Pages

Tuesday, 23 June 2015

Tutorial Poket Baju Melayu Songket

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis,

Alhamdulillah blog saya Puan Hamidah Burham telah mencenah 7000 pelawat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda yang sudi singgah ke blog saya ya. Semoga apa yang saya tulis disini memberi manfaat kepada kalian semua. Insha Allah..

Ok hari ini saya nak belanja anda semua tutorial cara menjahit poket baju melayu macam baju anak bujang saya ni..

Raya kali ini bertemakan kain songket. Entri yang lepas saya telah tunjukkan jubah songket untuk ibu dan girl, kali ni saya jahitkan baju anak bujang pulak hehe. Dia pun nak juga... Rasanya lagi senang jahit  kolar dan poket guna kain songket cotton berbanding pakai kain satin yang lembut tu, sangat senang diurus ketika mejahit. Jika anda berminat untuk dapatkan kain batik songket macam ni, anda boleh hubungi saya Hamidah 0163385790. Pembelian adalah secara retail dan borong. Warna kuning pada corak kain batik tu merupakan gold lines. Bercahaya berseri-seri gitu. Cuba lah pasti puas hati.

Ok kita sambung cerita tutorial kita hari ni ya.

Langkah pertama:





Lukiskan pola poket bentuk empat segi dan bulatkan dua buju di bahagian bawah seperti bentuk poket yang dingini. Kemudian letakkan pola poket tersebut diatas kain. Gunting kain mengikut bentuk pola poket dan tambahkan basi 1 inci di sekeliling tepi poket. Manakala 1 1/2 inci di bahagian atas poket.

Langkah kedua:

Jahit mesin di bahagian tepi kertas pola. Jahitan tidak sampai menegenai kertas pola ya. nanti tak boeh tarik kertas pola tu pula. Tujuannya adalah untuk membuat garisan panduan untuk kita mudah membentuk buju membulat itu.

Langkah keempat:

Masukkan basi kain di sekeliling kain dan kemaskan nya sehingga lengkungan di buju terhasil. Kemaskannya dengan sterika supaya bentuknya kekal.

Langkah kelima:

Setelah terbentuk poket yang diingini, letakkan poket tersebut di bahagian kanan atau kiri dada dan dua lagi di bahagian bawah. Sematkan dengan jarum peniti supaya ia tidak berubah kedudukan ketika anda menjahitnya dengan mesin nanti. Jika anda inginkan hasil terbaik, jahit jelujur keliling poket untuk memastikan ia kekal di kedudukan yang diingini.

Langkah Keenam:

Jahit halus keliling poket supaya ia memekat pada baju pula.

Siap...

Ha macamana? mudah kan? anda boleh cuba sendiri dirumah okeh.
                  
Ok sampai disini sahaja tutorial kita. Nak bersiap untuk masak juadah berbuka puasa pula..


No comments:

Post a Comment