus itu lurus dan tidak berserabut lepas cuci. .

Selepas kotoran tertanggal dari berus, lap berus dengankain bersih dan biarkan kering di bawah kipas. Jangan letak di tempat panas pula ya, nanti rosak bulu berus tu.

Ok selamat mencuba.

p/s: Saya menerima tempahan solekan untuk majlis prkahwinan atau dinner di sekitar Bandayara Kuching, Sarawak. Hubungi saya 0163385790

Wednesday, 25 March 2015

Pengalaman Menjadi Penjahit Manik

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri 31

Assalamualaikum adik manis...

Entri kali ini saya ingin kongsi pengalaman sepanjang menjadi penjahit manik. Perkongsian ini khas untuk anda diluar sana yang ingin menceburi bidang jahitan manik. Bidang jahitan manik ini adalah satu bidang yang evergreen, dari dulu sampai sekarang busana manik tetap menjadi pilihan ketika hari raya atau perkahwinan. Manik dapat menaikkan seri pakaian dan penampilan kepada si pemakai.

Saya mula menjahit manik pada tahun 2006. Ketika itu saya masih bekerja. Saya tidak memiliki apa-apa ilmu menjahit manik ketika itu. Ketika itu, bulan ramadhan. Almaklumlah bila bulan puasa, waktu rehat dijadikan waktu untuk pekerja berehat, tadarus dan menjalankan hobi masing-masing. Salah satu hobi di kalangan rakan-rakan ketika itu ialah menjahit manik. Sahabat saya Che Ana Ahmad yang mula-mula menjahit manik ketika itu. Beliau lah yang telah mengajar saya menjahit manik asas di bahagian sisi tangan.

Ketika itu saya mula rasa seronok untuk mencari dan memahami lebih mendalam lagi kerkaitan jahitan manik. Saya mulakan dengan jahitan manik pada baju saya sendiri. Kemudian pada suatu hari sahabat saya Kak Noorullhamezon telah meminta saya membaiki baju nya yang rosak terkena seterika dengan jahitan manik. Puas juga nak tutup tempat koyak dan tampal dengan manik ni hihi. Apapun saya lakukan juga dengan penuh berhati-hati. Kemudian rezeki semakin bertambah dengan tempahan daripada rakan sepejabat dan saudara mara mereka.

Setelah mengambil banyak tempahan, saya mula bosan dengan corak dan teknik yang saya gunakan. Saya mengambil keputusan untuk menambah ilmu dengan menghadiri kelas jahitan manik. Kelas jahitan manik saya yang pertama ialah bersama Jemarimanik yang telah dianjurkan oleh persatuan pekerja di syarikat tempat saya bekerja. Manakala kelas kedua di Beads and Laces di Anggerik Mall, Shah Alam.

Hasil jahitan manik dari kelas jahitan Jemari manik

Bersama Cikgu Lin, Guru manik Beads and Laces

Hasil jahitan manik dari kelas di Beads and Laces

Setelah saya menyertai kelas-kelas jahitan manik ini, barulah keyakinan diri dalam bidang jahitan manik meningkat. Corak  jahitan saya juga telah bertambah dengan bertambahnya ilmu di dada. Usaha dalam bidang jahitan manik ini saya teruskan dengan melebarkan sayap dengan menjahit manik pada pakaian pengantin pula..
Baju Nikah Mai

Baju bertunang Naz

Saya juga bercita-cita ingin bekerjasama dengan butik pengantin. Apa yang saya lakukan ialah saya telah pergi ke pameran perkahwinan di Shah Alam dan bertemu dengan pemilik butik pengantin disana, sehinggalah saya terjumpa dengan seorang pemilik butik pengantin Rias Mazmiera, Pn Mastura Hashim atau panggilan manjanya Kak Mas. Dari sini bermulanya tempahan manik daripada butik pengantin. Kak Mas telah memberikan kepercayaan kepada saya dalam menghias busana pengantin di butik beliau dan memperkenalkan saya kepada rakannya daripada butik Jue Eden. Ini sebahagain daripada busana pengantin yang saya telah saya hias dengan jahitan manik.
Jahitan manik untuk Butik Jue Eden
Jahitan Manik untuk Butik Rias Mazmiera

Jahitan Manik untuk Butik Rias Mazmiera

Baju yang coklat di atas tu telah pun dipilih untuk menghiasi ruangan majalah Rapi...

