Pages

Friday 20 March 2015

Keberkesanan Petua Redakan Lelah

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri #27

Assalamualaikum adik manis..

Ingat lagi tak petua batuk malam / lelah yang pernah saya tulis pada entri ke 18 sebelum ini?, lihat pautan disini

Hari ini saya nak ceritakan pengalaman saya menggunakan petua ini dan ianya berhasil! alhamdulillah..namun perlu diingat, kita hanya berusaha, Allah S.W.T yang menyembuhkan.

Ok ceritanya macam ni...

Semalam cuaca agak panas, anak sulung saya, Adam minta buka penghawa dingin. Saya pun izinkanlah sebab nak beri dia selesa belajar. Setelah suhu dalam rumah sejuk, lebih kurang 1 jam setengah, saya tutup penghawa dingin. Tiba-tiba anak kedua saya, Adib mulai batuk. Saya beri minum air dan suruh dia tidur sebab dia pun dah mengantuk. Namun batuk Adib semakin menjadi-jadi hingga dia tidak dapat tidur. Dadanya mula berbunyi wheezing. Saya beri dia ubat batuk. Namun batuk dia semakin kerap. Sementara menunggu suami pulang untuk ke klinik, saya urut belakang Adib dengan minyak bawang putih bakar seperti dalam petu.
Bawang putih bakar campur minyak gamat

Saya urut di bahagian belikat belakang iaitu bahagian yang betul-betul berada di tepi tulang belakang, kiri dan kanan. Saya urut hampir setengah jam. Saya rasa dada dia memang sejuk. Mungkin budak yang kena serangan lelah ni dada dia memang sejuk kan? saya urut dari atas menghala ke bawah. Tangan kena tekan sedikit masa mengurut tu ya, dan urut perlahan-lahan, bukan urut laju-laju, nanti tak jadi, emak saya cakap, hihi

Setelah setengah jam mengurut, batuk Adib mula reda. Dia masih batuk tapi tidak sekerap sebelum urut. Dadanya juga terasa hangat dan mulai berpeluh.

Walaupun batuk Adib telah reda, saya tetap membawanya ke klinik untuk rawatan. Alhamdulillah, setelah doktor mendengar bunyi dada Adib, doktor memaklumkan yang dada Adib bebas dari wheezing. "Paru-paru bagus", kata doktor. "Fuh! lega, alhamdulillah.." dalam hatiku bekata. Bila saya cerita pada doktor yang anak saya lelah sebelum datang ke klinik, doktor seakan tidak percaya. Dua kali doktor periksa dada Adib,hihi.

Setelah sampai di rumah, Adib masih tidak menunjukkan tanda-tanda batuk sampailah dia tertidur tanpa bunyi wheezing lagi.

Syukur alhamdulillah, Adib tak perlu ambil nebulizer lagi.

Saya rasa ada logik juga petua urut belakang badan ketika diserang lelah ni. Bahagian tepi kiri dan kanan tulang belakang terdapat kawasan yang lembut dan mungkin minyak lebih mudah meresap ke dalam kulit dan memanaskan paru-paru bila di gosok dan diurut, kahak dan lendir yang menyumbat salur pernafasan pun cair.

 Kita sebagai ibu ni, amat risau kalau anak kita sakit kan? segala petua dan ubat nak cuba hihi. Apapun saya suka amalkan petua turun- temurun dari tukang urut kampung saya ni ( Kg Delek, Klang). Terima kasih emak kerana ajarkan saya petua ini. Sekarang saya nak turunkan petua ini kepada anda pula. Moga memberi manfaat, insyaAllah.

p/s: Saya menerima tempahan jahitan dan ready made baju kurung budak. Hubungi 0163385790.


No comments:

Post a Comment