Pages

Thursday 17 December 2015

Palazo Pua Kumbu Muslimah

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alahamdulillah siap pun sesi penggambaran Palazo Pua Kumbu akak ni dik.. Akak tak ada model yang cun lagi. Pakai je la apa kaki sendiri..huhu. Harga sesi fotografi di J Photo Studio, Bandar Baru Samariang, Kuching, Sarawak ini sangat berbaloi. Untuk sesi penggambaran produk, hanya RM60 untuk setengah jam sesi fotografi. Jika anda sedang mencari studio photo bumiputera yang bagus di Kuching, Sarawak, anda boleh ke J Photo Studio, Bandar Baru Samariang yang terletak betul-betul diatas Klinik 1 Malaysia Bandar Samariang, Kuching, Sarawak.

Ok Inilah hasil gambar sesi fotografi kita..












Palazo Pua Kumbu ini merupakan hasil air tangan saya sendiri. Jadi jika anda sukar untuk mencari saiz seluar mengikut citarasa anda, cubalah Palazo Pua Kumbu ini, kerana ukuran pinggang dan labuh seluar boleh dibuat mengikut ukuran anda sendiri.

Jika anda berminat untuk dapatkan Palazo Pua Kumbu yang berasaskan cotton  lembut, selesa dan tidak melekap pada kaki ini, hubungi saya di talian whatsapp 0163385790.

Nak jadi ajen dropship pun boleh.

Ok sampai jumpa lagi, inshaAllah

Bye

Thursday 3 December 2015

Corak Batik Songket Borong 4 Disember 2015

Teks: Hamidah Burham
Foto : Koleksi peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Moga ia memberi manfaat kepada anda semua, inshaAllah.

Anda sedang mencari corak terkini kain batik songket sarawak yang sedang meletop di pasaran ketika ini?

Corak minggu ni semua cantik-cantik dan memukau mata.  Ada beberapa corak lagi yang tak dapat nak upload. whatsapp saya terus di talian 0163385790 ya. Jom kita serbu corak minggu ini!















Palazo Pua Kumbu Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alhamdulillah dengan berkat doa suami dan ibu bapa serta sokongan sahabat-sahabat saya, kini saya telah melancarkan produk terbaru saya iaitu PALAZO PUA KUMBU SARAWAK dari hasil jahitan saya sendiri.




Alhamdulillah sambutan setakat ini sangat menggalakkan. Palazo ini direka untuk menepati citarasa fesyen muslimah yang elegan, bergaya dan mengikut syariah.

Material  yang digunakan adalah dari kain cotton pua kumbu yang bermotif etnik Sarawak.

Mateial kain yang sejuk, lembut tidak jarang dan padat membuatkan ia beralun-alun pabila ditiup angin. Kain pua kumbu sarawak ini juga tidak melekat dibadan atau mengikut bentuk kaki anda.

Potongan palazo yang besar dan longgar membutkan palazo ini kelihatan seperti skirt labuh.

Ukuran palazo ini seperti berikut:

Saiz 1:

pinggang : 27-29 inci
labuh : 37 inci
punngung: 56inci
cawat: 28inci

Saiz 2:

Pinggang: 30-33 inci
Labuh : 40 inci
punggung: 56 inci
cawat: 29inci

Ukuran labuh seluar dan pinggang boleh diubahsuai mengikut permintaan pelanggan.

Jika anda berminat dengan palazo pua kumbu sarawak ini, sila berhubung terus dengan saya di talian whatsapp saya 0163385790 (Hamidah)

Ajen dropship diperlukan.






Sunday 15 November 2015

Baju Mini Punjabi Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alhamdulillah siap pun baju mini punjabi hasil kelas jahitan bersama Cikgu Zarinah Saat di Puchong Selangor pada minggu lepas.

Saya gelarkan baju ini sebagai mini punjabi kerana ada belah di kiri dan kanan baju sangat sesuai di gayakan bersama seluar jeans, slack atau skirt.





Kali ini saya menggunakan material kain batik songket corak bali Prada. Material cotton yang ringan serap peuh dan selesa serta hiasan warna keemasan di bahagian corak baju menjadikan baju mini punjabi ini sangat memikat hati saya hihi.

Ok kepada anda yang berminat untuk memborong kain batik songket Sarawak ni boleh lah menghubungi saya terus melalui no whatsapp saya 0163385790 (Hamidah)

Ok salam jumpa lagi dengan pelbagai corak menarik  batik songket selepas ini ya. InshaAllah..


Thursday 12 November 2015

Belajar Menjahit Bersama Cikgu Zarinah Saat

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum/salam sejahtera adik manis..

Ada sesiapa yang sedang mencari tempat belajar menjahit? Ha..ni nak rekemen tempat belajar jahit yang telah saya hadiri minggu lepas.

