Pages

Friday 6 March 2015

Tutorial Jeogori Hanbok

teks : Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri 5

Assalamualaikum adik manis..

Pernahkah anda melihat pakaian traditional wanita masyarakat korea/hanbok? Jika anda peminat cerita korea mungkin anda pernah melihat baju ini.

Comel tak? comel kan. kalau anak-anak yang pakai lagi comel.  macam ni..




Hari ini saya ingin berkongsi cara-cara untuk membuat badan berkolar/jeogori. Bahagian ini yang penting. Skirt/chima hanbok ini tidak dapat ditunjukkan kerana bateri hp habis..huhu. Tapi tidak mengapa..skirt hanbok sangan mudah, seperti membuat skit biasa pun boleh..

Ok mari kita mulakan.

Langkah 1:
Sediakan kain sekitar panjang 2 meter. Potong kain mengikut contoh dalam gambar. Ukuran terpulang kepada saiz masing-masing. Anda perlu menyediakan sepasang lengan, 2 keping baju, dan sekeping kolar panjang yang dirangkap dua.



Langkah 2:
Jahit sisi kolar dengan mesin jahit.

 Langkah 3:
Sematkan kolar tadi dengan sekeping bahagian.


Langkah 4:
Jahit mesin bahagian yang anda semat tadi.

 Langkah 5:
Cantumkan pula sekeping lagi bahagian badan kepada bahagian badan yang telah dijahit kolar tadi. Buat seperti contoh dalam gambar berikut. Sematkan dahulu dengan jarum peniti sebelum anda menjahitnya dengan mesin. Perlu diingat supaya membuka setiap bahagian cantuman di bahu dan leher suspaya hasil jahitan akan kemas.


Langkah 6:
Tergakkan jeogori yang telah siap dijahit tadi dan kemaskannya seperti ini. Untuk memudahkan jahitan dibahagian lengan, anda perlu menjahit jelujur kedua-dua keping bahagian badan ini supaya sekata dan kemas. Dan cantumkan lengan seperti biasa.


Inilah hasil jahitan jeogori kita...Jahitkan skirt pada bahagian bawah jeogori tersebut. Untuk hiasan pula, tambahkan riben kain di bahagian tengah kolar, mengikut kreativiti masing-masing.


Ok, jom berjimat cermat dengan menjahit pakaian anda sendiri. Jika anda ingin membuat tempahan, hubungi saya di talian 0163385790.

Ok sampai bertemu lagi..

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment