Pages

Tuesday 9 June 2015

Sehelai Kain Batik Songket Boleh Buat 2 Pasang Baju.

Teks : Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Assalamualaikum adik manis..

Hari ini saya rasa lega sikit sebab dapat siapkan sebahagian baju untuk hari raya.huhu. Bukannya sebab tak sabar nak raya, tapi almaklum bila menjahit sambil melayan karenah anak-anak kecil dan menguruskan keluarga, kita kenalah merancang masa lebih awal supaya tak kelam kabut jadinya nanti kan..kalau dah siap senang, bulan puasa boleh rileks sikit untuk menumpukan pada ibadah puasa pula.

Ha..ni lah dia baju kami anak beranak. Kita siapkan baju ibu dan girl dulu ya, yang hero-hero kemudian, ladies first la katakan.. hihi.

 Kali ni kita sedondon ya nak.. Kita pakai jubah songket...

Ok ni nak habaq mai. Sebenarnya saya buat rekaan jubah songket ini sebegini rupa untuk ibu dan girl sebab nak tunjukkan kat anda, macam ni lah cara untuk jimatkan penggunaan kain batik songket yang saya jual ni. Sehelai batik songket berukuran 1.9meter. Biasanya orang akan sebut sehelai 2meter untuk buat baju atau kain. Tapi sebenarnya ukuran dari kilang hanya 1.9meter sahaja. Namun begitu, ia tetap cukup untuk anda buat pelbagai fesyen baju kegemaran anda samada jubah, kebaya, mini kurung atau dress.

Untuk dapatkan 2 pasang baju ibu dan anak seperti yang saya buat ini, ia hanya memerlukan sehelai kain batik songket, manakala selebihnya anda boleh campur dengan kain dull satin atau cotton. 

Batik songket yang saya gunakan untuk baju jubah kami kali ini ialah dari corak kod C6615 atau lebih dikenali dengan nama manjanya songket Coral. hehe. Corak coral ini digemari ramai kerana ia tidak memiliki kepala corak di tengah seperti corak yang lain. Jadi ia lebih mudah untuk di buat pelbagai fesyen dan mudah untuk di potong dan disesuaikan dengan fesyen kegemaran anda. Jsyen, jika anda telah membeli corak songket berkepala corak, boleh juga dibuat pelbagai fesyen, namun bahagian tangan dan badan tidak dapat corak yang sama. Namun ia bergantung kepada kreativiti anda dan penjahit baju.

Satu set corak coral ini terdapat  5 warna iaitu merah, hijau, biru, purple dan hitam. Oleh kerana tahun ini tema kami biru, jadi kita pilih coral biru lah ya. hehe.

Batik Songket Coral

Jika anda berminat untuk membeli kain batik songket secara retail atau borong, hubungi saya Hamidah 0163385790.

4 comments:

  1. Salam. Cantik & kreatif jubah songket macam tu. Seronok jugak sedondon kalau saya ada anak perempuan :)

    ReplyDelete
  2. wassalam..terima kasih sis Zaila. Kalau nak sedondon dengan anak lelaki atau suami pun boleh, buat poket, kolar dan sampin pakai kain batik ni mesti comel. Nanti dah siap untuk boy saya ni, saya tunjuk ya. :)

    ReplyDelete