Pages

Saturday, 13 June 2015

Pola Blouse Kumbu Mudah

Teks: Hidamidah Burham
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum adik manis...

Dah lama rasanya saya tidak berkongsi tips atau tutorial jahitan di sini ya. Sejak kebelakangan ini saya sibuk menguruskan tempahan borong kain Batik Songket Sarawak. Tapi sambil-sambil menjual kain tu, berkenan pula dengan kain kumbu ni. Apalagi kita jahit la buat baju kan..hehe.

Kain kumbu ni adalah sejenis material cotton yang lembut, selesa, tidak nipis, berat, sejuk dan sesuai dijadikan skirt atau blaus macam blaus saya ni..

Suka tak? hehe.



Mudah saja nak buat blaus kumbu ni, saya gunakan rekaan mudah dan ringkas, sesuai untuk anda yang ingin mencubanya sendiri di rumah. Kain kumbu ini kena pada gaya santai dan longgar. Kalau pakai pergi membeli-belah atau berkelah di tepi pantai, fuh terbaiklah!

Ok jom kita tengok macamana pola blaus kumbu yang mudah ni.


Langkah pertama, ukur panjang lengan dan labuh baju yang anda inginkan. Kemudian, lukiskan pola seperti gambar diatas. Bahagian lengan saya buat lengkung begitu supaya lebar dan santai pabila ditiup angin hihi. Alkesah sebenarnya nak memudahkan kerja. Tak payah nak lukis lengan berasingan, sebab tu ia dipanggil blaus mudah. huhu

Lebar dada tak perlu ikut ukuran dada pun tak mengapa. Saya ikut pada lengkung lengan yang saya nak. Lebar sikit pun tak mengapa kerana kita akan cerut pinggan dengan getah..nanti kecik lah bahagian dada dan pinggang.. mudah kan?

Lukiskan garisan lengkung di bahagian  keliling pinggang depan dan belakang supaya mudah untuk anda menjahit getah nanti. Jika bahagian tangan tak cukup panjang tidak mengapa, ambil sedikit kain dan sambungkan di bahagian bawah tangan tu. okeh

Sekarang, ambil kain kumbu dan lipat menjadi 2 lapis. Pastikan lipatan di bahagian bahu ya. Apalagi, pinkan pola pada kain dan gunting, jangan lupa tambahkan 0.5 inchi basi kain di bahagian lengan dan badan.

Setelah selesai menggunting kain mengikut pola tadi, sekarang masa untuk menebuk lubang leher.

Cara untuk menebuk lubang leher ialah dengan melipat kain tadi secara memanjang seperti dalam gabar di bawah.



Sebelum menebuk lubang leher, pastikan anda samakan kain lipatan di bahagian lengan dan badan supaya leher anda tidak senget dan selesa pabila di pakai. Pastikan juga di mana garisan tengah bahu. jika perlu tanda, anda boleh garis menggunakan kapur lukis.Kemudian,  tebuk leher secara membulat atau bentuk V mengikut citarasa dan kreativiti anda.

Ok langkah seterusnya jahit kolar dengan pelapik leher dan cantum bahagian badan kiri dan kanan serta kemaskan bahagian lengan dan bawah baju dengan jahitan klem. Akhir sekali,  jahitkan getah di sekeliling pinggan yang telah anda tandakan tadi. Baru cun..hehe

Ok siap..

Jika anda berminat untuk membeli kain kumbu Sarawak, hubungi saya Hamidah 0163385790 (sms/whatsapp)




Ok selamat mencuba..

Wassalam..


No comments:

Post a Comment