Ruangan majalah Rapi





Menjahit manik ini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Ia memerlukan ketelitian dan tenaga terutamanya mata dan minda. Pening kepala juga bila dapat baju pelanggan yang penuh dengan warna dn sukar untuk menaikkan warna manik yang dijahit. huhu. Penjahit manik juga perlu peka dengan identiit pelanggan. Tidak semua warna dan corak sesuai untuk setiap individu kerana citarasa pelanggan berbeza-beza. Harga pula macam biasa lah..kalau boleh nak free hihi. Apapun kita berbalik kepada asas perniagaan dalam Islam iaitu kepuasan hati kedua-dua belah pihak antara pelanggan dan peniaga dalam urusan jual beli harus diambil kira.

Nasihat saya kepada anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang jahitan manik, anda perlulah mengemaskan diri dengan ilmu jahitan manik. Pergilah kemana-mana pusat latihan jahitan manik dan belanjakanlah duit anda untuk ilmu. Dengan ilmu, yang susah akan jadi mudah. InsyaAllah.

Jika anda ingin mengikuti kelas jahitan manik bersama saya, hubungi saya 0163385790. Saya menawarkan kelas jahitan manik one to one session atau berkumpulan di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak.


Ok, Sampai disini sahaja perkongsian saya buat masa ini, wallahua'lam..

Tuesday, 24 March 2015

Kisah Kejayaan Seorang Budak Pejabat Menjadi Naib Presiden Citibank

Teks: Hamidah Burham


Entri #30

Assalamualaikum adik manis..

Pagi ini saya kongsi kisah teladan hasil pembacaan saya daripada buku "Apabila doa sudah dibaca, Rezekimu Menjadi Murah" oleh Sayyid Ahmad Reza & Wiwi Alawiyah Daud. Saya kongsikan kisah in supaya ia menjadi tauladan dan memberi semangat untuk kita terus berusaha dan terus berdoa untuk mencapai kejayaan, insyaAllah.

Kisah ini menceritakan mengenai seseorang yang luar biasa, beliau ialah Houtman Zainal Ariffin. Seorang
warga Indonesia yang asalnya bekerja sebagai anak jalanan, budak pejabat, penjaja jalanan dan akhirnya menjadi Naib Presiden Citibank di Indonesia. Ia merupakan jawatan tertinggi di Citibank Indonesia kerana Presiden Pengarah Citibank berada di USA.

Sekitar tahun 60-an, beliau telah merantau dari kampung ke bandar Jakarta untuk mencari pekerjaan. Beliau yang hanya lulusan sekolah menengah, hanya mampu bekerja sebagai penjaja jalanan dari jalan raya ke bawah jambatan dan ke lampu merah untuk menjaja jualannya.

Suatu ketika Houtman berehat di bawah jambatan, dia memerhatikan kenderaan mewah menyusuri jalan dan penumpang kereta tersebut berpakaian rapi, kemas dan bertali leher. Houtman mula mengimpikan untuk berpenampilan sebegitu. Beliau bercita-cita tinggi ingin menjadi seorang yang hebat seperti itu.

Dengan azam yang kuat, Houtman mula mengorak langkah dengan menghantar permohonan kerja ke setiap bangunan bertingkat yang di ketahui.

Suatu hari, Houtman telah mendapat panggilan kerja dari sebuah syarikat yang amat terkenal iaitu Citibank. Beliau telah ditawarkan pekerjaan sebagai budak pejabat. Tugasnya membersihkan ruang pejabat, ruang kerja dan ruang lain.

Houtman seorang yang sangat rajin dan secara sukarela membantu pekerja pejabat. Setelah habis bekerja di sebelah petang, Houtman berusaha menambah ilmu dengan bertanya-tanya kepada para pegawai. Beliau bertanya-tanya kepada para pegawai. Dia bertanya mengenai istilah bank yang rumit, walaupun kadangkala beliau menjadi bahan ketawa atau staf mengerutkan dahi. Sedikit demi sedikit, Houtman tahu mengenai istilah Letter of Credit, Bank Guarantee, Transfer, Clearing dan sebagainya.

Suatu hari Houtman terpegun dengan sebuah mesin penyalin dokumen atau mesin fotostat. Pada masa itu, mesin fotostat amatlah jarang ditemui, hanya syarikat-syarikat tertentu sahaja yang memiliki mesin tersebut. Setiap kali habis waktu bekerja, beliau seringkali ke mesin tersebut dan bertanya kepada staff cara mengendalikannya.  Dia meminta staf mengajarnya. Akhirnya Houtman mahir mengendalikan mesin fotostat. Suatu hari petugas mesin fotostat mengahdapi masalah, secara praktikalnya, hanya Houtman yang dapat menggantikannya. Sejak itu, Houtman dinaikkan pangkat dari budak pejabat kepada petugas fotostat.

