Pages

Sunday 8 March 2015

Kelas Jahitan Manik di Kuching

Teks: Hamidah Burham
Foto: Simpanan peribadi

Entri 8:

Assalamualaikum adik manis..

Anda sedang mencari pendapatan sampingan menjelang hari raya nanti? Jika anda seorang yang minat pada hasil seni manik, apa kata anda cungkil bakat yang ada dengan belajar menjahit manik. Tidak rugi menambah ilmu di dada, kerana ilmu itu adalah jambatan kejayaan. Dengan menyertai kursus atau latihan kemahiran, anda dapat membuka mata dan minda disamping menjadi bekalan untuk kehidupan kita. Kita tidak tahu selama mana kita akan bekerja. Saya juga tidak menyangka akan berhenti kerja setelah hampir 10 tahun berkhidmat sebagai penyelidik sains. Namun bebekalkan sedikit ilmu berkaitan jahitan yang saya peroleh daripada menyertai kursus-kursus jahitan, saya dapat menggunakannya ketika saya bergelar WAHM.

Saya juga telah menjalankan perniagaan sampingan mengambil upah menjahit manik daripada rakan sekerja, jiran-jiran dan saudara mara semasa saya masih bekerja. Saya juga telah menjalankan kelas-kelas jahitan manik di kalangan rakan taulan.





Gambar-gambar tersebut diambil ketika saya mengendalikan kelas jahitan manik bersama rakan-rakan di Shah Alam. Saya menjalankan kelas ketika waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat atau pada hujung minggu. Memandangkan saya baru berpindah ke bandaraya Kuching, Sarawak, saya ingin membuka kelas jahitan manik di sini juga. Jika anda berminat menyertai kelas jahitan manik di sekitar bandaraya Kuching, sila hubungi saya di talian 0163385790. Anda boleh belajar berseorangan atau dalam kumpulan.  peralatan jahitan disediakan.


1 comment:

  1. kls ni brbyr kh? stiap hri apa? d kuching dkat mna?Tq

    ReplyDelete