Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi
Assalamualaikum dan Ramadhan Kareem..
Alhamdulillah dah 13 hari kita berpuasa di bulan ramadhan pada tahun ini. Semoga kita puasa dan amalan kita diterima disisi Allah.InshaAllah amin.
Bagaimana pula persiapan hari raya yang menjelang tiba ni?
Tahun 2015 ini nampaknya pakaian songket menjadi fenomena di bazar raya pusat membeli belah ketika ini. Macam-macam fesyen terhasil daripada kebaya songket ni.
Saya juga ada fesyen rekaan saya sendiri yang mungkin boleh memberi idea kepada anda selepas ini.
Ya..blaus punjabi songket mejadi pilihan saya untuk digayakan ketika hari raya terutamanya bila kita berada di rumah atau di rumah ibu bapa atau ibu bapa mertua kita. Almaklum, bila dah jadi ibu-ibu ni tak kan nak duduk goyang kaki, lagi-lagi hari raya di kampung, mesti ramai tetamu yang berkunjung, kita ke dapur lah nampaknya, takkan nak pakai glaun kembang-kembang kain duyung meleret ke lantai kan..huhu. Sebelum bersilat ke dapur saya lebih selesa berseluar panjang dan...eh! Takkan nak pakai T-shirt di hari raya??? Tak "vogue" la mak kan...hahaa. Jadi, saya pun terfikir untuk mereke pakaian yang sopan manis bergaya tapi practikal dipakai ketika berkeja di dapur pada masa yang sama perlu melayan tetamu di ruang tamu..
Ya! Blaus punjabi songket la jawapannya.. cantik tak? rekaan blaus punjabi sesuai kerana ia labuh dan sopan, ia juga cantik dan ada style bila kiri dan kanan baju terbelah. Nampak la macam kembang-kembang gitu kan..apa yang paling penting ia serbaboleh. Ia boleh digayakan dengan seluar, palazo, jeans dan kain skirt.
Penggunaan kain batik songket pula menjadi pilihan fabrik kerana coraknya yang cantik, material cotton yang selesa dan terdapat coeak keemasan di fabrik batik songket ni..bergaya lah kita, lip lap anak mami.haha
Ok kepada anda yang berminat untuk mendapatkan blouse songket ini, hubungi saya Hamidah 0163385790. Blouse songket saya jual secara preoder.
No comments:
Post a Comment