Pages

Tuesday 27 October 2015

Skirt belah 6/Skirt Kembang Payung Pua Kumbu

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Semalam ada pelanggan ingin memborong kain pua kumbu atau batik pastel, tapi dia nak tengok contoh skirt yang dah jadi guna material tu. Demi memenuhi permintaan pelanggan , ku gagahkan juga mencuba teknik jahitan skirt belah 6 atau nama lainnya skirt kembang payung ni. Saya suka pakai skirt belah 6 sebab selesa, feminin dan begaya gitu. Jadi saya harap dengan adanya contoh skirt belah 6 daripada kain kumbu ini akan memberi inspirasi kepada anda di luar sana.

Skirt Belah 6/skirt kembang payung
Skirt in  the making

 Kepada anda yang berminat membeli secara borong kain batik songket, batik pastel atau pua kumbu sila hubungi saya Hamidah (0163385790)-whatsapp untuk tempahan.

Terima kasih..



Tuesday 20 October 2015

Jaket Batik Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Anda sedang mencari contoh baju batik songket yang unik dan istimewa? dah jemu dengan fashion mini kurung dan blouse?

Apakata anda cuba design ini pula untuk kain batik songket anda kali ini.

Ta da... inilah dia hasil jahitan saya, jaket songket! Saya cuba jaya buat design ini berpandukan tutorial di you tube. Alhamdulillah nampaknya macam menjadi.huhu (masuk bakul la pulak..)

Jaket Songket

Jaket songket ini saya hasilkan menggunakan kain batik songket corak Samarinda V1.

Kain batik songket corak Samarinda V2

Corak Samarinda ini berbeza daripada corak batik songket yang lain kerana coraknya berjalur tiga dan baju yang terhasil akan kelihatan seolah-olah bertingkat-tingkat, unik...

Jika anda berminat untuk memborong kain batik songket Sarawak, hubungi saya 0163385790 (whatsapp).

Ok, salam jumpa lagi dengan design baju contoh kain batik songket yang lebih menarik akan datang inshaAllah.

Monday 12 October 2015

Dress Batik Songket Sarawak


Teks: Hamidah Buham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alhamdulillah, sempat pun siap baju dress batik sarawak ni sebelum selesaikan penghantaran pos laju hari ni. Pagi-pagi lagi dah mula menjahit dek nak pakai hari ni juga.hii hi tak senonoh!. Tak kisahlah kan, itu lah yang best nya bila kita tahu menjahit baju sendiri, bila-bila mas pun bole pakai baju baru kalau cik Rajin tu dan menguasai diri ketika itu huhu.


Fesyen batik songket kali ini ialah dress yang bersambung dengan top blouse longgar. Bahagian pinggang pula saya letak getah untuk gaya moden. Nampak macam pakai 2 helai baju tetapi sebenarnya hanya sehelai dress panjang sahaja. Senang..tinggal sarung saja.

Gabungan kain polos koshibo biru laut dan kain batik songket corak Permata biru turqois ini sangat mendamaikan seindah awan nan membiru di langit.

Buat masa ini saya tidak mengambil tempahan jahitan baju ya, sekadar memberi idea untuk fesyen terkini batik songket hihi.

Jika anda berminat untuk membeli kain bahan batik songket Sarawak samada secara borong atau retail, whatsapp saya 0163385790 (Hamidah a.k.a Midz)