Pages

Thursday 17 September 2015

Sewa Kereta di Kuching Sarawak

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula.Kemana destinasi percutian anda kali ini?

Jika anda berhajat untuk bercuti di Kuching Sarawak, anda mungkin perlukan kenderaan terutamanya untuk anda yang membawa keluarga. Ini kerana di Kuching Sarawak agak sukar untuk mendapatkan pengangkutan awam seperti bas jauh sekali keretapi. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan teksi chartered, kadar bayarannya sewa sehari dari jam 8am-10am adalah sekitar RM300-RM350. Namun tempat lawatan dan masa adalah terhad. Ia sesuai untuk anda yang berjalan berpasangan dan inginkan jurupandu tanpa memikirkan masalah sesat mencari jalan.

Namun, jika anda membawa keluarga, orang tua dan kanak-kanak, adalah lebih baik anda menyewa kereta dan menggunakan GPS untuk memudahkan perjalanan anda. Ini kerana, terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawat termasuk tempat-tempat makan yang sedap dan menarik di sekitar Bandaraya Kuching yang harus anda jelajahi.

Jika anda memerlukan perkhidmatan sewa kereta di Kuching, Sarawak, hubungi En Fauzi (0163375247).




No comments:

Post a Comment