Pages

Sunday 12 April 2015

KOLEKSI BUNGA FABRIK

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi


Entri: #42

Assalamualaikum adik manis,

Pernahkan anda mendengar mengenai bunga fabrik?

Ya bunga fabrik yang menggantikan bunga segar kepada mempelai perempuan, macam ni..


Saya meminati seni pembuatan bunga fabrik ini ketika saya masih belum pandai menjahit pakaian lagi. Ketika itu anak-anak masih kecil, banyak aktiviti kegemaran saya seperti make up dan menjahit manik perlu di hentikan buat seketika kerana anak saya suka mengutip manik dan memaknnya..huhu.  Manakala aktiviti make up pula memerlukan saya meningglkan anak di rumah bersama suami ketika saya menyelesaikan tugasan. Jadi kita carilah aktiviti yang lebih sesuai untuk keadaan seperti saya ini. hehe

Bunga Fabrik menjadi pilihan saya ketika itu kerana ia memerlukan kos yang rendah dan kita boleh lakukannya dimana-mana sahaja. Sambil berdiri dan memerhatikan anak pun boleh.hihi. Ia tidak memerlukan peralatan yang mahal dan rumit. Apa yang diperlukan hanya kain satin atau cotton atau pelbagai jenis kain yang anda suka, dawai, playar, ribbon, salotape, jarum, benang dan sedikit hiasan rantai dan sebagainya.

Dalam keseronokan menjalankan aktiviti membuat bunga fabrik, tidak ku sangka ada pelanggan yang berminat. alhamdulillah...boleh juga dapat duit poket.

Tempahan Butik Pengantin di Brunei

Tempahan Butik Pengantin di Sarawak
Tempahan perseorangan

Tempahan butik pengantin di Sarawak
Bunga fabrik ini sangat sesuai dijadikan hiasan atas meja, sebagai hadiah untuk yang tersayang dan hantaran perkahwinan
Bunga fabrikku menghiasi majalah Pengantin
.

Jika anda berminat untuk membuat tempahan bunga fabrik, hubungi saya 0163385790.

No comments:

Post a Comment