Pages

Friday 14 April 2023

TIPS MENJAHIT BAGI BEGINNER ATAU NEWBIE

Teks: Hamidah Burham

Foto: Koleksi peribadi

Zaman sekarang ni harga barang semua naik. Harga baju raya pun bukan kaleng-kaleng. Nak tempah jahit pun mahal juga. 

Jadi apa kata anda belajar jahit baju sendiri.

Jimat dan puas hati..

Tapi ramai yang takut untuk belajar jahit. Macam nak kena ambil lesen kereta. hihi

Cik Mid dulu pun macam tu juga. Tapi bila Cik Mid cuba tips ni, alhamdulillah lama-lama mahir lah menjahit.

Menjahit ni yang paling penting kita rasa enjoy nak cuba dan terus cuba. 

Barulah tak terhenti di pertengahan jalan..

berikut ialah tips untuk beginner atau newbie yang nak belajar jahit

#TIPS 1: PEMILIHAN MESIN JAHIT

Cari mesin jahit yang freindly use dan ada mudah cari technician. Ini kerana masa mula-mula menjahit, kerap berlaku troubleshoot mesin jahit disebabkan cara penggunaan kita yang masih belum mahir.

Troubleshoot yang sering berlaku seperti benang sekoci bergulung, jahitan longgar atau terlalu ketat atau mesin jahit jemmed!huhu

Alaa rileks laa.. mula-mula memang begitu. Sebab tu Cik Mid suka guna mesin jahit Singer. Singer dah sediakan technician yang khas untuk membaiki mesin jahit kita. Sekurang-kurangnya ada tempat nak bertanya. 

#TIPS 2:  MULAKAN TEKNIK JAHITAN YANG MUDAH

Di you tube atau di FB ramai tailor yang kongsikan teknik jahitan. Pelbagai jenis pola dan fesyen baju boleh didapati di hujung jari.

Tapi sebagai beginner, Cik Mid sarankan mahirkan jahitan lurus terlebih dahulu. Contohnya jahit sarung bantal, lapik meja, apron atau kaftan

Kalau anda mulakan dengan sesuatu yang complicated seperti kurung moden atau kebaya, anda akan pening dan rasa susah. Bila rasa susah, semangat anda untuk terus menjahit lama-lama akan pudar.

#TIPS 3: PILIH KAIN YANG MUDAH JAHIT

Pilih kain yang kesat, benang tepi tak mudah terkeluar dan tidak lembik.

Cik Mid sarankan pilih kain cotton. Kalau nak cotton yang senang jahit dan tak kedut, pilih kain batik raifili. Kainnya cantik, mudah jahit dan ramai tailor akui kerja menjahit jadi lajuu ja bila guna batik raifili ni.

#TIPS 4: SERTAI KELAS JAHITAN SECARA BERSEMUKA

Masa Cik Mid baru berjinak-jinak dengan bidang jahitan ni, Cik Mid cuba belajar dari you tube dahulu. Tapi tiada tempat nak bertanya.

Akhirnya Cik Mid ambil keputusan untuk belajar jahit secara bersemuka dengan guru jahitan. Baru puas hati nak tanya macam-macam.

Lagi satu, belajar secara online tidak jelas sebagaimana kita belajar depan-depan dengan guru. Ada orang sesuai belajar secara online, ada orang tidak sesuai.

Jadi Cik Mid cadangkan anda cari guru jahitan secara bersemuka untuk dapatkan hasil yg diinginkan.

Melabur pada ilmu tidak akan sia-sia selagi ia ilmu yang baik dan bermanfaat.

Kepada anda yang nak belajar jahit, Cik Mid buka kelas jahitan di Seksyen 8, Shah Alam dan di Gopeng Perak.

Kelas jahit di Shah Alam Cik Mid buka sebulan 2x iaitu pada hari sabtu atau ahad (tarikh akan diumumkan dari masa ke semasa. 

Manakala kelas di Gopeng pula Cik Mid buka pada setiap sabtu atau ahad (secara temujanji)




Hubungi Cik Mid di talian www.wasap.my/60163385790/kelasjahitan untuk booking slot kelas.

Terima kasih kerana sudi membaca coretan Cik Mid sampai habis. moga anda dimurahkan rezeki. Amin




No comments:

Post a Comment