Pages

Tuesday 29 November 2016

Bagaimana Saya Berubah dari Saintis Menjadi Pereka Fesyen

Teks: Hamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Bismillah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Musim cuti sekolah macam ni ibu relax sedikit kan. Waktu sesi persekolahan biasanya ibu sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak sampai aktiviti online terpaksa di kurangkan, hihi.

Hari ni Kak Mid ada kelapangan sedikit untuk Kak Mid berkongsi cerita bagaimana Kak Mid boleh keluar dari dunia penyelidikan sains ke dunia fesyen.

Sebenarnya sejak dari sekolah rendah Kak Mid dah menunjukkan bakat dalam bidang seni lukis. Setiap tahun masuk pertandingan melukis selalu dapat hadiah, hehe.

Tapi minat Kak Mid tak dapat diteruskan kerana Kak Mid bersekolah di Sekolah Men Agama Hisamuddin yang tiada subjek lukisan.

Kemudian Kak Mid melanjutkan pelajaran dalam bidang Kimia dan bekerja dalam bidang penyelidikan bioteknologi.

Namun, minat dalam bidang seni masih terpahat dihati. Setelah hampir 10 tahun bekerja, Kak Mid mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan cita-cita sambil menjaga anak-anak yang masih kecil. Kak Mid keluar mencari Ilmu dalam bidang fesyen dengan menyertai kursus jahitan pakaian.

Apa yang membuatkan Kak Mid terus bersemangat ialah, setelah Kak Mid mengetahui potensi diri melului kursus kalkulator potensi diri secara online yang telah dijayakan oleh Tuan Kawaras Yahya.

Rupa-rupanya kan, bidang kerjaya yang paling sesuai dengan kod potensi diri Kak Mid ialah menjadi seorang designer dalam bidang fesyen atau kecantikan. Hihihihi..ibarat orang mengantuk disorong bantal!

Alhamdulillah sekarang Kak Mid mencurahkan dengan sepenuh hati bakat yang ada dengan mereka pakaian di butik onlone http://www.facebook.com/midzcouture.

Walaupun Kak Mid masih baru dalam dunia fesyen, namun dengan sokongan anda semua Kak Mid menjadi lebih kuat untuk meneruskan perjalanan di dunia baru Kak Mid ni.

Kepada sahabat-sahabat yang nak mencuba hasil rekaan pakaian Kak Mid, boleh lah singgah di page Midz Couture atau boleh cuba terus koleksi terbaharu Midz Couture, SET CARDIGAN PALAZO PUA KUMBU ni. Nak beli cardigan atau palazo sahaja pun boleh..Koleksi ni limited edition ya. Sebab Kak Mid nak jadikan anda kelihatan eksklusif dan unik bila memakai koleksi ini.

Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan, Kak Mid ucapkan ribuan terima kasih, moga kehidupan kamu terus di anugerahi kejayaan.

Kepada anda yang berminat nak dapatkan koleksi terbaharu Cardigan palazo Pua Kumbu ni, whastapp atau pm Kak Mid terus ya. 0163385790

Terima kasih kerana sudi baca sampai habis😊😊😊






No comments:

Post a Comment