Walaupun itu suatu kejayaan baginya, namun Houtman masih belum puas menimba ilmu. Di waktu lapangnya, beliau sering bertanya-tanya dan membantu staf lain. Pada suatu hari, Houtman terpegun melihat salah seorang staf mempunyai selonggok tugas di mejanya. Houtman pun menawarkan bantuan kepada staf tersebut. Pada mulanya staf tersebut teragak-agak untuk memberi tugasan tersebut kepadanya kerana jika tersilap beliau yang akan dipertanggungjawabkan dan beliau boleh di pecat. Namun Houtman sedia membantu dengan penuh tanggungjawab. Beliau memerlukan masa berjam-jam untuk menyelesaikan tugas  tersebut kerana tugas tersebut memerlukan ketelitian dimana cop perlu berada di dalam ruang dan tidak boleh keluar dari ruang atau silap. Namun Houtman seorang yang bijak, beliau bukan sahaja cop dokumen, malah beliau baca setiap dokumen yang hendak di cop. Akhirnya beliau memahami berbagai istilah dan teknikal perbankan.

Oleh kerana Houtman dapat menguasai pekerjaannya dengan baik dan ringan tulang, para staf tidak segan berkongsi ilmu dengannya. Sehingga suatu masa, pejabatnya melantik beliau sebagai pegawai kerana prestasi dan kemampuan yang dimilikinya.

Namun begitu, Houtman sering juga menjadi bahan cebikan dan kontroversi kerana perlantikan beliau sebagai pegawai bank adalah suatu yang mustahil kerana tidak konsisten menjalankan tugasnya. Houtman tidak patah semangat dengan cebikan daripada rakan-rakan sekerjanya. Houtman tidak pernah lama memegang sesuatu jawatan. Houtman sentiasa mencuba cabaran dan tugas baru. Kerjayanya melonjak naik selama 19 tahun bekerja sehingga jawatan tertingginya sebagai Naib Presiden Citibank Indonesia.

Ketika ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Jawapannya ialah beliau tidak pernah berhenti untuk belajar. Rasa ingin tahunya yang tinggi membuatkan beliau sentiasa bertanya dan berusaha untuk benar-benar memahaminya.

Menurutnya ketekunan dan restu serta doa ibu bapanya menjadi kunci kejayaan dalam hidupnya. Baginya doa kedua ibu bapanya menjadi pengubah nasib seseorang. Hanya dengan keikhlasan doa ibu bapanya yang telah menjadikan Allah S.W.T mengubah nasibnya menjadi lebih baik.

Sungguh saya terinspirsi dengan kisah Houman Zainal Arifin ini. Moga kisah ini juga menjadi sumber inspirasi kepada anda di luar sana. Ingatlah bahawa kemiskinan bukan untuk diwarisi. Usaha, doa, istiqomah dan tawakkal menjadi kunci.

Wallahua'lam





Monday, 23 March 2015

Tips Jahitan Manik Tahan Lama

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #29

Assalamualaikum adik manis..

Terima kasih kerana berkunjung ke laman jahitan saya..

Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana cara nak kuatkan jahitan manik pada pakaian.

Masalah utama yang dihadapi dengan baju yang bermanik ialah  kena basuh tangan. Kalau basuh pakai mesin basuh habislah manik berterabur kan? hihi

Tapi tak semua baju bermanik akan rosak lepas dibasuh. Ada cara macamana kita nak jadikan manik yang dijahit pada baju tahan lebih lama.

Cara yang saya praktikkan untuk hasil jahitan manik yang kuat ialah dengan menggunakan teknik back stitch (jahit belakang). Jahitan manik yang tidak tahan lama dan mudah tertanggal ni biasanya menggunakan jahitan jelujur terus ke hadapan, seperti gambar dibawah.

Jahit jelujur
Jahitan jelujur akan mudah terputus sekiranya salah satu benang tekena benda tajam atau tertarik kuat. Apabila satu benang terputus, maka manik akan tertanggal dan manik yang dibelakangnya juga akan tertanggal kerana antara manik tiada penahan benang.

Teknik jahitan back stitch pula dapat menghasilkan jahitan manik yang kuat dan tidak mudah putus kerana jahitan nya berulang-ulang dari belakang bawa ke hadapan dan seterusnya.

