Foto: Simpanan peribadi
Assalamualaikum adik manis..
Lama kita tak buat hantaran kan. Sejak sibuk dengan tempahan borong batik songket ni, jadual harian saya agak penuh hingga terpaksa menolak tempahan gubahan hantaran perkahwinan. Kali ini saya gagahkan juga untuk mengambil tempahan walaupun sekadar sireh junjung.Hantaran sireh junjung ini untuk bakal pengantin dari semenanjung yang ingin menyunting bunga di Kuching.. Saya faham, agak sukar untuk membawa sireh junjung dari semenanjung kan, naik belon lagi, tak sempat jumpa keluarga pengantin, sireh dah layu kan, Oleh yang demikian, saya ingin membantu anda dengan menyediakan perkhidmatan membuat sireh junjung untuk hantaran meminang gadis di Kuching, Sarawak yang cantik manis kulit putih mulus..
Harga hantaran pula amat berpatutan memandangkan saya lebih berminat utk menggunakan bahan terpakai seperti bekas aiskrim, kotak kasut, kotak susu dan sebagainya.
Bahan-bahan gubahan hantaran |
Buat masa ini saya hanya mengambil tempahan gubahan sireh junjung sahaja, Saya akan membuka tempahan gubahan hantaran untuk yang lain pada masa yang sesuai untuk masa akan datang inshaAllah.
Jika anda orang semenanjung dan ingin melamar gadis Kuching Sarawak, hubungi saya untuk khidmat gubahan sireh junjung okeh.
Pn Hamidah @ Mid
0163385790 (whatsapp)
No comments:
Post a Comment