Pages

Wednesday, 8 July 2015

Petua Berkesan Atasi Kulit Muka Kering

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Lama tak jenguk rumah ni.huhu. almaklum nak raya, sibuk siapkan baju untuk keluarga. Azam tahun ni baju raya semua nak jahit sendiri (kecuali baju casual). Nak rasa macamana mak saya rasa buat persiapan baju raya anak-anak masa kami kecil dulu. Penat juga huhu. Tapi yang seronoknya kita tak kisah nk beli kain bila-bila pun yang kita nak. Kalau tempah kena beli kain awal-awal, kalau tailor dah tak nak ambil tempahan, kena pula bersesak-sesak shopping baju raya. Itu lah yang malas, almaklum nak shopping baju dengan anak-anak kecil bukan suatu perkara yang mudah. 

Ok pajang pulak cerita bab baju haha.Lari tajuk da... Sebenarnya hari ni saya nak share petua kecantikan kulit muka..anda mesti nak cantik masa raya kan..tapi jangan sampai gunakan kosmetik yang mengandungi bahan beracun seperti hydroquinon, mercury, tryethanolamine atau kojic acid. Bahan-bahan ni memang ajen pemutih kulit yang pantas sebab ia rencatkan penghasilan melanin yang gelapkan kulit kita. Namun ia bahaya kerana bersifat carcinogenic atau penyebab cancer. Ia boleh masuk melalui salur darah tau. Jadi sebelum beli produk kecantikan, google dulu isi kandungannya sypaya kita akan lebih berhati-hati dalam memilih produk .
Jika anda tak tahu nak pilih produk mana satu, anda boleh memilih cara tradisional yang lebih selamat dan jimat..

Kulit muka saya jenis kering dan kadang bertompok-tompok putih kerana kering. Kulit saya sensitif. Tertekan juga sebab bila kulit kering, ketara kedut sana sini haha. Kalau pakai foundation, nampak garis-garis kedut.huhu. Kemudian saya geram, saya hentikan penggunaan pencuci muka. Saya tak cuci muka dalam 2 hari, tapi rasa tak selesa pula macam tak bersih. Kemudian saya terfikir untuk buat scrub sendiri, nak sental daki- daki kat muka ni. Ting!!! Tiba-tiba teringat ada kelapa parut kat dalam peti sejuk. Saya pun cuba lah. Saya campurkan kelapa parut tadi dengan tepung beras sebagai sumber anti oxidant dan penyejuk kulit serta madu untuk kesan kelembapan dan anti bakteria. 

Saya campurkan ketiga-tiga bahan ini dengan sedikit air untuk jadikannya pes. (Seperti dalam gambar)
Kemudian sapukan pes ke muka dan biarkan 5minit atau hingga kering. Setelah kering, basahkan tangan dengan air dan urut sambil gosok sental muka dengan pes scrub kelapa tu. Fuh! Sangat syok menyental. Hilang semua sel kulit mati dan make up. Bersih you..apa tidaknya, kelapa parut berminyak, ia sangat sesuai untuk membawa kekotoran kulit yang berminyak dan sel kulit mati tetanggal dari kulit muka kita.
Setelah sental dan urut muka dalam 5minit, cuci muka dengan air bersih. Keringkan dengan tuala bersih. Dan hasilnya anda akan rasa kulit yang lebih lembut, lembap dan segar. 

Amalkannya di waktu malam setelah balik dari kerja atau sebelum tidur. Keesokan pagi selepas bangun dari tidur, anda akan merasa kulit muka  mejadi lebih lembut dan lembap. Oh.. saya amat sukakannya! 

Bila kulit dah cantik, baru gembira nak melaram di pagi raya nanti. Nak-nak pula kain batik songket menjadi busana pilihan, merelip-relip la kan.hihi. Jika anda ingin membuat tempahan borong batik songket, kami akan beroperasi semula pada 1 Ogos 2015. InshaAllah. Hubungi saya Hamidah 0163385790 untuk keterangan lanjut.
Bahan campuran pes masker scrub kelapa: kelapa parut+tepung beras+madu

No comments:

Post a Comment