Back stitch
Ok, ini sahaja tutorial jahitan manik kita hari ini.. Ringkas tetapi sangat berguna untuk anda yang ingin menjahit manik sendiri di rumah.

p/s: Saya terima tempahan pakain kanak-kanak dan jahitan manik. Hubungi saya Hamidah 01633385790


Sunday, 22 March 2015

Sesi Photoshoot Di J Photo Studio, Kuching, Sarawak


Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Entri 28

Assalamualaikum adik manis..

Aktiviti saya semalam, melayan karenah anak-anak buat sesi photoshoot di J Photo Studio, Bandar Baru Samariang, Kuching, sarawak.

Sebenarnya, tujuan saya mengambil gambar anak-anak saya ni sebabsaya nak buat bunting untuk projek baju kurung kanak-kanak..hihi. Adam tak dapat ambil gambar sebab baju Adam tak ada huhu. Akan datang ibu ambil gambar Adam pula okeh.


Nak ambil gambar anak kecil bukan perkara yang mudah. Kita kena ikut mood dia, kalau dia takde mood..adoi...nak suruh senyum pun susah. Macam Adib lah tu....huhu

Bila Asha buat gaya terkejut.hihi


Bila dah lama sikit, Asha pun dah buat macam-macam gaya, baru la dia nak senyum sikit. Asha pulak suka sangat ambil gambar. Siap nak pakai lipstik lagi.. hahaha.Tersenyum-senyum dia, hihi



Aksi control ayu..

Sesi photoshoot ini saya buat di J Photo Studio yang berdekatan dengan rumah saya, lebih kurang 3km. Kepada warga Kuching Sarawak, anda boleh lah berkunjung ke J photostudio yang terletak di alamat 1st Floor Lot 5587, Blok 9 Bandar Baru samariang, Commercial Centre, Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching, Sarawak.




Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Disini juga terdapat pakej perkahwinan dengan tawaran harga menarik.


Jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan jurugambar atau pakej perkahwinan, sila hubungi J Photo Studio, 0138017800.



























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Friday, 20 March 2015

Keberkesanan Petua Redakan Lelah

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #27

Assalamualaikum adik manis..

Ingat lagi tak petua batuk malam / lelah yang pernah saya tulis pada entri ke 18 sebelum ini?, lihat pautan disini

Hari ini saya nak ceritakan pengalaman saya menggunakan petua ini dan ianya berhasil! alhamdulillah..namun perlu diingat, kita hanya berusaha, Allah S.W.T yang menyembuhkan.

Ok ceritanya macam ni...

Semalam cuaca agak panas, anak sulung saya, Adam minta buka penghawa dingin. Saya pun izinkanlah sebab nak beri dia selesa belajar. Setelah suhu dalam rumah sejuk, lebih kurang 1 jam setengah, saya tutup penghawa dingin. Tiba-tiba anak kedua saya, Adib mulai batuk. Saya beri minum air dan suruh dia tidur sebab dia pun dah mengantuk. Namun batuk Adib semakin menjadi-jadi hingga dia tidak dapat tidur. Dadanya mula berbunyi wheezing. Saya beri dia ubat batuk. Namun batuk dia semakin kerap. Sementara menunggu suami pulang untuk ke klinik, saya urut belakang Adib dengan minyak bawang putih bakar seperti dalam petu.
Bawang putih bakar campur minyak gamat

Saya urut di bahagian belikat belakang iaitu bahagian yang betul-betul berada di tepi tulang belakang, kiri dan kanan. Saya urut hampir setengah jam. Saya rasa dada dia memang sejuk. Mungkin budak yang kena serangan lelah ni dada dia memang sejuk kan? saya urut dari atas menghala ke bawah. Tangan kena tekan sedikit masa mengurut tu ya, dan urut perlahan-lahan, bukan urut laju-laju, nanti tak jadi, emak saya cakap, hihi

Setelah setengah jam mengurut, batuk Adib mula reda. Dia masih batuk tapi tidak sekerap sebelum urut. Dadanya juga terasa hangat dan mulai berpeluh.

Walaupun batuk Adib telah reda, saya tetap membawanya ke klinik untuk rawatan. Alhamdulillah, setelah doktor mendengar bunyi dada Adib, doktor memaklumkan yang dada Adib bebas dari wheezing. "Paru-paru bagus", kata doktor. "Fuh! lega, alhamdulillah.." dalam hatiku bekata. Bila saya cerita pada doktor yang anak saya lelah sebelum datang ke klinik, doktor seakan tidak percaya. Dua kali doktor periksa dada Adib,hihi.

Setelah sampai di rumah, Adib masih tidak menunjukkan tanda-tanda batuk sampailah dia tertidur tanpa bunyi wheezing lagi.

Syukur alhamdulillah, Adib tak perlu ambil nebulizer lagi.

