Pages

Wednesday 25 March 2015

Pengalaman Menjadi Penjahit Manik

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri 31

Assalamualaikum adik manis...

Entri kali ini saya ingin kongsi pengalaman sepanjang menjadi penjahit manik. Perkongsian ini khas untuk anda diluar sana yang ingin menceburi bidang jahitan manik. Bidang jahitan manik ini adalah satu bidang yang evergreen, dari dulu sampai sekarang busana manik tetap menjadi pilihan ketika hari raya atau perkahwinan. Manik dapat menaikkan seri pakaian dan penampilan kepada si pemakai.

Saya mula menjahit manik pada tahun 2006. Ketika itu saya masih bekerja. Saya tidak memiliki apa-apa ilmu menjahit manik ketika itu. Ketika itu, bulan ramadhan. Almaklumlah bila bulan puasa, waktu rehat dijadikan waktu untuk pekerja berehat, tadarus dan menjalankan hobi masing-masing. Salah satu hobi di kalangan rakan-rakan ketika itu ialah menjahit manik. Sahabat saya Che Ana Ahmad yang mula-mula menjahit manik ketika itu. Beliau lah yang telah mengajar saya menjahit manik asas di bahagian sisi tangan.

Ketika itu saya mula rasa seronok untuk mencari dan memahami lebih mendalam lagi kerkaitan jahitan manik. Saya mulakan dengan jahitan manik pada baju saya sendiri. Kemudian pada suatu hari sahabat saya Kak Noorullhamezon telah meminta saya membaiki baju nya yang rosak terkena seterika dengan jahitan manik. Puas juga nak tutup tempat koyak dan tampal dengan manik ni hihi. Apapun saya lakukan juga dengan penuh berhati-hati. Kemudian rezeki semakin bertambah dengan tempahan daripada rakan sepejabat dan saudara mara mereka.

Setelah mengambil banyak tempahan, saya mula bosan dengan corak dan teknik yang saya gunakan. Saya mengambil keputusan untuk menambah ilmu dengan menghadiri kelas jahitan manik. Kelas jahitan manik saya yang pertama ialah bersama Jemarimanik yang telah dianjurkan oleh persatuan pekerja di syarikat tempat saya bekerja. Manakala kelas kedua di Beads and Laces di Anggerik Mall, Shah Alam.

Hasil jahitan manik dari kelas jahitan Jemari manik

Bersama Cikgu Lin, Guru manik Beads and Laces

Hasil jahitan manik dari kelas di Beads and Laces

Setelah saya menyertai kelas-kelas jahitan manik ini, barulah keyakinan diri dalam bidang jahitan manik meningkat. Corak  jahitan saya juga telah bertambah dengan bertambahnya ilmu di dada. Usaha dalam bidang jahitan manik ini saya teruskan dengan melebarkan sayap dengan menjahit manik pada pakaian pengantin pula..
Baju Nikah Mai

Baju bertunang Naz

Saya juga bercita-cita ingin bekerjasama dengan butik pengantin. Apa yang saya lakukan ialah saya telah pergi ke pameran perkahwinan di Shah Alam dan bertemu dengan pemilik butik pengantin disana, sehinggalah saya terjumpa dengan seorang pemilik butik pengantin Rias Mazmiera, Pn Mastura Hashim atau panggilan manjanya Kak Mas. Dari sini bermulanya tempahan manik daripada butik pengantin. Kak Mas telah memberikan kepercayaan kepada saya dalam menghias busana pengantin di butik beliau dan memperkenalkan saya kepada rakannya daripada butik Jue Eden. Ini sebahagain daripada busana pengantin yang saya telah saya hias dengan jahitan manik.
Jahitan manik untuk Butik Jue Eden
Jahitan Manik untuk Butik Rias Mazmiera

Jahitan Manik untuk Butik Rias Mazmiera

Baju yang coklat di atas tu telah pun dipilih untuk menghiasi ruangan majalah Rapi...

Ruangan majalah Rapi





Menjahit manik ini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Ia memerlukan ketelitian dan tenaga terutamanya mata dan minda. Pening kepala juga bila dapat baju pelanggan yang penuh dengan warna dn sukar untuk menaikkan warna manik yang dijahit. huhu. Penjahit manik juga perlu peka dengan identiit pelanggan. Tidak semua warna dan corak sesuai untuk setiap individu kerana citarasa pelanggan berbeza-beza. Harga pula macam biasa lah..kalau boleh nak free hihi. Apapun kita berbalik kepada asas perniagaan dalam Islam iaitu kepuasan hati kedua-dua belah pihak antara pelanggan dan peniaga dalam urusan jual beli harus diambil kira.

Nasihat saya kepada anda yang ingin menceburkan diri dalam bidang jahitan manik, anda perlulah mengemaskan diri dengan ilmu jahitan manik. Pergilah kemana-mana pusat latihan jahitan manik dan belanjakanlah duit anda untuk ilmu. Dengan ilmu, yang susah akan jadi mudah. InsyaAllah.

Jika anda ingin mengikuti kelas jahitan manik bersama saya, hubungi saya 0163385790. Saya menawarkan kelas jahitan manik one to one session atau berkumpulan di sekitar Bandaraya Kuching, Sarawak.


Ok, Sampai disini sahaja perkongsian saya buat masa ini, wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment