Pages

Monday 12 October 2015

Dress Batik Songket Sarawak


Teks: Hamidah Buham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alhamdulillah, sempat pun siap baju dress batik sarawak ni sebelum selesaikan penghantaran pos laju hari ni. Pagi-pagi lagi dah mula menjahit dek nak pakai hari ni juga.hii hi tak senonoh!. Tak kisahlah kan, itu lah yang best nya bila kita tahu menjahit baju sendiri, bila-bila mas pun bole pakai baju baru kalau cik Rajin tu dan menguasai diri ketika itu huhu.


Fesyen batik songket kali ini ialah dress yang bersambung dengan top blouse longgar. Bahagian pinggang pula saya letak getah untuk gaya moden. Nampak macam pakai 2 helai baju tetapi sebenarnya hanya sehelai dress panjang sahaja. Senang..tinggal sarung saja.

Gabungan kain polos koshibo biru laut dan kain batik songket corak Permata biru turqois ini sangat mendamaikan seindah awan nan membiru di langit.

Buat masa ini saya tidak mengambil tempahan jahitan baju ya, sekadar memberi idea untuk fesyen terkini batik songket hihi.

Jika anda berminat untuk membeli kain bahan batik songket Sarawak samada secara borong atau retail, whatsapp saya 0163385790 (Hamidah a.k.a Midz)




No comments:

Post a Comment