Saya rasa ada logik juga petua urut belakang badan ketika diserang lelah ni. Bahagian tepi kiri dan kanan tulang belakang terdapat kawasan yang lembut dan mungkin minyak lebih mudah meresap ke dalam kulit dan memanaskan paru-paru bila di gosok dan diurut, kahak dan lendir yang menyumbat salur pernafasan pun cair.

 Kita sebagai ibu ni, amat risau kalau anak kita sakit kan? segala petua dan ubat nak cuba hihi. Apapun saya suka amalkan petua turun- temurun dari tukang urut kampung saya ni ( Kg Delek, Klang). Terima kasih emak kerana ajarkan saya petua ini. Sekarang saya nak turunkan petua ini kepada anda pula. Moga memberi manfaat, insyaAllah.

p/s: Saya menerima tempahan jahitan dan ready made baju kurung budak. Hubungi 0163385790.


Thursday, 19 March 2015

Tutorial Cara Jahit Kolar Telok Belanga

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #26

Assalamualaikum adik manis..

Kemarin sahabat saya, Hjh. Norhaniza Ismail meminta saya buatkan tutorial untuk kolar telok belanga. Nak cuba jahit untuk baju anak bujang katanya. Kebetulan pulak saya tengah jahit baju Kurung Asha, saya snap gambar - gambar ini sekali. Sebenarnya kolar telok belanga dengan kolar baju kurung adalah sama, nama sahaja yang berbeza..Ok, apa kata kita tengok macamana cara nak buat kolar telok belanga ni.


Langkah 1:

Lipat dua bahagian badan dan gariskan penanda pada bahagian bahu. Letakkan ukuran leher separa bulat mengikut ukuran leher. Untuk ukuran bulatan, saya ukur bulatan baju lama anak saya. Kemudian letakkan ukuran leher tersebut melepasi 0.5 inci (ukuran untuk kanak-kanak) ke belakang bahu supaya baju tidak terjungkit dan selesa dipakai.Gunting keliling ukuran leher tersebut.

Langkah 2:

Letakkan kain lebihan yang telah dipotong tadi ke bahagian depan baju pula untuk mengukur panjang belahan hadapan. Kemudian gunting bahagian belahan tersebut.


Langkah 3:

Buat langkah yang sama untuk bahagian lapik leher. Gunting keliling lapik leher mengikut bentuk bulatan leher tersebut dan jahit tepi di sekelilingnya supaya kemas.

Langkah 4:

Letakkan lapik leher secara terbalik di hadapan kolar leher. Pinkan supaya kedudukannya sama. Kemudian jahit mesin keliling kolar tersebut.




Langkah 5:

Kacipkan keliling bulatan leher supaya bulatan leher yang terhasil akan kemas dan terletak cantik.

Langkah 6:

Terbalikkan lapik leher dan kemaskan ke bawah baju. gosok bahagian kolar yang telah siap dengan seterika. Jahit silang pangkah di bahagian lapik leher supaya tidak terbuka.

Siap...Macamana? ok tak?

Ok selamat mencuba..

p/s: Jika anda ingin menempah baju kurung kanak-kanak atau ingin membeli baju siap kurung kanak-kanak, anda boleh hubungi saya 0163385790.

.

Wassalam

Wednesday, 18 March 2015

Koleksi Baju Menyusu Aufa

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #25

Assalamualaikum adik manis..

Adakah anda sedang mencari baju menyusu yang cantik, selesa dan meutup aurat? mungkin Baju Menyusu Aufa menjadi koleksi anda yang seterusnya.

Material yang digunakan ialah lycra korea berkualiti. Perlu anda ketahui perbezaan antara kualiti lycra ini juga supaya anda tidak tertipu ya. Kain lycra korea kualiti tinggi ini  berciri tebal, sejuk, tidak jarang dan tidak melekat di badan. Manakala lycra yang berkualiti rendah berciri nipis dan melekat di badan.

Terdapat pelbagai warna dan corak menarik untuk anda pilih seperti berikut:











Ini baju ready made, saiz cepat sangat habis dek kerana baju comel sangat kan...jadi apa tunggu lagi, hubungi saya 0163385790 untuk tempahan.



Tuesday, 17 March 2015

Nasi Segenggam Untuk Diet

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #24


Assalmualaikum adik manis..

Macamana diet anda hari ini? suami saya masih meneruskan diet nya dengan makan segenggam nasi sehari sekali.

Kenapa segenggam nasi sahaja? kerana..segenggam nasi bernilai 150kcal. Ia adalah nilai karbohidrat yang mencukupi untuk satu hidangan. Selebihnya adalah protin dan serat daripada lauk pauk dan sayur-sayuran.

