Pages

Friday 25 September 2015

Mini Gown Kain Batik Songket


Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis,

Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di Malasia pada ketika ini. Moga ibadah korban kita diterima disisi Allah s.w.t, amin..
Memandangkan Hari Raya Haji kali ini saya sekelaurga tidak dapat pulang ke kampung di semenanjung, kita rawat kesedihan kita dengan menjahit huhu.

Maka terhasil lah baju gown daripada kain batik songket corak Mulya Renda  ni. 
 
Corak Mulya Renda ni antara corak batik songket yang terkenal dengan keindahan jalur-jalur renda nya yang halus dan sungguh mempesona.

Stok corak Mulya Renda ini agak sukar untuk diperolehi kerana setiap kali stok masuk, beberapa jam saja dah licin orang borong huhu.

Dalam simpanan saya cuma tinggal warna merah dan maroon sehelai setiap warna. Itu saya jadikan sebagai koleksi peribadi.

Rekaan kali ini saya padankan warna merah dengan biru kehitaman supaya warna merah yang terang itu kelihatan sedikit tone down dan sesuai dipadankan dengan jeans.
Rekaan skirt pula saya menggunakan potongan peplum supaya nampak kembang gitu hihi.

Mungkin ini boleh menjadi idea bagi anda yang ingin menukar citarasa dalam berfesyen dengan kain batik songket Sarawak ini.

Jika anda berminat untuk membeli secara borong atau retail, sila hubungi saya 0163385790 untuk keterangan lanjut.
 

No comments:

Post a Comment