Pages

Sunday 3 January 2016

Tutorial Seluar Kanak-kanak Mudah Part 1

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera adik manis..

Cuti sekolah bakal berakhir lagi sehari, pasti ibu bapa sedang sibuk menguruskan persiapan anak-anak yang bakal bersekolah hari Isnin 4Jan 2015 nanti.

Perbelanjaan pakaian sekolah anak-anak kini semakin meningkat, apa kata kita jahit sendiri mana yang termampu, boleh ringankan sedikit beban kewangan kan.

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara membuat pola seluar kanak-kanak secara mudah tanpa mengukur badan.



Caranya:

1. Sediakan kain berukuran 1 meter. Saya guna setengah meter untuk dapatkan sehelai seluar anak saya yang berumur 5tahun.

2. Lipat kain menjadi 2lapis secara mendatar

3. Lipat kain sekali lagi menjadi 2lapis secara menegak pula.(lihat gambar)

4. Ambil seluar anak anda yang selesa dan mengikut ukuran badannya sebagai contoh ukuran.

5. Letakkan seluar contoh tersebut diatas kain.

6. Bahagian pinggang yang bergetah perlu di anjakkan ke tengah sedikit sehingga kedudukan cawat menjadi lurus.

7. Lukiskan pola mengikut bentuk seluar dan tambahkan 1 1/4 inci basi di bahagian pinggang, 1/2 inci di bahagian keliling tepi dan 3/4inci di bahagian bawah seluar.

8. Gunting mengikut garis lukisan tadi

9. Siap untuk jahit. (Tutorial akan datang,inshaAllah)

Mudahkan? Tak perlu pening-pening nak ukur tolak campur bahagi lagi. Yang penting anda cuba yang mudah dahulu, dah jadi baru cuba teknik yang lebih mencabar. Hehe

Ok boleh? Boleh boleh anda boleh!

Ok tunggu next entry saya untuk tutorial cara jahitannya pula okeh.

Terima kasih..

No comments:

Post a Comment