Pages

Tuesday 10 March 2015

Resepi Diet Kari Ayam/ Ikan Tanpa Santan

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi
Entri 15
Assalamualaikum adik manis..
Menjadi suri rumah ni..rutin harian yang wajib diselesaikan ialah memasak...air tangan isteri kan pengikat kasih sayang..
Jadi sebelum mulakan sesi menjahit, moh le kita masak dulu.
Hari ni saya nak share resipi makanan rutin suami saya hingga boleh turun berat badan lebih 10kilo...
Menu yang saya maksudkan ialah kari ayam/ikan tanpa santan..
Kalori ikan masak berkuah adalah lebih rendah berbanding ikan goreng dan ayam masak kuah atau goreng. Ikan masak kuah hanya 70kcal berbanding ikan goreng bercili 140kcal.

Ok jom masak..
Sebelum itu, kita lihat apa bahan-bahannya. Mudah saja.
Bahan-bahan:
Ayam/Ikan tenggiri/kembung/ikan merah
Limau utk cuci ayam/ ikan
2sudu besar rempah kari (saya guna faiza)
1 sudu besar serbuk cili
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang kecil kulit kayu manis
1kuntum bunga lawang
Sejemput ikan bilis
Setengah inci halia
Daun kari
Garam
1 sudu gula
Asam jawa
Air
Cara-cara
1.Bersihkan ayam/ikan dan lumur dengan limau supaya tidak hanyir
2.Hiris bawang merah, bawang putih dan halia.
3.Panaskan minyak dan tumis semua bahan kecuali ikan, rempah kari,,serbuk cili dan asam jawa.
4.Setelah bawang layu, masukkan pula serbuk cili dan rempah kari dan kacau sekejap hingga naik bau.jangan sampai hangit pula.
5.Masukkan air setengah cawan.
6.Biarkan hingga melegak dan naik minyak.
7.Setelah naik minyak masukkan ikan dan tutup supaya rempah meresap kedlam ayam/ikan dan masak sempurna.
8.Masukkan air sedikit demi sedikit hingga ayam/kari masak dan kuah yang mencukupi
9.Masukkan pula asam jawa, garam dan gula.
10.Biarkan mendidih dengan api perlahan hingga ayam/ikan masak

Siap...
Saya suka kuah yang pekat, jadi, saya letak air sedikit sahaja.
Jika anda ingin menurunkan berat badan, cukup menu untuk makan tengahari dengan segenggam nasi putih (150kcal) + kari ikan seketul (70kcal) + sayur goreng sepinggan (100kcal) +pisang sebiji (60kcal) =380kcal. Kenyang, sedap,  kalori pun rendah.

Ok selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment