Teks: Hamidah Burham
Photo: Koleksi Raifili dan peribadi
"Penipu ni.. aku dah daftar tapi tak dapat kain pun"- Kata Ira kepada kawan- kawan pejabatnya
"Eh, aku dapat je" - Balas Fatimah rakan kubikal sebelah Ira
" saya pun dah dapat, diorang pos ke rumah"- Tambah Mila kerani pejabat
Sabar kawan..
Mari Cik Mid terangkan.
Kempen 1 Juta Batik Raifili Percuma ini telah dijalankan oleh pihak Raifili World Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat Bumiputra Malaysia yang berpusat di Jitra Kedah.
Pemiliknya adalah bumiputra melayu muslim iaitu Pn Siti Fitriyah Harun atau lebih dikenali dengan nama Mama Ct
Syarikat raifili ni mengeluarkan kain batik sarung jenama raifili yang dah siap jahit dan berukuran 2meter.
Apa yang unik sangat dengan kain batik sarung jenama raifili ni?
Pertama, design batik raifili direka oleh graduan universiti tempatan. Bukan rekaan kilang.
Kedua, material batik raifili diformulasi oleh raifili sendiri. Material cotton nya lembut, tak kedut dan tak kecut setelah dicuci.
Dah ramai yang menggunakannya dan mengakui kelebihannya
Memandangkan kakitangan kerajaan diwajibkan untuk memakai kain batik raifili setiap hari khamis, raifili mengambil inisiatif untuk mempromosikan kain batik raifili ini di peringkat kerajaan pusat dengan memberi 1 juta kain batik percuma kepada penjawat awam di Malaysia.
![]() |
Perasmian Kempen 1 Juta Batik Percuma raifili oleh KSN |
Jadi kempen ini bukan kempen biasa-biasa tau..ia dapat sokongan daripada Ketua Setiausaha Negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment