Pages

Thursday 13 April 2023

KELAS JAHITAN SHAH ALAM

Teks: Hamidah Binti Burham

Foto: Kolesi peribadi

Pada tahun 2016, Cik Mid belajar jahit di Kuching Sarawak bersama Cikgu Azrin Tailor. Cik Mid belajar jahit pelbagai fesyen baju seperti kurung moden, kebaya, blazer, seluar slack dan skirt panel.

Alhamdulillah hasil dari kelas jahitan tersebut, Cik Mid dapat jana pendapatan dari rumah dengan mengambil upah jahit pakaian

Ketika itu, Cik Mid tinggal di Kuching Sarawak. Cik Mid bukan orang Sarawak tau, Cik Mid orang Selangor. Suami Cik Mid orang Negeri Sembilan.

Cik Mid berpindah ke Sarawak pada tahun 2013 kerana mengikut suami bekerja disana selama 7 tahun.

Sepanjang berada di sana, Cik Mid tak ramai kawan, Jiran pun tak ramai. Jadi apa yang Cik Mid buat, Cik Mid ambil tempahan jahitan secara online ke semenanjung.

Cik Mid ambil tempahan jahitan pakaian yang simple macam seluar palazo dan cardigan. 

Alhamdulillah, permintaan jahitan online pada ketika itu sangat memberangsangkan. Malah tempahan jahitan Cik Mid menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Scotland. 

Pada 2017, Cik Mid bertemu pula dengan kawan baru dari Kuching Sarawak iaitu Sarina Ahmad.

Sarina adalah pemilik bridal di Kuching. Cik Mid berkenalan dengan Sarina dan kami bekerjasama menaikkan bridal yang diberi nama Wedding Project

Tugas Cik Mid menjahit pakaian pengantin dan menguruskan pelanggan di bridal.

Cik Mid juga menjalankan kelas jahitan di sana.



Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. 

Pada 19 Mac 2020, negara dilanda wabak Covid 19. Ekonomi dunia terjejas dan ia menyebabkan banyak perniagaan kerugian. 

Perniagaan tailoring dan bridal Cik Mid pun tidak terkecuali. Kami mengalami kesan yang agak teruk dari pendamik.

Tapi Cik Mid tidak putus asa, Pada Julai 2020 Cik Mid pindah semula ke semenanjung mengikut suami berpindah kerja sekali lagi.

Maka bermula lah episod perniagaan jahitan pakain readymade batik raifili secara online. 

Nak tahu apa itu batik raifili? tunggu next entry ya.

Alhamdulillah, perniagaan jahitan pakaian bersama batik raifili berkembang pesat dan lancar sehingga Cik Mid dapat buka butik di Gopeng Perak


Dari sini Cik Mid dapati, perniagaan jahitan ni luas sebenarnya. Pelbagai cara kita boleh buat untuk jana pendapatan dengan menggunakan kemahiran jahitan yang kita ada.

Sebab itulah tak rugi kita ada kemahiran jahitan ni.

Walaupun dahulunya Cik Mid seorang pegawai penyelidik sains, Cik Mid bersyukur kerana ada kemahiran menjahit. Tatkala kita tidak lagi memiliki pekerjaan, sekurang-kurangnya kita boleh survive walau dimana kita berada.

Cik Mid masih teringatkan kata-kata Cikgu Azrin selepas tamat kursus jahitan. Cikgu Azrin bilang, "Nanti dah pandai jahit, ajarkan ilmu ini kepada orang lain. Moga ia menjadi amal jariah untuk kita semasa di alam sana nanti"

Disamping dapat membantu suami menjana pendapatan, Cik Mid juga dapat membantu surirumah yang lain untuk sama-sama jana pendapatan dari rumah dengan hasil jahitan.

Pada Jan 2023, Cik Mula serius menjalankan kelas jahitan. Ia bermula di Butik di Gopeng Perak. Cik Mid buka kelas jahitan menggunakan 2 module. 

Module 1: Jahitan asas blouse (Khas untuk beginner yang baru nak mula menjahit)

Module 2: Jahitan Kurung moden/ Manipulasi pola (Intermediate)




Oleh kerana pasaran di Gopeng tidak begitu memberangsangkan memandangkan ia bukan kawasan bandar, maka Cik Mid telah membuka 1 lagi cawangan kelas jahitan di Seksyen 8 Shah Alam, Selangor.

Kenapa jauh sangat tu?

Ini kerana rumah Cik Mid ada di Shah Alam juga, di Batu 3 Shah Alam. Mak Cik Mid pun ada di Klang. 

Setiap bulan Cik Mid akan balik lawat emak di kampung. Alang-alang tu, Cik Mid buka la kelas di Shah Alam..hihi

Ni kelas jahitan di Shah Alam..




Objektif kelas jahitan ini ialah menyediakan kelas jahitan yang mudah difahami dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menjahit pakaian sendiri atau mengambil tempahan. 

Visi kelas jahitan ini ialah untuk membantu 1000 orang surirumah atau wanita untuk jana pendapatan dari kemahiran jahitan menjelang 2025.

Misi kelas jahitan ini adalah memberikan teknik yang mudah difahami terutama kepada pelajar yang baru berjinak-jinak dalam bidang jahitan. Memberi pendedahan terhadap platform perniagaan jahitan online yang lebih berdaya saing.

Jika anda berminat untuk menyertai kelas jahitan secara bersemuka bersama Cik Mid, boleh hubungi wasap Cik Mid www.wasap.my/60163385790/kelasjahitan

Terima kasih kerana sudi membaca coretan Cik Mid sampai habis. Cik Mid doakan anda diberi kejayaan dalam apa sahaja yang anda usahakan.

Assalamualaikum


No comments:

Post a Comment