Saya masih lagi belajar dalam bidang jahitan ini kerana merasa masih belum berpuashati dengan hasil jahitan saya dan perlu asah dan asah lagi sampai tajam.hehe

Cikgu Zarinah tengah ajar cara melakar pola baju moden

Saya bersama Cikgu Zarinah Saat

Bagi saya bidang jahitan amat luas untuk diterokai. Ia juga amat bermanfaat kepada anda dan seisi keluarga. Bila dah pandai menjahit, rasa semua kain kat rumah kita nak jahit hahaha. baju-baju lama yang dan tak nak pakai lagi pun boleh jadi baju baru jika kena gaya mengubahnya. Pendek kata macam-macam boleh terhasil dari mesin jahit ni, bukan setakat baju, langsir dan perkakas rumah ,malah kraftangan pun boleh terhasil dari mesin jahit.

Jika anda berminat untuk belajar menjahit, anda boleh juga belajar dengan cikgu Zarinah Saat yang penyabar dan pemurah orangnya ni. Lokasi beliau di Puchong, Selangor. Hubungi beliau untuk keterangan lanjut di talian 018-2204258




Corak Borong Batik Songket 13 November 2015

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum/ salam sejahtera adik manis..

Dah lama saya tak update corak borong batik songket di blog ni. Biasanya saya update di Page www.facebook.com/midzcouture

Minggu ini banyak corak baru yang sangat menarik untuk anda miliki. Diantaranya corak Frozen, Crosstich, Dedaun Emas, Zamrud disamping corak-corak evergreen seperti Diamond, Coral, Bunga Api Kuning dan Spider.

Berikut adalah corak-corak terbaru di pasaran batik songket Sarawak:







Kepada anda yang berminat memborong batik songket, anda boleh berhubung terus melalui talian whatsapp saya 0163385790 (Hamidah Burham)

Terima kasih..

Thursday 5 November 2015

Palazo Kembang Setaman

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Hari ini saya ingin berkongsi hasil jahitan saya kali ini iaitu seluar palazo kembang setaman, huhu.

Kenapa kembang setaman? sebab saya nakjadikan ia seolah-olah skirt tapi seluar yang boleh memberikan keselesaan pabila bergerak dan melakukan aktiviti harian.

Palazo Kembang Setaman
Kalau anda nak buat seluar palazo kembang setaman macam ni, anda perlu penggunakan jenis material kain yang lembut dan beralun serta serap peluh untuk menjamin keselesaan.

Jadi, saya telah menggunakan material kain Batik Sarawak Pua Kumbu sebanyak 2meter untuk mendapatkan hasil seperti yang diingini.

Kain Batik Sarawak Pua Kumbu

Saya sangat suka memakainya kerana ia sangat santai, mengikut syariah, tidak melekat di badan, sejuk, selesa dan bergaya jika pandai memadankan dengan pilihan style baju yang sesuai .

Jika ramai yang berminat, saya bercadang untuk membuat seluar palazo ini secara ready made, inshaAllah.. Apapun, tunggu saja kemunculannya ya. Ok salam jumpa lagi...

Wassalam.

Tuesday 27 October 2015

Skirt belah 6/Skirt Kembang Payung Pua Kumbu

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Semalam ada pelanggan ingin memborong kain pua kumbu atau batik pastel, tapi dia nak tengok contoh skirt yang dah jadi guna material tu. Demi memenuhi permintaan pelanggan , ku gagahkan juga mencuba teknik jahitan skirt belah 6 atau nama lainnya skirt kembang payung ni. Saya suka pakai skirt belah 6 sebab selesa, feminin dan begaya gitu. Jadi saya harap dengan adanya contoh skirt belah 6 daripada kain kumbu ini akan memberi inspirasi kepada anda di luar sana.

Skirt Belah 6/skirt kembang payung
Skirt in  the making

 Kepada anda yang berminat membeli secara borong kain batik songket, batik pastel atau pua kumbu sila hubungi saya Hamidah (0163385790)-whatsapp untuk tempahan.

Terima kasih..



Tuesday 20 October 2015

Jaket Batik Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Anda sedang mencari contoh baju batik songket yang unik dan istimewa? dah jemu dengan fashion mini kurung dan blouse?

Apakata anda cuba design ini pula untuk kain batik songket anda kali ini.

Ta da... inilah dia hasil jahitan saya, jaket songket! Saya cuba jaya buat design ini berpandukan tutorial di you tube. Alhamdulillah nampaknya macam menjadi.huhu (masuk bakul la pulak..)

Jaket Songket

Jaket songket ini saya hasilkan menggunakan kain batik songket corak Samarinda V1.

Kain batik songket corak Samarinda V2

Corak Samarinda ini berbeza daripada corak batik songket yang lain kerana coraknya berjalur tiga dan baju yang terhasil akan kelihatan seolah-olah bertingkat-tingkat, unik...

Jika anda berminat untuk memborong kain batik songket Sarawak, hubungi saya 0163385790 (whatsapp).

