Pages

Wednesday 27 January 2016

Gown Batik Songket Kanak-kanak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalmualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Hari ini akak nak share gambar baju gown songket anak akak, Asha.

Gigih ibu nak siapkan baju ni dek nak matching kan dengan tudung baru tu hihi.

Ok baju gown ni akak pakai sehelai kain je untuk dapat sepasang baju penuh songket macam tu. Corak yang akak gunakan kali ini corak Dewi. Corak Dewi ni memang dah siap berkaki dan berwarna blok macam pink hijau, biru pink, oren turqois, hitam pink dan biru pink.

Amacam? cantik tak? hehe. Kalau ibu nak buat baju pakai corak Dewi ni pun cantik tau.

Kepada anda yang berminat untuk bergaya dengan koleksi batik songket, akak menawarkan pembelian secara borong untuk minimum oder 10helai keatas. Untuk pembelian 10helai kebawah, akak akan pass pada ajen retail akak di seluruh Malaysia. Jom whatsapp akak terus 0163385790 untuk dapatkan update corak borong setiap minggu.

Anda juga boleh lawat keMidz Couture. untuk melihat lebih banyak corak batik songket yang menarik dan memukau mata.

Ok sampai disini dulu entry akak. Moga berjumpa lagi inshaAllah

Salam sayang dari Kuching, Sarawak

Monday 25 January 2016

Baju Kebaya Batik Songket Kejora

Teks:Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis,

Hari ni kak Mid nak tunjuk baju kebaya songket corak terbaru tau. Nama corak ni KEJORA.




Biasanya corak baru masih belum ada yg tayang kat internet, so agak sukar pelanggan akak nak promot pada pelanggan-pelanggan mereka.

Jadi untuk melancarkan lagi bisnes pelanggan-pelanggan akak, akak buatkan baju contoh untuk corak terbaru. Sama-sama kita bantu membantu dalam bisnes, moga bertambah rezeki masing-masing kan?.

Kepada anda yang berminat nak tempah kain batik songket secara borong, jom whatsapp akak.0163385790 (Mid)

Wednesday 13 January 2016

Corak Terkini Batik Songket Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis,

Alhamdulillah terima kasih kerana adik manis sudi melawat blog kak Mid. Moga kalian dilimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin.

Hari ini corak batik songket untuk pembelian borong dah pun masuk. Untuk makluman adik manis yang baru menceburi arena batik songket, kak mid nak maklumkan yang setiap minggu ada corak baru dan hanya corak yang kak Mid maklumkan sahaja boleh borong pada minggu tersebut.

Ini corak yang ada untuk minggu ini:








Ini baru 1/3 daripada corak yang ada untuk minggu ini. Kak Mid tak dapat nak attach semua kat sini, nanti akan memberatkan sistem blog akak ni. Lambat pula uol nak buka nanti. Jadi untuk melihat lebih banyak corak fantastik dan menarik, whatsapp akak 016338570 okeh.

Sekian salam jumpa lagi..

Wassalam

Sunday 3 January 2016

Tutorial Seluar Kanak-kanak Mudah Part 1

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Cuti sekolah bakal berakhir lagi sehari, pasti ibu bapa sedang sibuk menguruskan persiapan anak-anak yang bakal bersekolah hari Isnin 4Jan 2015 nanti.

Perbelanjaan pakaian sekolah anak-anak kini semakin meningkat, apa kata kita jahit sendiri mana yang termampu, boleh ringankan sedikit beban kewangan kan.

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara membuat pola seluar kanak-kanak secara mudah tanpa mengukur badan.



Caranya:

1. Sediakan kain berukuran 1 meter. Saya guna setengah meter untuk dapatkan sehelai seluar anak saya yang berumur 5tahun.

2. Lipat kain menjadi 2lapis secara mendatar

3. Lipat kain sekali lagi menjadi 2lapis secara menegak pula.(lihat gambar)

4. Ambil seluar anak anda yang selesa dan mengikut ukuran badannya sebagai contoh ukuran.

5. Letakkan seluar contoh tersebut diatas kain.

6. Bahagian pinggang yang bergetah perlu di anjakkan ke tengah sedikit sehingga kedudukan cawat menjadi lurus.

7. Lukiskan pola mengikut bentuk seluar dan tambahkan 1 1/4 inci basi di bahagian pinggang, 1/2 inci di bahagian keliling tepi dan 3/4inci di bahagian bawah seluar.

8. Gunting mengikut garis lukisan tadi

9. Siap untuk jahit. (Tutorial akan datang,inshaAllah)

Mudahkan? Tak perlu pening-pening nak ukur tolak campur bahagi lagi. Yang penting anda cuba yang mudah dahulu, dah jadi baru cuba teknik yang lebih mencabar. Hehe

Ok boleh? Boleh boleh anda boleh!

Ok tunggu next entry saya untuk tutorial cara jahitannya pula okeh.

Terima kasih..

Saturday 2 January 2016

Koleksi Palazo Pua Kumbu Sarawak II

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2016 kepada anda semua yang tak jemu-jemu singgah ke blog saya.

Saya doakan anda semua akan menemui kejayaan dan kebahagiaan seperti yang diimpikan di tahun 2016 ini.

Alahmdulillah permintaan Palazo Pua Kumbu Sarawak semakin mendapat temppat dihati rakyat Malaysia dan kini ia telah menembusi pasaran Singapura.

Dengan berkat doa suami, keluarga dan sahabat-sahabat, kini koleksi kedua Palazo Pua Kumbu Sarawak telah tersedia untuk anda miliki.







 
Ciri-ciri keistimewaan Palazo Pua Kumbu Sarawak ini ialah:

- Material 100%cotton lembu, tidak jarang dan tidak melekap di kaki
-Potongan yang longgar seakan skirt
-Pinggang getah yang selesa
-Boleh request ukuran pinggang dan labuh seluar

Jika anda berminat sila hubungi saya di talian whatsapp 0163385790 untuk tempahan.

Terima kasih