Pages

Tuesday 18 August 2015

Tempahan Jahitan Baju Batik Songket

Teks: Hamidah Burhamntuk
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Mesti anda tertunggu-tunggu corak untuk borong minggu ini kan? lambat pulak dapat update minggu ni. Selalunya petang selasa dah dapat info corak. Untuk makluman anda yang masih baru memborong batik songket dengan saya, saya ingin menjelaskan bahawa corak yang boleh anda borong pada setiap minggu hanya lah corak yang saya update di blog dan fb page saya (Midz Couture) pada setiap minggu. Corak dan kod minggu lepas tidak dapat digunakan untuk tempahan minggu seterusnya kerana setiap minggu corak berubah.

Ok sementara kita menunggu corak minggu ini sampai, saya ingin mewar-warkan kepada anda mengenai khidmat tempahan jahitan baju songket seperti ini.

 
Pelbagai gaya dan fesyen dapat dihasilkan menggunakan kain batik songket ini tau. Kombinasi kain songket dengan pelbagai jenis fabrik seperti satin, cotton dan chiffon memberi nafas baru kepada industri fesyen tanah air.

Jika anda berminat untuk menempah jahit baju samada secara walk in atau online, hubungi tailor Vee (018-3801896). Saya hanya jual kain songket secara borong kepada anda..hehe.

Ok salam jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment