Pages

Wednesday 29 April 2015

Gubahan Hantaran Jimat di Kuching

Teks: Hamidah binti Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Entri kali ini saya nak kongsi pengalaman mengambil tempahan gubahan hantaran di Kuching Sarawak.

Bulan lepas ada seorang pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghubungi saya untuk menempah gubahan hantaran coklat dan sireh junjung untuk majlis pertunangan dengan gadis Kuching, Sarawak.

Pelanggan menempah dua dulang sahaja daripada saya kerana hantaran yang selebihnya telah dibawa dari Kuala Lumpur, manakala gubahan coklat dan sireh terpaksa di tempah di Kuching untuk memastikan sireh masih segar dan coklat tidak cair di hari pertunangan nanti.

Tempahan kali ini berkonsep jimat tapi menarik.

Bagi saya tiada salahnya berjimat cermat dalam menghias gubahan hantaran kerana barang di atas dulang yang perlu dititikberatkan berbandaing hiasan gubahan hantaran yang akhirnya akan dibuang jua.

Namun begitu, gubahan hantaran masih perlu dihias cantik supaya sedap mata memandang kan..

Jadi apa yang saya lakukan ialah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti kotak kasut, kain perca dan bekas plastik terpakai

Bahan-bahan gubahan
 Dan inilah hasilnya.....

Gubahan sireh dan coklat

Gubahan sireh

Simple sahaja tapi masih kelihatan menarik kan?

Jadi kepada anda yang ingin berjimat cermat dalam menyediakan persiapan perkahwinan, jangan lupa simpan semua kotak-kotak yang cantik seperti kotak kasut, kotak coklat dan kotak perfume. Mana tahu ia berguna untuk gubahan hantaran anda nanti. Ini juga dapat menjaga alam sekitar menjimatkan wang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan gubahan hantaran daripada saya, hubungi saya di talian 0163385790

No comments:

Post a Comment