Pages

Monday 16 March 2015

Petua Kecut Jerawat Dalam 2 Hari

Teks: Hamidah Burham
Foto:Simpanan peribadi


Entri #22

Assalamualaikum adik manis..

Pernahkan anda mengalami jerawat batu yang tiada mata untuk dipicit, tetapi besar, merah bengkak, keras dan sakit bila dipegang?

Ha..hari ni saya nak kongsi satu petua yang berkesan untuk masalah jerawat batu yang saya alami minggu lepas.

Petuanya mudah saja, hanya guna bahan-bahan masakan yang ada di rumah iaitu, madu, kunyit serbuk (yang buat goreng ikan tu..), soda bikarbonat, tepung beras dan sedikit air untuk kurangkan kelikatan.



Campurkan semua bahan. Masukkan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair. Kacau sehingga menjadi sedikit likat dan boleh ditampal dimuka sebagai mask

Sebelum menampal mask kunyit tersebut, cuci muka dengan air bersih dan keringkan. Setelah itu tampalkan mask tadi di sekeliling muka.

Biarkan ia mengering dan keras di muka lebih kurang 20 minit.

Setelah kering, basahkan tangan dengan air dan urut muka secara membulat dan keatas. Jangan urut arah kebawah ya, nanti kulit muka akan menjadi cepat kendur..hehe

Jika kesat dan sukar untuk memebersihkannya, tambah lagi air. Setelah mengurut muka lebih kurang 5 minit, cuci mask dengan air bersih dan keringkan.

Setelah bersih dan kering, sapukan pelembap di muka agar kulit tidak kering.

Lakukan 2 atau 3 hari berturut atau sehingga jerawat anda yang sakit itu surut.telah sembuh,

Jika masalah jerawat telah sembuh, anda boleh amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit yang cantik, bersih dan bebas jerawat.

Penggunaan kunyit dalam perubatan telah lama diamalkan oleh masyarakat india. Kunyit mengandungi khasiat anti radang anti oksida yang baik untuk kesihatan badan dan kulit.

Alhamdulillah setelah saya mencuba petua ini, jerawat saya kecut dan sakit di bahagian jerawat juga hilang.

Ok, selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment