Pages

Sunday 15 November 2015

Baju Mini Punjabi Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alhamdulillah siap pun baju mini punjabi hasil kelas jahitan bersama Cikgu Zarinah Saat di Puchong Selangor pada minggu lepas.

Saya gelarkan baju ini sebagai mini punjabi kerana ada belah di kiri dan kanan baju sangat sesuai di gayakan bersama seluar jeans, slack atau skirt.





Kali ini saya menggunakan material kain batik songket corak bali Prada. Material cotton yang ringan serap peuh dan selesa serta hiasan warna keemasan di bahagian corak baju menjadikan baju mini punjabi ini sangat memikat hati saya hihi.

Ok kepada anda yang berminat untuk memborong kain batik songket Sarawak ni boleh lah menghubungi saya terus melalui no whatsapp saya 0163385790 (Hamidah)

Ok salam jumpa lagi dengan pelbagai corak menarik  batik songket selepas ini ya. InshaAllah..


Thursday 12 November 2015

Belajar Menjahit Bersama Cikgu Zarinah Saat

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum/salam sejahtera adik manis..

Ada sesiapa yang sedang mencari tempat belajar menjahit? Ha..ni nak rekemen tempat belajar jahit yang telah saya hadiri minggu lepas.

Saya masih lagi belajar dalam bidang jahitan ini kerana merasa masih belum berpuashati dengan hasil jahitan saya dan perlu asah dan asah lagi sampai tajam.hehe

Cikgu Zarinah tengah ajar cara melakar pola baju moden

Saya bersama Cikgu Zarinah Saat

Bagi saya bidang jahitan amat luas untuk diterokai. Ia juga amat bermanfaat kepada anda dan seisi keluarga. Bila dah pandai menjahit, rasa semua kain kat rumah kita nak jahit hahaha. baju-baju lama yang dan tak nak pakai lagi pun boleh jadi baju baru jika kena gaya mengubahnya. Pendek kata macam-macam boleh terhasil dari mesin jahit ni, bukan setakat baju, langsir dan perkakas rumah ,malah kraftangan pun boleh terhasil dari mesin jahit.

Jika anda berminat untuk belajar menjahit, anda boleh juga belajar dengan cikgu Zarinah Saat yang penyabar dan pemurah orangnya ni. Lokasi beliau di Puchong, Selangor. Hubungi beliau untuk keterangan lanjut di talian 018-2204258




Corak Borong Batik Songket 13 November 2015

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum/ salam sejahtera adik manis..

Dah lama saya tak update corak borong batik songket di blog ni. Biasanya saya update di Page www.facebook.com/midzcouture

Minggu ini banyak corak baru yang sangat menarik untuk anda miliki. Diantaranya corak Frozen, Crosstich, Dedaun Emas, Zamrud disamping corak-corak evergreen seperti Diamond, Coral, Bunga Api Kuning dan Spider.

Berikut adalah corak-corak terbaru di pasaran batik songket Sarawak:







Kepada anda yang berminat memborong batik songket, anda boleh berhubung terus melalui talian whatsapp saya 0163385790 (Hamidah Burham)

Terima kasih..

Thursday 5 November 2015

Palazo Kembang Setaman

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Hari ini saya ingin berkongsi hasil jahitan saya kali ini iaitu seluar palazo kembang setaman, huhu.

Kenapa kembang setaman? sebab saya nakjadikan ia seolah-olah skirt tapi seluar yang boleh memberikan keselesaan pabila bergerak dan melakukan aktiviti harian.

Palazo Kembang Setaman
Kalau anda nak buat seluar palazo kembang setaman macam ni, anda perlu penggunakan jenis material kain yang lembut dan beralun serta serap peluh untuk menjamin keselesaan.

Jadi, saya telah menggunakan material kain Batik Sarawak Pua Kumbu sebanyak 2meter untuk mendapatkan hasil seperti yang diingini.

Kain Batik Sarawak Pua Kumbu

Saya sangat suka memakainya kerana ia sangat santai, mengikut syariah, tidak melekat di badan, sejuk, selesa dan bergaya jika pandai memadankan dengan pilihan style baju yang sesuai .

Jika ramai yang berminat, saya bercadang untuk membuat seluar palazo ini secara ready made, inshaAllah.. Apapun, tunggu saja kemunculannya ya. Ok salam jumpa lagi...

Wassalam.