Inilah hidangan segenggam nasi yang suami saya ambil setiap hari..

Hari ini hidangan makan tengahri suami saya, kari ikan tanpa santan, sayur tumis kacang panjang dan nasi segenggam.

Alhamdulillah sekarang dah 5 bulan bertahan makan banyak ini, Katanya mula-mula ambil hidangan saiz segenggam ni memang rasa tak kenyang, tapi lepas dah beberapa bulan mengamalkannya, perut rasa cepat kenyang. Mungkin minda telah set untuk tidak makan banyak. Nafsu makan juga menjadi semakin kurang.

Jika anda ingin merendahkan lagi kalori harian, anda bole kurangkan lagi kuantiti segenggam nasi kepada setengah genggam. Jangan tak ambil nasi atau karbo langsung ya...kerana badan perlukan tenaga untuk berdiet. Dan dengan memakan nasi ketika diet, membuatkan anda berdiet dalam tempoh yang lebih lama. Ya la orang Malaysia kena la makan nasi kan..hehe. Perlu juga diingat, anda tidak boleh mengambil nilai kalori kurang daripada 1000kalori setiap hari kerana ia akan merendahkan metabolisme/pembakaran lemak.

Setakat ini berat suami saya masih berada di tahap pengurangan sebanyak 10kg. Masih ada lagi 10kilo untuk dituurnkan huhu. Tidak mengapa..biar lambat asal selamat.

Ok selamat mencuba..

p/s: Jika anda ingin menempah selimut romper atau baju kurung kanak-kanak, hubungi saya 0163385790..tq..

Baby Sleeping Romper

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #23

Assalamualaikum adik manis..

Semalam saya dah share tentang kelebihan penggunaan BABY SLEEPING SACK / SELIMUT GUNI. Hari ini saya nak tunjukkan hasil jahitan saya iaitu BABY SLEEPING ROMPER / SELIMUT ROMPER.

 Beza SELIMUT GUNI DAN SELIMUT ROMPER ni ialah, SELIMUT ROMPER ada ruang untuk kaki. Ia direka untuk memudahkan anak anda berjalan. Kadang-kadang, anak - anak yang dah pandai berjalan ni akan berjalan sebaik sahaja turun dari katil. Orang kata kemaruk berjalan. Jadi untuk memudahkan anak anda berjalan sambil berselimut, pakaikanlah SELIMUT ROMPER ni. SELIMUT ROMPER ini sesuai untuk anak anda yang berumur 0mth ke atas. Macam kartun tellytubbies je..hihi.


BABY SLEEPING ROMPER/SELIMUT ROMPER



Material yang saya gunakan untuk lining dalam yang warna kuning tu ialah daripada cotton dan material luar adalah daripada fabrik fleece yang sederhana tebal.

Saya terfikir untuk reka Selimut Romper dan Selimut Guni sejak saya melihat anak saya kesejukan ketika tidur di taska. Taska tempat jagaan anak saya (Adib) menggunakan penghawa dingin sepenuhnya. Seandainya saya tahu menjahit ketika itu, sudah pasti saya berikan nya Selimut romper ni.

Jadi untuk anda yang menghantar anak ke taska yang menggunakan penghawa dingin, anda boleh hangatkan anak anda dengan SELIMUT ROMPER ini dan mengurangkan risiko batuk dan selsema.

Jika anda berminat untuk menempah, hubungi saya Hamidah 0163385790

Ok, sampai jumpa lagi

Monday, 16 March 2015

Petua Kecut Jerawat Dalam 2 Hari

Teks: Hamidah Burham
Foto:Simpanan peribadi


Entri #22

Assalamualaikum adik manis..

Pernahkan anda mengalami jerawat batu yang tiada mata untuk dipicit, tetapi besar, merah bengkak, keras dan sakit bila dipegang?

Ha..hari ni saya nak kongsi satu petua yang berkesan untuk masalah jerawat batu yang saya alami minggu lepas.

Petuanya mudah saja, hanya guna bahan-bahan masakan yang ada di rumah iaitu, madu, kunyit serbuk (yang buat goreng ikan tu..), soda bikarbonat, tepung beras dan sedikit air untuk kurangkan kelikatan.



Campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair. Kacau sehingga menjadi sedikit likat dan boleh ditampal dimuka sebagai mask

Sebelum menampal mask kunyit tersebut, cuci muka dengan air bersih dan keringkan. Setelah itu tampalkan mask tadi di sekeliling muka.

