Pages

Thursday 2 April 2015

Bagaimana Mydin Serap GST?

Teks : Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri: #40

Assalamualaikum adik manis..

Sekarang isu yang tengah panas tak lain tak bukan, GST. Ok saya tak nak mengulas tentang GST, tapi saya nak kongsi cerita kakak saya yang telah membeli belah di Mydin pada tarikh 2 April 2015.

Di television dan laman sosial telah tersebar meluas tentang iklan Mydin tak naik harga ni kan?.

 Seperti yg Mydin maklumkan di berita TV3 semalam, Mydin akan menyerap kos GST sebanyak RM15juta. Jadi hari ni kakak saya, Siti Suljannah telah menjadi penyiasat persendirian (cheewah) unutk melihat sendiri kebenarannya.

Hari ni dia membeli belah di Mydin dan membeli barangangn zero GST (Z) dan Barangan GST (S).
 Dia telah membeli biskut Tiger yang berharga RM 3.50. Harga tersebut telah termasuk cukai GST. Dan Nilai GST untuk biskut Tiger ialah RM 0.20. Di ruangan bawah resit pula terdapat nilai GST yang dikenakan.

Jadi bagaimana cara Mydin serap cukai GST barangan tersebut?

Caranya begini..Setelah anda membuat pembayaran di kaunter, anda dikehendaki ke kaunter khidmat pelanggan dan menuntut nilai GST sebanyak RM0.20 tadi. Jadi harga barangan yang kita beli tetap sama dengan harga sebelum GST.

Resit pembelian di Mydin pada 02 April 2015
Apa yang dapat simpulkan disini, Mydin bijak mencari peluang dalam menghadapi masalah. Kerana orang yang berjaya akan melihat dimana ada masalah, disitu ada peluang! Dimana orang tengah sibuk menaikkan harga, Mydin menggunakan peluang ini untuk menarik lebih ramai pelanggan ke premis mereka.

Saya sebagai pengguna berharap Mydin akan meneruskan niat murni ini dan berharap lebih banyak lagi pemilik premis perniagaan akan melakukan perkara yang sama.

p/s: Harap sangat harga kain ela tak naik.huhu. Makcik nak jait baju untuk anak-anak ni nak...

No comments:

Post a Comment