Pages

Thursday 17 December 2015

Palazo Pua Kumbu Muslimah

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Alahamdulillah siap pun sesi penggambaran Palazo Pua Kumbu akak ni dik.. Akak tak ada model yang cun lagi. Pakai je la apa kaki sendiri..huhu. Harga sesi fotografi di J Photo Studio, Bandar Baru Samariang, Kuching, Sarawak ini sangat berbaloi. Untuk sesi penggambaran produk, hanya RM60 untuk setengah jam sesi fotografi. Jika anda sedang mencari studio photo bumiputera yang bagus di Kuching, Sarawak, anda boleh ke J Photo Studio, Bandar Baru Samariang yang terletak betul-betul diatas Klinik 1 Malaysia Bandar Samariang, Kuching, Sarawak.

Ok Inilah hasil gambar sesi fotografi kita..












Palazo Pua Kumbu ini merupakan hasil air tangan saya sendiri. Jadi jika anda sukar untuk mencari saiz seluar mengikut citarasa anda, cubalah Palazo Pua Kumbu ini, kerana ukuran pinggang dan labuh seluar boleh dibuat mengikut ukuran anda sendiri.

Jika anda berminat untuk dapatkan Palazo Pua Kumbu yang berasaskan cotton  lembut, selesa dan tidak melekap pada kaki ini, hubungi saya di talian whatsapp 0163385790.

Nak jadi ajen dropship pun boleh.

Ok sampai jumpa lagi, inshaAllah

Bye

No comments:

Post a Comment