Biarkan ia mengering dan keras di muka lebih kurang 20 minit.

Setelah kering, basahkan tangan dengan air dan urut muka secara membulat dan keatas. Jangan urut arah kebawah ya, nanti kulit muka akan menjadi cepat kendur..hehe

Jika kesat dan sukar untuk memebersihkannya, tambah lagi air. Setelah mengurut muka lebih kurang 5 minit, cuci mask dengan air bersih dan keringkan.

Setelah bersih dan kering, sapukan pelembap di muka agar kulit tidak kering.

Lakukan 2 atau 3 hari berturut atau sehingga jerawat anda yang sakit itu surut.telah sembuh,

Jika masalah jerawat telah sembuh, anda boleh amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit yang cantik, bersih dan bebas jerawat.

Penggunaan kunyit dalam perubatan telah lama diamalkan oleh masyarakat india. Kunyit mengandungi khasiat anti radang anti oksida yang baik untuk kesihatan badan dan kulit.

Alhamdulillah setelah saya mencuba petua ini, jerawat saya kecut dan sakit di bahagian jerawat juga hilang.

Ok, selamat mencuba..


Cegah Bayi Anda Dari Lemas

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi / ihsan google

Entri #21

Assalamualaikum adik manis,

Pernahkan anda terfikir bahawa selimut bayi boleh mendatangkan risiko bayi lemas?


Disini adalah petikan dari Surat khabar Harian Metro 12 May 2014 berkenaan bayi 6 bulan lemas setelah terbelit selimut lebih sejam di rumah pengasuhnya, di Presint 9, Putrajaya.

Dalam laporan tersebut, bayi berusia 6 bulan tersebut, Ammar Arsyad Ahmad Zafwan, telah lemas terbelit selimut lebih sejam sebelum disedari pengasuhnya. Kejadian berlaku di waktu pagi setelah sejam bapanya menghantar ke rumah pengasuh tersebut.

Mangsa sempat dikejarkan ke hospital dan ketika itu, mangsa dalam keadaan lemah dan kebiruan. Mangsa meninggal pada jam 5.10 petang.

Semoga kedua ibu bapa adik Ammar Arsyad akan tabah dan redha dengan pemergian anak kesayangan mereka. Alfatihah..

Jadi kepada anda yang mempunyai bayi, kurangkan risiko bayi lemas dalam selimut. Malang tidak berbau, jadi untuk mengelakkan bayi lemas dalam selimut, tukarlah penggunaan selimut bayi anda kepada BABY SLEEPING SACK. Penggunaan BABY SLEEPING SACK / SELIMUT GUNI ini banyak digunakan di luar negara kerana cuaca sejuk.

Baby Sleeping Sack


Kelebihan BABY SLEEPING SACK / SELIMUT GUNI:

  1. Bayi sentiasa berselimut walaupun tidur lasak
  2. Dapat mengurangkan penggunaan stokin yang boleh mengganggu peredaran darah di kaki
  3. Mudah di guna, hanya sarung dan zip
  4. Mudah untuk di bawa kemana sahaja tanpa risau selimut terjatuh atau tertinggal 
  5. Kaki dan badan baby sentiasa hangat walaupun berada di tempat sejuk
  6. Baby lebih lena tidur 
  7. Sesuai digunakan oleh bayi baru lahir hingga merangkak
  8. Dapat kurangkan risiko bayi menghidap kain selimut dan menyebabkan termakan benang kain selimut
  9. Cantik dan kemas
JIka anda berminat untuk menggunakan BABY SLEEPING SACK / SELIMUT GUNI ini, anda boleh mencuba BABY SLEEPING SACK daripada hasil jahitan saya ini..

BABY SLEEPING SACK
Ukuran:

Pamjang : 29.5 inci
Lebar: 22 inci
Bahu: 9 inci

* Saiz boleh custom made 

Material:
Lining: Cotton
Luar: Fleece

PROMOSI HEBAT : BELI 5 PERCUMA 1

Pelbagai warna dan corak menarik menanti anda.

