Pages

Tuesday 2 June 2015

Borong Batik Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Dah beberapa hari saya tak update blog saya ni dek sibuk menguruskan tempahan kain batik songket. 

Apa yang menarik dengan kain batik songket ni sampai orang dok berlumba-lumba memborong?

Ha..ni nak habaq. Batik songket ni adalah satu inovasi dalam industri textile di dunia. Batik songket ini diperbuat daripada material cotton seperti kain batik sarung, namun ia dicetak dengan corak bermotif songket yang berwarna keemasan. Warna keemasan ini tidak mudah luntur walaupun selepas dibasuh. Namun ia boleh juga luntur jika dibasuh berulang-ulang kali. Saya sarankan, jika anda ingin menjaga warna keemasannya untuk tahan lebih lama, basuh kain batik songket itu menggunakan tangan okeh.

Kain batik songket ini juga mempunyai berpuluh corak menarik untuk anda cuba.  Setiap minggu corak akan berubah mengikut pengeluaran kilang. Saya akan maklumkan kepada anda corak yang ada pada setiap minggu di blog saya ni ya. 

Tempahan minima untuk borong ialah 10pcs atau 2 set corak. Untuk pembelian dengan harga borong, anda dikehendaki membeli semua warna dalam 1 set corak yang telah ditetapkan oleh kilang. Dalam 1 set corak ada 5pcs kain dan mempunyai 4/5warna. 

Jika anda berminat untuk memborong kain batik songket, hubungi saya Hamidah 0163385790 ( whatsapp).


Gold printed setelah dibasuh. warna keemasannya masih kekal

No comments:

Post a Comment