Ok, salam jumpa lagi dengan design baju contoh kain batik songket yang lebih menarik akan datang inshaAllah.

Monday 12 October 2015

Dress Batik Songket Sarawak


Teks: Hamidah Buham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alhamdulillah, sempat pun siap baju dress batik sarawak ni sebelum selesaikan penghantaran pos laju hari ni. Pagi-pagi lagi dah mula menjahit dek nak pakai hari ni juga.hii hi tak senonoh!. Tak kisahlah kan, itu lah yang best nya bila kita tahu menjahit baju sendiri, bila-bila mas pun bole pakai baju baru kalau cik Rajin tu dan menguasai diri ketika itu huhu.


Fesyen batik songket kali ini ialah dress yang bersambung dengan top blouse longgar. Bahagian pinggang pula saya letak getah untuk gaya moden. Nampak macam pakai 2 helai baju tetapi sebenarnya hanya sehelai dress panjang sahaja. Senang..tinggal sarung saja.

Gabungan kain polos koshibo biru laut dan kain batik songket corak Permata biru turqois ini sangat mendamaikan seindah awan nan membiru di langit.

Buat masa ini saya tidak mengambil tempahan jahitan baju ya, sekadar memberi idea untuk fesyen terkini batik songket hihi.

Jika anda berminat untuk membeli kain bahan batik songket Sarawak samada secara borong atau retail, whatsapp saya 0163385790 (Hamidah a.k.a Midz)




Friday 25 September 2015

Mini Gown Kain Batik Songket


Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis,

Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di Malasia pada ketika ini. Moga ibadah korban kita diterima disisi Allah s.w.t, amin..
Memandangkan Hari Raya Haji kali ini saya sekelaurga tidak dapat pulang ke kampung di semenanjung, kita rawat kesedihan kita dengan menjahit huhu.

Maka terhasil lah baju gown daripada kain batik songket corak Mulya Renda  ni. 
 
Corak Mulya Renda ni antara corak batik songket yang terkenal dengan keindahan jalur-jalur renda nya yang halus dan sungguh mempesona.

Stok corak Mulya Renda ini agak sukar untuk diperolehi kerana setiap kali stok masuk, beberapa jam saja dah licin orang borong huhu.

Dalam simpanan saya cuma tinggal warna merah dan maroon sehelai setiap warna. Itu saya jadikan sebagai koleksi peribadi.

Rekaan kali ini saya padankan warna merah dengan biru kehitaman supaya warna merah yang terang itu kelihatan sedikit tone down dan sesuai dipadankan dengan jeans.
Rekaan skirt pula saya menggunakan potongan peplum supaya nampak kembang gitu hihi.

Mungkin ini boleh menjadi idea bagi anda yang ingin menukar citarasa dalam berfesyen dengan kain batik songket Sarawak ini.

Jika anda berminat untuk membeli secara borong atau retail, sila hubungi saya 0163385790 untuk keterangan lanjut.
 

Thursday 17 September 2015

Sewa Kereta di Kuching Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula.Kemana destinasi percutian anda kali ini?

Jika anda berhajat untuk bercuti di Kuching Sarawak, anda mungkin perlukan kenderaan terutamanya untuk anda yang membawa keluarga. Ini kerana di Kuching Sarawak agak sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti bas jauh sekali keretapi. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan teksi chartered, kadar bayarannya sewa sehari dari jam 8am-10am adalah sekitar RM300-RM350. Namun tempat lawatan dan masa adalah terhad. Ia sesuai untuk anda yang berjalan berpasangan dan inginkan jurupandu tanpa memikirkan masalah sesat mencari jalan.

Namun, jika anda membawa keluarga, orang tua dan kanak-kanak, adalah lebih baik anda menyewa kereta dan menggunakan GPS untuk memudahkan perjalanan anda. Ini kerana, terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawat termasuk tempat-tempat makan yang sedap dan menarik di sekitar Bandaraya Kuching yang harus anda jelajahi.

Jika anda memerlukan perkhidmatan sewa kereta di Kuching, Sarawak, hubungi En Fauzi (0163375247).




Contoh Baju Batik Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Ramai pelanggan berminat dengan corak-corak popular batik songket seperti Diamond atau Coral. Namun, sebenarnya terdapat banyak lagi corak menarik batik somgket yang belum ada yang menggayakannya.
Jadi salah satu inisiatif saya untuk membantu peniaga-peniaga batik songket di Malaysia ialah dengan membuat beberapa baju contoh menggunakan corak yang jarang-jarang kita lihat di internet atau di laman sosial. 

Hari ini saya ingin kongsi contoh baju daripada kain songket corak Flora, Button, Kenanga dan Kumbu Halus. Jika diberi kelapangan saya akan buat lagi contoh baju daripada corak-corak "rare" yang lain dan kita kongsikan disini, inshaAllah..

Jika anda berminat membeli kain batik songket secara borong atau retail, sila hubungi saya (0163385790).

Terima kasih..