Hubungi Hamidah 0163385790 untuk sebarang pertanyaan.
Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut lebih sejam di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, hari ini. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bayilemasterbelitselimut/Article/#sthash.eAQwoU4J.dpuf
Oleh Siti A'isyah Sukaimi
Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut lebih sejam di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, hari ini.
Difahamkan, bayi terbabit, Ammar Arsyad Ahmad Zafwan sempat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 5.10 petang tadi di hospital berkenaan.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bayilemasterbelitselimut/Article/#sthash.eAQwoU4J.dpuf
Oleh Siti A'isyah Sukaimi
Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut lebih sejam di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, hari ini.
Difahamkan, bayi terbabit, Ammar Arsyad Ahmad Zafwan sempat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 5.10 petang tadi di hospital berkenaan.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bayilemasterbelitselimut/Article/#sthash.eAQwoU4J.dpuf
Putrajaya: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai lemas selepas terbelit selimut lebih sejam di rumah pengasuhnya di Presint 9 di sini, hari ini.
Difahamkan, bayi terbabit, Ammar Arsyad Ahmad Zafwan sempat dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 5.10 petang tadi di hospital berkenaan.
Sumber berkata, bayi terbabit dihantar bapanya, Ahmad Zafwan Sulaiman, 32, ke rumah pengasuhnya, 7.15 pagi hari ini dalam keadaan baik.

"Kira-kira sejam selepas itu, bapanya menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan Ammar Asyraf lemas dalam selimut.
- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Bayilemasterbelitselimut/Article/#sthash.eAQwoU4J.dpuf

Saturday, 14 March 2015

Kalori Hidangan KFC

Teks Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Entri 20

Assalamualaikum adik manis..


Semalam saya dan keluarga keluar berjalan-jalan ke Plaza merdeka, Kuching. Saja nak cuci mata sambil melihat jualan murah Levis, hiihi. Memang lah murah diskaun hingga 60% untuk ahli Levis. Memang berbaloi lah kalau nak membeli sebelum GST ni.

Lepas puas berjalan, perut pun dah mula berkeroncong. Anak-anak nak makan mi kolok, tapi cari kedai makan semua dah tutup oder. Apa lagi..KFC 24hrs Medan Hamidah lah jadi mangsa.ekekeke. Bangga la kejap kan sebab nama medan tu sama dengan nama saya, hihi.

Suami tengah berdiet, oleh kerana dah lapar, kita makan saja lah. Setelah duduk di meja sambil menuggu ketibaan makanan yang suami tengah oder, saya terpandang satu poster tentang Panduan Pemakanan KFC yang terlekat di dinding. O yeah... setelah sekian lama ku mencari, kini ku temui jua..

Inilah poster tu..


Tak jelas pula bahagian ayam goreng tu..hhuhu. Maaf ya. almaklum amatur..hihi

Apa yang saya ingat dari pembacaan saya semalam, nilai kalori ayan KFC original lagi rendah daripada hot anda spicy. Manakal bahagian drumstik pula paling rendah (160kcal (original), 179kcal (hot spicy) berbanding bahagian lain (peha, dada, rusuk dan kepak). Bahagian ayam paling tinggi kalori ialah dada (342 kcal (original), 357kcal (hot spicy).

Namun begitu, seeloknya anda buang semua kulit dan kerak tepung  yang terdapat pada ayam untuk menurunkan lagi kalori.


Sekarang kita lihat menu burger dan kentang goreng dulu ya.



Dalam banyak-banyak pilihan burger KFC, colonel burger mempunyai nilai kalori yang paling rendah (300kcal). Kalori burger paling tinggi pula ialah Zinger burger (550kcal)

Hidangan sarapan pagi pula Chicken porridge agak rendah (260kcal) manakala a.m twister paling tinggi (470kcal)

Hidangan sampingan yang biasa kita ambil selalunya french fries kan? Tapi tahukah anda, nilai kalori potato wedges (160kcal)  lagi rendah dari french fries (190kcal).

Elakkan atau kurangkan pengambilan coleslaw. Kalorinya agak tinggi (9150kcal).



Ini pula hidangan sampingan yang biasanya anak-anak akan ambil iaitu ayam nuget. 4 ketul naget bernilai 230kcal. Bun kecil tu 100kcal. Twister agak tinggi (360kcal) dah macam kalori sepinggan mi  goreng bertelor. hihi. Lebih baik ambil nasi ayam KFC, baru 270 kcal semangkuk. kenyang, murah, jimat kan?

Jika anda nak sarapan di KFC yang rendah kalori, ambillah blueberry pancake (200kcal)


Kalau anda dah ambil nasi ayam KFC tadi, anda boleh juga ambil sup bebola ikan KFC. Rendah sahaja kalorinya (25kcal). Kentang putar juga rendah kalori (60kcal).

Itu serba sedilit ulasan saya tentang panduan pemakanan KFC. Harap ia dapat membantu anda berdiet namun masih boleh menikmati hidangan istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan.

p/s: kalau anda berminat untuk menempah baju kurung kanak-kanak, hubungi saya 0163385790.

Ok bye..

wassalam